Pastikan Asas Pemasaran Yang Betul

Pastikan Asas Pemasaran Yang Betul

Bila anda ada bisnes, dah tentu anda nak orang beli dan guna produk anda, betul? Tapi, sekiranya anda ada bisnes, tapi tak tahu cara nak pasarkannya, orang tahu ke yang anda ada bisnes dan produk?

Jika anda betul-betul komited nak berniaga, anda kena ada asas pemasaran yang betul. Jika dah ada, cuba anda fikir balik, betul ke asas pemasaran ini yang anda gunakan dalam bisnes?

5 asas pemasaran yang perlu ada bagi usahawan :

  1. Niat

Cuba anda renung sebentar, apa niat anda berniaga yang sebenar? Menurut Dr Azizan Osman, jika semata-mata nak menjual barang, baik anda betulkan balik niat anda. Sebelum anda berniaga, niatkan yang baik-baik dan fikirkan yang positif sahaja supaya anda boleh tarik aura dan magnet positif dalam diri anda.

Tanamkan dalam diri anda yang bisnes anda akan memperoleh keredhaan dari Tuhan dan setiap urusan jual beli adalah yang halal sahaja.

  1. Kena tahu teknik

Anda berniaga, tapi tak tahu nak guna teknik apa dalam pemasaran anda. Anda rasa anda boleh berjaya? Fikir-fikirkan! Bila anda nak bina kerjaya yang berterusan, anda juga kena konsisten buat pemasaran dan jangan lupa untuk belajar teknik-teknik asas pemasaran yang betul dalam bisnes anda.

Jika anda tak tahu, anda boleh jadikan tips pemasaran di Facebook atau media sosial yang lain sebagai rujukan. Kalau anda masih lagi tak dapat nak belajar, cari mentor yang boleh ajar anda face to face. Mungkin dengan cara ini, anda boleh belajar lagi cepat dan berkesan, betul?

  1. Value

Jangan lupa untuk berikan value atau nilai pada orang ramai bila bisnes anda dah berjaya. Jangan kedekut untuk berkongsi ilmu dengan orang lain. Jika anda berkongsi ilmu, percayalah yang ilmu anda tidak akan habis. Malah bertambah-tambah lagi.

Selain itu, dengan perniagaan, anda boleh memberi peluang kepada para penganggur, suri rumah atau pelajar untuk mencari pendapatan lebihan dengan menjadi ejen dan dropshipper untuk produk anda. Pasti ramai yang berminat jika dilihat pada keadaan ekonomi hari ini.

  1. Matlamat yang jelas

Anda kena ada matlamat yang jelas bila nak berniaga. Apa yang anda nak capai, kenapa anda nak berniaga, apa yang anda nak jual, apa target anda, apa sumbangan yang anda boleh berikan dan sebagainya. Listkan matlamat anda dan berusaha untuk mencapainya. Jangan lupa untuk jadikan kejayaan anda sebagai inspirasi kepada peniaga baru dan bakal peniaga untuk mencontohinya.

Beri dan tunjukkan mereka motivasi yang betul supaya mereka mudah terinspirasi. Tanamkan impian dalam diri mereka untuk berjaya seperti anda atau usahawan berjaya yang lain.

  1. Educate

Anda berniaga, bukan sekadar berniaga biasa. Tapi anda berniaga dengan ada matlamat, value, target dan ingin educate masyarakat sekeliling anda. Biar mereka tahu, bukan senang untuk berjaya tanpa ilmu yang betul. Nak berniaga itu senang. Tapi cara anda nak corakkan bisnes anda itu yang susah.

Ada peniaga yang berniaga sekejap je, dah tutup. Ada peniaga yang berniaga lama, tapi untung dia banyak tu je. Jadi, anda boleh tunjukkan dan ajar kepada mereka teknik yang betul nak berjaya dengan mencapai target pendapatan yang anda mahukan.

Artikel terbaru

Leave a Reply