Bakal Peniaga Kena Tanya 5 Soalan Penting Ini!

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan diikuti Kedah telah pun mengumumkan untuk menjadikan ‘kawasan bebas berniaga’ bagi membantu dan mempermudahkan untuk rakyat menjana pendapatan ketika ini melalui perniagaan.

Tahniah kepada sekitar 2.8 juta penduduk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan yang berkemungkinan menyaksikan lebih ramai usahawan menjalankan aktiviti perniagaan di kawasan mereka yang bersesuaian.

Begitu juga kepada 2.2 juta penduduk di Kedah yang mendapat kebenaran sama tapi untuk beberapa daerah terpilih melibatkan pentadbiran Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK), Majlis Perbandaran Langkawi (MPL), Majlis Perbandaran Kulim (MPK) dan Majlis Perbandaran Kubang Pasu (MPKP) yang berkuat kuasa mulai 15 November ini.

Syarat-syarat dikenakan lebih mudah iaitu lokasi tidak boleh mengganggu lalu lintas, menjaga kebersihan makanan dan persekitaran tempat perniagaan malah tiada sebarang pembayaran dikenakan manakala di Kedah perlu membayar hanya RM10 sebulan.

Rabu lalu, Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa memberi kebenaran kepada warga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan untuk membuka gerai atau perniagaan secara kecil-kecilan di mana-mana kawasan yang sesuai mulai Ahad ini.

“Mulai Ahad 15 November ini, Kuala Lumpur akan menjadi ‘wilayah bebas berniaga’ … sesiapa yang ingin berniaga tidak kira sepenuh masa atau separuh masa boleh memilih tempat yang sesuai, misalnya depan rumah atau di tepi jalan kawasan perumahan.

“Permohonan lesen itu bertujuan untuk makluman dan rekod data DBKL sahaja. Pemohon akan mendapat lesen sementara secara automatik dan kemudian DBKL akan membuat pemantauan,” katanya.

Bagaimanapun, peniaga perlu memohon lesen perniagaan sementara yang sah selama 6 bulan di laman web DBKL yang ditawarkan secara percuma bagi yang nak berniaga di Kuala Lumpur. Klik di sini untuk muat turun borang permohonan Lesen Sementara KL Prihatin atau mendaftar secara online.

Bagi penduduk yang nak berniaga di Labuan dan Putrajaya serta Kedah, boleh merujuk kepada perbadanan atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) masing-masing untuk mendapatkan penjelasan lanjut dan memohon lesen berkenaan.

Semalam, langkah seumpama itu diumumkan Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor yang dibuat bagi membantu meringankan bebanan peniaga yang terjejas akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Langkah yang diambil ini memperlihatkan bahawa mereka menyokong orang ramai mula berniaga bagi mendapatkan wang untuk kehidupan mereka dalam tempoh mencabar ini.

Kisah Benar

Bukti ada di depan mata, berniaga tepi jalan pun boleh berjaya malah hasilkan pendapatan lebih ribuan ringgit. Kami kongsikan anda dengan kisah Tuan Mohd Saiful Mad Sahirun yang berasal dari Semporna, Sabah. Mula-mula berniaga jual air setengah balang pun tak laku.

Tapi, bisnesnya menyaksikan perubahan drastik selepas mengikuti Program Millionaire Marketing Mastery anjuran RichWorks International. Kini beliau sudah mempunyai staf untuk jaga gerai malah ada 11 ejen. Bukan itu saja, jualan pun ada mencecah RM50,000.

Seperti mana anda lihat, berniaga ini boleh memberikan pendapatan yang lumayan jika kena caranya. Ada ilmu, strategi dan MenThor yang dapat membimbing mereka. Elakkan daripada melakukan kesilapan yang tak sepatutnya dibuat. Tersilap langkah, boleh membuatkan peniaga itu tidak mendapatkan sebarang hasil malah kerugian!

Berikut 5 Soalan Penting Untuk Mula Berniaga :

  1. Apakah masalah ramai orang yang bisnes anda bantu selesaikan?
  2. Siapakah sasaran pelanggan bisnes anda?
  3. Bagaimana hendak buat orang nampak bisnes anda berbanding orang lain?
  4. Macam mana nak rekodkan semua perbelanjaan – wang keluar masuk bisnes nanti?
  5. Apakah magic numbers anda untuk ketahui target jualan setiap bulan malah setiap hari?

Jawab soalan-soalan ini, kemudian jika tidak tahu bertanya dan belajar daripada mereka yang pakar dan berjaya dalam bisnes. Ikuti seminar dan program khas yang disediakan untuk mereka yang baru nak berniaga seperti program anjuran RichWorks International, Nak Mula Berniaga.

Semoga bagi mereka baru nak mula berniaga dapat lakukan dengan betul pada peringkat awal lagi dan mendapatkan hasil yang lebih baik.

Artikel terbaru

15 Comments

  • aided

    You rеally makе it seem so easy with your presentation but I find this toⲣic to be actually
    sometһing ѡhicһ I think I would never understand. It seems tօo compleҳ and extremely broad for me.
    I’m looking fօrward for your next post, I will try to get thе hang of it!

  • Semek bt jusoh

    Saya teruja nak masuk kelas online richworks

    • Team RichWorks

      Cik puan dah mendaftar ke? jika belum boleh bantu berikan details untuk kami bantu beri penerangan lanjut

  • Semek bt jusoh

    Richworks
    Modal, kesungguhan , ilmu
    Urus kewangan dengan bijak
    Sangat perlu Dalam perniagaan

  • Zulfazli b Jamaluddin

    Magic no?

  • Roshidayu Abdullah

    Sangat berminat nk mulakan perniagaan… Tapi x dapat sokongan dari suami yg sentiasa risau kan keluarga terabai… Bantu sy UTK dapatkan restu dari nya dan yakin kan dia…

    • Team RichWorks

      Semoga segala urusan puan di permudahkan dan pintu hati suami puan terbuka amin..yang penting sekarang puan kena tunjuk yang puan mampu berniaga dan capai matlamat puan untuk buktikan kepada suami yang puan mampu

  • Asbiah md Isa

    Puan A mencari baju yg selesa untuk ibunya bergerak kesana kemari bila berada di rumah .
    Sasaran saya ialah wanita yg berumur 20 thn keatas dan sudah berkawin.
    Bisnes saya bg orang nampak .saya bg servis yg istimewa .seperti kalau pelangan nak bg hadiah untk ibu mereka .saya peketing dengan cantik.

    • Team RichWorks

      wahhh bagusnya..boleh cik puan beri saya details cik puan untuk kami hubungi dan beri penerangan lanjut

  • Arbaiyah

    Sangat membantu,Inshaallah nak baiki kkurangan yg ada

  • passover

    Eveгy weekend i used to pay a visit this website, because i wish
    foг enjoymеnt, for the reason that this
    this website conations in fact fastidious funny data too.

Leave a Reply