Pemasaran : Buat dan Jangan Buat Ketika Pandemik

Pemasaran : Buat dan Jangan Buat Ketika Pandemik

Pejam celik, sudah sekitar satu tahun enam bulan selepas kes pertama virus C0vid-19 dikesan pada 25 Januari 2020 di negara ini.

Daripada hanya beberapa kes, kini jumlah kes jangkitan sudah pun menjangkau lebih 1 juta pesakit.

Impak pandemik ini membuatkan ramai pihak dan orang ramai terkesan hinggakan ada hilang kerja, dikurangkan gaji, perniagaan tak dapat beroperasi hingga sampai tahap di mana terpaksa gulung tikar.

Perniagaan yang hanya kekal cara lama membuatkan berisiko tinggi untuk tutup berbanding mereka yang sanggup berubah dan mencuba cara baru terutamanya dalam platform online.

Berikut kami kongsikan dengan anda beberapa soal pemasaran yang boleh anda lakukan dan jangan lakukan ketika pandemik ini.

1/ Buat – Berkomunikasi dengan pelanggan-pelanggan.

Ketika ramai orang terkesan dengan pergerakan yang terbatas membuatkan berlakunya tekanan dan cabaran buat diri mereka.

Justeru itu, sebagai perniagaan yang baik anda perlu berhubung dengan pelanggan-pelanggan untuk menunjukkan keprihatinan usahawan terhadap mereka.

Kita mahu menunjukkan bahawa perniagaan masih berjalan malah memberikan nilai tambah kepada mereka

2/ Jangan Buat – Berhenti berkomunikasi dengan pelanggan.

Jika anda berhenti, kemungkinan besar anda boleh kehilangan sebahagian besar pelanggan kepada pesaing yang agresif berhubung dengan orang di luar sana.

Inilah masanya untuk menggunakan komunikasi melalui emel dan juga memastikan content baru .

3/ Buat – Lihat strategi pemasaran semula yang lebih sesuai dengan keadaan semasa.

Banyak PKS terkesan disebabkan pandemik COvid-19. Namun ada juga perniagaan yang terus berkembang dan menyaksikan kejayaan luar biasa.

4/ Jangan Buat – Berhenti mencipta content.

Ada sesetengah usahawan mula mengurangkan kandungan content mereka. DI sinilah kesilapannya, anda sepatutnya menggandakan bahan content dan pastikan beri value kepada pelanggan anda.

5/ Jangan Buat – Mengurangkan peruntukan pemasaran anda.

Pandemik ini sememangnya memberikan kesan kepada banyak perniagaan. Ketika ada yang terpaksa menghentikan operasi disebabkan aliran tunai, inilah masanya bagi tingkatkan usaha pemasaran anda.

Bertindak lebih agresif, jangan terlalu menjual sebaliknya beri nilai tambah kepada prospek atau bakal pelanggan yang dimahukan.

Artikel terbaru

2 Comments

Leave a Reply