Nurfella Beauty: Bisnes Dah Cecah RM1 Juta Drop, Meroket Raih RM15 Juta

Nurfella Beauty: Bisnes Dah Cecah RM1 Juta Drop, Meroket Raih RM15 Juta

Seorang suri rumah tak memiliki pendidikan tinggi, namun ibu muda ini mahu membawa keluarganya daripada kepompong kesusahan.

Ketika itu, Nurul Arija Zaidil Maheran suami isteri serta seorang anak hanya tinggal menumpang di sebuah bilik kecil di rumah keluarga.

Kesusahan itu semakin terasa apabila anak kedua mereka yang merupakan pasangan kembar lahir.

“Saya ini cuma suri rumah dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pun saya tak ada. Apa lagi ijazah untuk saya banggakan? Nak tampung perbelanjaan anak pun saya tak mampu malah kalau nak beli susu anak, terpaksa nak kena pecah tabung.

“Kesusahan ini buat saya bertanya apa perlu saya lakukan sebab saya memang tak nampak masa depan saya. Saya pula seorang yang tak yakin dengan diri sendiri. Saya cakap dengan suami, kami perlu buat sesuatu,” kongsinya.

Suami Nurul Arija bekerja sebagai buruh dengan gaji hanya antara RM40 hingga RM50 sehari.

Jual produk orang

Setelah puas berfikir, akhirnya beliau memilih jadi dropship untuk menambah pendapatan keluarga.

“Bagi saya dapat tambah-tambah sikit duit pun cukuplah. Macam-macam saya jual. Jual skin care, tudung dan produk kesihatan. Bila ada untung sikit, saya akan kumpul untuk dijadikan modal,” katanya.

Bermula sebagai dropshipper, meningkat kepada ejen dan seterusnya stokis.

“Di situ saya sedar, kalau buat bisnes, ia mungkin boleh mengubah hidup kami,” katanya lagi.

Dengan modal tak sampai RM1,000, Nurul Arija cuba mengeluarkan produk kecantikan sendiri dan perniagaan itu berkembang.

Bangsa usahawan mana yang tak pernah menempuh cabaran dan dugaan.

Begitu juga dengan Nurul Arija, beliau pernah stuck dan mengalami kemerosotan jualan.

Tak tahu nak bangun semula

Jualan mencecah jutaan ringgit bukan jaminan jumlah tersebut akan terus kekal dan meningkat sebaliknya boleh jatuh, kata pengasas Nurfella Beauty ini

Menurutnya, jualan lebih mudah terjejas bila usahawan tersebut tidak ada tanpa ilmu dan strategi yang betul daripada mentor.

“Saya rasa dah buat semua benda. Tetapi tak membantu. Apabila jualan saya jatuh, tak tahu nak bangunkan semula macam mana.

“Saya jual produk kecantikan, tetapi sebab nak tampung kerugian ia ditukar kepada minuman. Saya tak nampak produk kecantikan itu boleh bawa perniagaan saya naik semula,” jelasnya. 

Tak tahu membaca jadi jutawan

Tambah Nurul Arija, kisah anak didik Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr Azizan Osman yang tidak tahu membaca tetapi berjaya jadi jutawan sehingga kini jadi inspirasi buat Nurul Arija.

“Saya tahu kisah itu waktu hadir program Nak Ubah Hidup (NUH) pada 2020 anjuran RichWorks. Daripada situ saya fikir, dia tak boleh membaca tetapi berjaya maknanya ada strategi tertentu.

Meskipun pada waktu itu beliau agak teruja dan terinspirasi melihat kejayaan usahawan lain, tetapi belum terfikir untuk terus belajar dengan RichWorks.

Sehinggalah pandemik melanda dunia dan negara. Hampir semua perniagaan ketika itu terjejas, tidak terkecuali perniagaan beliau. Hasil jualan tidak lagi memberangsangkan dan keuntungan perniagaan mula merosot.

Nasihat seorang ejen

“Pada Ogos 2020 selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan oleh kerajaan di awal tahun mengakibatkan perniagaan terjejas, seorang ejen saya yang setia dan rapat datang berjumpa saya.

“Beliau kata saya perlu lakukan sesuatu dan tidak hanya bergantung dengan situasi semasa kerana jika itu yang saya lakukan, perniagaan saya usahakan tidak akan mampu berkembang.”

Setelah memikirkan saranan itu dan mahu perniagaan yang diusahakan terus berkembang  beliau mengambil keputusan untuk kembali bersama RichWorks.

 “Saya menyertai program Mentoring Titanium pada Februari 2021 dan mendapat jawapan yang dicari-cari mengapa tak boleh nak mengekalkan jualan walau dah capai RM1 juta.

“Kalau dulu saya ada ejen dan stokis tetapi tak pernah berhubung dengan mereka. Saya takut nak buat live di media sosial namun akhirnya ubah sikap itu,” ujarnya.

Nurfella Beauty ukir kejayaan

Hasilnya daripada pendapatan RM1.2 juta pada 2020, melonjak kepada RM15 juta pada 2021 dan Nurul Arija mensasarkan RM30 juta pada tahun 2022.

“Rezeki ini dikongsi bersama, ekonomi pasukan Nurfella Beauty juga bertambah baik dengan mereka mampu memiliki kenderaan malah rumah idaman serta membawa ibu bapa mengerjakan umrah,” tambah beliau.

Bagi suri rumah dan individu yang mahu menambah pendapatan serta mendapatkan produk Nurella Beauty seperti serum scar treatment anda boleh mendapatkan maklumat lanjut di Facebook Nurfella Beauty HQ.

Artikel terbaru

7 Comments

  • Atika Shahfira

    Nurfella : Learning points :
    1) Setiap yang kita lakukan terutamanya bisnes ,kita perlukan mentor untuk bantu bimbing kita ke arah strategi yang betul
    2) kena berani melangkah untuk lebih berjaya agar tidak terus kecundang
    3) sedar diri & jangan lengah untuk bertindak jika rasa tidak stabil

    • Team RichWorks

      Amazing! Terima kasih atas Learning Points anda. Jangan lupa share pada orang lain juga. Semoga dipermudahkan urusan!

  • Nasrullah Zainal

    Saya betul betul susah skrg. Sakit and sedih sgt dengan keadaan. Saya mmg minat niaga. Tp sampai skrg saya belum tahu cara terbaik

    • Team RichWorks

      Terima kasih atas comment. Setiap apa yang kita inginkan memerlukan persediaan dan tindakan. Jangan bertangguh lagi. Jom Bangkit!

  • Saya dah buat sikit2 yg Di ajar tp stuck sbb modal.. Kene satel. Utg dulu.. Sbb untung modal byr utang.. Tk. Blh nk. Pusing modal..

  • Ida

    Terima kasih dengan perkongsian.saya berharap suatu hari nanti saya pun boleh dapat serta mentoring dari richwork.

    • Team RichWorks

      Terima kasih atas comment anda. Boleh tinggalkan nombor telefon anda atau WhatsApp kami di 0192442244. Semoga dipermudahkan urusan!

Leave a Reply