Masa Selalu Tak Cukup? Cuba 6 Tips Urus Masa Ini

Masa itu emas, sekali ia sudah berlalu sudah tidak dapat diulang semula. Namun bagaimana nak pastikan anda dapat urus masa dengan baik?

Selain itu, kebanyakan daripada kita pula percaya bahawa dengan sibukkan diri melakukan banyak kerja bermakna anda bekerja keras dan akan lebih berjaya.

Ada kebenarannya, namun kebiasaanya membawa kepada produktiviti yang tak terarah, anda sentiasa melakukan sesuatu perkara yang kecil dan membazir masa.

Sebaliknya, anda boleh menggunakan pendekatan ini, bekerja dengan bijak dan bukannya keras. Tanyakan diri anda jika perkara itu boleh diselesaikan, apa cara lebih efisien.

Sehubungan itu, kami kongsikan beberapa tips urus masa yang boleh menjadikan idea kepada anda melakukan mengikut kesesuaian masing-masing.

6 tips urus masa buat anda:

1/ Selesaikan tugas paling penting dulu

Ini merupakan golden rule kepada pengurusan masa. Setiap hari kenal pasti 2 atau 3 tugas yang paling kritikal untuk disiapkan dan dilakukan terlebih dahulu.

Selepas sudah siap, hari ini sudah berjaya kerana menyiapkan perkara yang paling penting itu.

2/ Belajar katakan tidak

Anda perlu menolak sesuatu peluang tertentu bagi memastikan tidak terlalu banyak komitmen hingga membuatkan ia tidak dapat dilakukan.

Objektif anda hanya untuk mengambil komitmen kepada perkara yang anda tahu mempunyai masa dan memang mahu melakukannya.

3/ Tidur yang cukup

Mungkin kita fikir, jika korbankan masa tidur akan buatkan lebih banyak masa bagi melakukan tugas-tugas.

Bagaimanapun kebanyakan daripada kita memerlukan tidur yang cukup 7-8 jam bagi memastikan badan dan minda dapat berfungsi secara optimal.

4/ Fokus sepenuhnya kepada tugas di tangan

Urus masa anda dengan fokus kepada satu perkara itu, bagi memastikan ia dapat disiapkan. Jauhkan diri dari telefon dan perkara-perkara lain.

5/ Mula lebih awal

Kebanyakan orang ada sikap menangguh ini. Rasa pasti boleh siap, seperti dilakukan sebelum-sebelum ini kan.

Bukankah lebih baik jika anda bermula awal bagi sesuatu tugasan itu berbanding tunggu pada saat akhir.

6/ Tetapkan had masa tugasan

Daripada fikir bahawa anda akan terus berada di meja sehingga tugas selesai, baik anda tetapkan masa tertentu untuk siapkannya.

Tempoh masa ini dapat buatkan anda fokus dan efisien untuk siapkannya dalam masa ditetapkan itu.

Terima kasih kerana dapat luangkan masa anda untuk membaca artikel ini. Semoga artikel “Masa Selalu Tak Cukup? Cuba 6 Tips Urus Masa Ini” ini sedikit sebanyak dapat memberikan manfaat kepada anda.

Sila kongsikan soalan atau ‘learning points’, apa yang anda dapat pelajari dari artikel ini dalam ruangan komen di bawah. ⬇️



2 Comments

  • lydia

    thanks untuk semua tips2 .sangat berguna bagi saya. banyak yang saya amalkan..alhamdulillah

    • Team RichWorks

      alhamdulillah terima kasih atas komitmen yang di berikan..semoga perolah ilme yang bermanfaat untuk tingkatkan sales dan bisnes cik puan

Leave a Reply

logo richwell