Pandangan Pelanggan Anda. 5 Manfaat Buat Usahawan

Pandangan Pelanggan Anda

Anda tahu, pandangan pelanggan atau maklum balas atau feedback boleh letupkan jualan anda. Anda hanya memberi servis dan mengeluarkan produk, tapi pelanggan yang menggunakan produk anda.

Jadi, mereka yang akan rasa keselesaan, keberkesanan dan kelebihan produk anda. Apa akan jadi bila pelanggan tak berpuas hati dengan servis yang anda berikan?

Nak tingkatkan bisnes anda, anda boleh minta feedback dari mereka dengan menyediakan borang maklum balas untuk mereka isikan. Dengan ini, anda boleh nampak secara jelas dan terang apa pandangan mereka pada produk dan bisnes anda.

5 manfaat boleh diperolehi usahawan daripada pandangan pelanggan

1. Meningkatkan mutu perkhidmatan

Bila anda dapat feedback, kritikan dan pujian dari pelanggan, ia adalah salah satu cara untuk anda meningkatkan mutu perkhidmatan anda dan sebagai jaminan untuk anda keluarkan produk atau perkhidmatan yang benar-benar berkualiti. Maklum balas pelanggan biasanya akan digunakan sepanjang proses untuk mengembangkan lagi produk bagi memastikan produk anda benar-benar memenuhi kehendak dan keperluan pelanggan.

2. Tahu kelemahan bisnes

Bukan itu sahaja, anda juga dapat ketahui apa kelemahan yang perlu dibaiki dalam bisnes anda. Jika mereka tak kritik produk anda, anda pasti akan syok sendiri, betul? Dengan pandangan dari pelanggan ini, anda akan tahu setiap kelemahan dan kebaikan produk anda. Inilah masanya untuk anda membaiki dan meningkatkan kualiti produk anda dan mengembangkan lagi kuasa bisnes anda.

3. Ukur tahap kepuasan pelanggan

Dengan mengukur kepuasan pelanggan akan membantu anda menentukan sama ada produk atau perkhidmatan yang anda sediakan memenuhi kriteria yang pelanggan mahukan atau tidak. Kaji selidik dan maklum balas dari pelanggan membantu anda mengetahui sejauh mana mereka berpuas hati menggunakan produk anda. Ini boleh dilakukan secara peribadi, melalui e-mel, telefon atau media sosial anda. Gunakan soalan-soalan yang berkaitan dengan produk anda dan apa yang perlu anda ubah bagi meningkatka kualiti bisnes anda. Anda boleh lakukan survey ini dari masa ke semasa.

4. Tahu trend market

Seperti yang anda tahu, trend market sentiasa berubah dengan cepat. Pasti ada je innovasi dari produk yang sedia ada, tak kiralah dari segi design atau packaging. Ia pasti berubah. Sebagai contoh, smart phone. Setiap pengeluar berlumba-lumba nak keluarkan produk terbaru mereka dengan penambahan aplikasi atau ciri-ciri yang dah di upgradekan melepasi jenama yang lain. Sebab itu, kita boleh lihat selepas satu pengeluar keluarkan model baru, pasti ada pengeluar lain yang akan follow mereka, betul?

5. Memberi motivasi

Dengan meminta maklum balas atau pandangan pelanggan, ia sebenarnya boleh memberi motivasi kepada pekerja untuk melaksanakan kerja mereka dengan lebih baik. Tambahan lagi, bila pelanggan asyik puji je servis anda ni bagus. Lagi syok bila mereka asyik datang je kedai anda untuk dapatkan produk anda. Pasti semangat anda akan lebih berkobar untuk lakukan lagi terbaik pada masa akan datang. Jadikan kelemahan bisnes anda untuk tingkatkan kepuasan pelanggan.

Macam mana? Anda rasa perkongsian ini berguna untuk bisnes anda? Jangan lupa kongsi tips ini kepada rakan -rakan dan team anda. Semoga dengan ilmu pemasaran ini, anda mampu ubah diri dan bisnes anda.

Artikel terbaru

Leave a Reply