4 Soalan Sekiranya Mahu Buat Bisnes Baru

4 Soalan Sekiranya Mahu Buat Bisnes Baru

Mahu buat bisnes baru? Ekoran bisnes terpaksa tutup, nak jana pendapatan ekoran kehilangan pekerjaan dan lain-lain lagi memerlukan kesediaan diri daripada usahawan itu sendiri.

Bagaimanapun, sebelum nak bermula bisnes sepatutnya usahawan itu membuat penilaian bagi pastikan bisnes boleh dilakukan dalam tempoh mencabar ini.

Lihat 4 soalan ini bagi menilai idea bisnes baru anda :

1. Tanya diri, adakah bisnes itu akan selesaikan masalah orang dengan produk/perkhidmatan itu?

2. Tanya diri, adakah ia selesaikan masalah orang dengan cara baru?

3. Tanya diri, adakah anda orang yang pertama memperkenalkan bisnes ini?

4. Tanya diri, adakah anda bawa benda baru dalam industri?

Melalui soalan di atas ini, jika seseorang itu menjawab semuanya ‘ya’ maka idea bisnes baru anda itu boleh dilakukan dan berkemungkinan untuk berkembang walaupun dengan kekangan dan halangan ketika ini.

Jelas MenThor, Datuk Wira Dr Azizan Osman bahawa dalam krisis dan kegawatan ekonomi, akan adanya peluang bagi mereka yang tahu.

Dan bukan semua orang akan terjejas sebaliknya ada yang sudah bersedia dan dapat menyaksikan perkembangan disebabkan adanya ilmu, strategi yang betul dan pengalaman pada mereka pernah melalui situasi sama.

Sebab itu, usahawan yang serius nak berjaya perlunya MenThor dalam bisnes terutama ketika krisis. MenThor akan dapat berikan panduan, pandangan dan teguran kepada usahawan itu dalam berdepan keadaan semasa.

Mereka tidak akan berasa keseorangan dan tidak tahu kepada sesiapa yang hendak dirujuk dan meminta panduan dan nasihat berkaitan. Bukan itu saja, bagi usahawan berdepan dalam situasi mencabar ini, perlu mempunyai satu perkara ini yang dimiliki oleh mereka yang berjaya iaitu energy tinggi.

Orang berjaya mempunyai energy tinggi membolehkan mereka menunjukkan prestasi tinggi. Impian, kemahuan, komitmen dan semangat nak bantu yang tinggi menyebabkan energy juga tinggi.

Tidak cukup dengan itu saja, big why yang betul diperlukan yang boleh menjadi pendorong dan pembakar buat usahawan untuk terus bergerak ke depan tanpa mudah mengalah.

Artikel terbaru

Leave a Reply