Orang Berjaya, Mereka Yang Berani Mencuba

Orang Berjaya, Mereka Yang Berani Mencuba

Salah satu ciri-ciri usahawan berjaya yang mana mereka mempunyai sikap berani untuk mencuba dengan tak takut kepada kegagalan.

Keinginan untuk berjaya dengan kesediaan untuk berdepan dengan pelbagai cabaran menjadi asas kepada usahawan untuk menuju kejayaan.

Sebagai seorang usahawan, mereka tak tunduk kepada ketakutan kerana ia boleh menyebabkan anda selalu mencari alasan-alasan untuk tak bertindak dan melakukan apa-apa.

Mereka mempunyai growth mindset yang mana sanggup mencuba dan bereksperimen dan belajar perkara baru berbanding orang ada fixed mindset yang lebih suka untuk kekal pada zon selesa tanpa mengambil sebarang peluang yang ada.

Kebanyakan usahawan berjaya belajar bagaimana untuk mengambil risiko, menerima ketidakpastian, mendokong perubahan, keluar dari zon slesa dan cari jalan meskipun dalam keadaan yang mencabar dan seperti tiada harapan.

Berani Mencuba

Dalam masa sama, mungkin juga anda selalu terdengar orang mengatakan bahawa impian anda mustahil untuk dicapai. Jangan biarkan ia menghalang untuk anda berusaha untuk mencapainya. Kekal positif, kerja keras, berani mencuba dan jadikan impian anda sebuah realiti.

Mengikut Bloomberg, 9 daripada 10 bisnes gagal dalam tempoh 18 bulan pertama mereka bermula. Malah menurut penulis buku – ‘If You Build It, Will They Come, Rob Adams memberitahu bahawa 70 peratus produk-produk baru yang dikeluarkan akan gagal.

Laporan Bank Dunia pula sebelum ini mengatakan lebih 45,000 bisnes baru yang diwujudkan di Malaysia setiap tahun dan dianggarkan 36,000 bisnes baru itu tidak mampu bertahan melebihi 18 bulan.

Daripada dapatan ini, keberangkalian untuk berjaya adalah tipis dan mengapa masih ada yang mahu berniaga? Cuba tanya diri anda?

Artikel terbaru

2 Comments

  • Nur Aisyah Aman

    Selamat Hari Guru Dato wira Dr Azizan Osman.Terima kasih atas ilmu yg di berikan tanpa mengira nilainya yg sebenar.Semoga Doc sentiasa diberikan kesihatan yg berpanjangan serta rezeki yg melimpah ruah dan tidak putus2.Sy juga nendoakan semoga Richwork terus gah di mata dunia,dan team Richworks sentiasa saling berkerjasama demi membantu org2 yg memerlukan di luar sana.Amiiin 🤲🤲🤲

    Selamat Hari Raya Aidilfitri 🤗 maaf zahir batin

  • Rosinah Julia Abd Jalil

    Selamat Hari Guru Dato Wira Dr Azizan Osman dan team Richworks. Semoga Allah SWT. Menganugerahkan kesihatan yang baik, rezeki yang luas serta sentiasa dalam Rahmat Allah SWT.

Leave a Reply