Pekerjaan Paling Dicari-cari Masa Ini

Meskipun ketika krisis ekonomi dan kesihatan yang menyebabkan ramai orang hilang pekerjaan dalam tempoh ini, terdapat 5 industri yang masih giat mengambil pekerja.

5 industri ini yang berkaitan teknologi maklumat (IT), perkilangan, perbankan, runcit dan penjagaan kesihatan mengikut kaji selidik yang dibuat agensi mencari kerja, Jobstreet.com pada Mei lalu.

Bidang IT

  • Menawarkan paling banyak peluang pekerjaan, antaranya adalah kepada mereka yang membangunkan aplikasi Android, jurutera IT dan pentadbir sistem.

Sektor perkilangan

  • Menawarkan pekerjaan untuk pakar pembuatan, perancang pengeluaran, pegawai kesihatan, keselamatan dan alam sekitar (HSE) serta pengurus kilang.

Perbankan

  • Menawarkan pekerjaan seperti perunding unit amanah, pegawai urus niaga saham, penasihat perancang kewangan dan pengurus cawangan.

Sektor runcit

  • Menawarkan peluang kerjaya kepada pengurus gudang

Penjagaan kesihatan

  • Menawarkan pekerjaan bagi ahli farmasi, jururawat dan doktor gigi.

Hal ini antaranya disebabkan perubahan dan keadaan yang berlaku berikutan pandemik dengan prosedur operasi standard (SOP) serta amalan norma baharu.

Kini ramai pihak menumpukan kepada digitalisasi dan online untuk mengurangkan pergerakan dan memastikan tidak ketinggalan merebut peluang dalam dunia digital yang semakin menjadi sebahagian keperluan masyarakat masa ini.

Dalam pada itu, permintaan pekerjaan dalam platform sama juga menyaksikan teknologi maklumat meningkat 129%, makanan dan minuman (112%), sains dan teknologi pula pertambahan 65%, kerajaan (51%) serta kesihatan dan keselamatan 43%.

Tambah mereka, lebih 74 juta carian pekerjaan di Google direkodkan pada Mac lalu di negara ini.

“Berdasarkan kajian JobStreet.com pada Mei lalu, seorang daripada lima rakyat Malaysia kehilangan pekerjaan disebabkan penularan wabak itu manakala 35 peratus mengalami pengurangan gaji”

Pengurus Negara JobStreet.com, Gan Bock Herm

Peluang Ketika Krisis

Daripada maklumat di atas, kita dapat menyaksikan walaupun banyak yang kehilangan pekerjaan, banyak juga peluang muncul dalam sektor-sektor tertentu di negara.

Malah, Kerajaan juga akan melaksanakan Skim Jaminan Penjanaan Pekerjaan (JanaKerja) yang dijangka menyediakan 500,000 peluang pekerjaan baharu selain pelbagai program peningkatan kemahiran dengan perbelanjaan sebanyak RM3.7 bilion.

Ia termasuk peruntukan RM2 bilion kepada program pengambilan pekerja PERKESO yang kini dikenali sebagai PenjanaKerjaya yang akan ditambah baik dan dijangka dapat menyediakan 250,000 peluang pekerjaan.

Dalam pada itu, bisnes juga dilihat salah satu cara untuk membantu lebih 800,000 orang yang dilaporkan hilang pekerjaan dalam tempoh pandemik ini.

Meskipun kebanyakan bisnes terjejas dalam tempoh ini, ada saja bisnes yang menyaksikan peningkatan apabila mereka bersedia dan melakukan perubahan yang diperlukan dalam masa ini.

Hal ini boleh berlaku dengan adanya ilmu, sistem dan MenThor yang membimbing mereka untuk membuat penyesuaian dan perancangan semula mengikut keadaan semasa.

Selain itu, kita juga dapat melihat sendiri, langkah-langkah diambil Kerajaan Pusat dan Negeri bagi menggalakkan orang ramai berniaga.

Contohnya di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan diikuti Kedah telah pun mengumumkan untuk menjadikan ‘kawasan bebas berniaga’ bagi membantu dan mempermudahkan untuk rakyat menjana pendapatan ketika ini melalui perniagaan.

Syarat-syarat dikenakan lebih mudah iaitu lokasi tidak boleh mengganggu lalu lintas, menjaga kebersihan makanan dan persekitaran tempat perniagaan malah tiada sebarang pembayaran dikenakan manakala di Kedah perlu membayar hanya RM10 sebulan.

Untuk mengetahui lanjut, anda boleh baca di sini.

Kajian Kes

Kami bawakan anda salah seorang circle Spire dalam RichWorks International iaitu Cik Suliani Sulaiman, 22, yang sambil belajar sambil membuat bisnes. Belum lagi sepenuh masa ya menjalankan bisnes.

Beliau hanya bermula dengan menjual produk orang lain dengan menjadi ‘dropshipper’. Kini sudah menjadi Partner Circle Sabella, Team Yani dengan sekitar 358 dropship dan sales mencecah RM968,000 pada November lalu.

Dulunya, beliau tak pandai berdikari dan kini sudah mampu berdiri sendiri dengan memberikan kepada keluarga dan membantu orang lain untuk menjana pendapatan terutama ketika tempoh sukar ini.

Hanya dalam tempoh tak sampai 1 tahun bersama program mentorship Spire, beliau sudah hampir mencapai jualan RM1 juta pertamanya pada tahun ini.

Sebab itu, bisnes ini mempunyai peluang yang besar untuk menjana pendapatan jika… Anda tahu caranya, ada ilmu, sistem dan MenThor yang terbukti melahirkan usahawan-usahawan berjaya.

Tak perlukan modal besar, tak perlu cipta produk luar biasa, bermula dengan dropship – jual produk orang pun boleh jana pendapatan lumayan.

Anda macam mana?

Artikel terbaru

Leave a Reply