Bangsa Usahawan Perlu Ada Jurnal Perniagaan. 5 Manfaat Buat Mereka

Setiap usahawan ada kisah masing-masing. Kalau anda nak satu kenangan yang boleh membuatkan anda sedar dari mana anda bermula, kisah-kisah perjalanan bisnes anda, kisah jatuh bangun perniagaan anda, dan sebagainya, anda patut ada satu jurnal perniagaan. Ia seperti diari perniagaan anda.

Sekiranya anda nak buat jurnal khusus untuk perniagaan, anda mesti kena biasakan diri anda untuk menulis setiap hari. Sama seperti anda menulis diari.

Anda akan tulis setiap apa yang anda alami untuk mengelakkan anda terlepas saat tersebut. Ada sesetengah orang akan menghargai saat-saat mereka dengan bergambar, tapi anda boleh buat dengan gunakan teknik penulisan. 

Kerana, anda boleh ceritakan setiap kisah dengan lebih ‘detail’ lagi.

5 manfaat penulisan jurnal dalam perniagaan anda”

1. Cerita Inspirasi Untuk Dikongsi

Setiap orang ada kisah yang mereka nak cerita kepada orang lain. Supaya cerita ini boleh dijadikan panduan dan kisah pembakar semangat kepada orang lain terutama kepada bakal-bakal peniaga dan peniaga yang sudah hilang semangat. 

Mana tahu lepas mereka baca kisah anda, mereka akan temui satu ilham yang boleh diguna dalam bisnes mereka sendiri.

2. Memori Perniagaan

Menulis jurnal ni sama juga dengan anda simpan memori anda. Yang membezakannya adalah, anda simpan dalam jurnal melalui tulisan. 

Anda boleh tulis apa sahaja yang terjadi pada hari ini dalam perniagaan anda dan anda akan kenangkannya suatu hari nanti. 

Apabila anda buka balik jurnal yang anda tulis, anda akan teringat semula kisah-kisah lama anda dan ini akan beri kekuatan kepada anda sekiranya ‘timing’ anda baca jurnal tersebut, ketika anda hadapi masalah dalam bisnes.

3. Ingatan di masa hadapan

Jangan jadi seperti kacang lupakan kulit. Anda harus ingat di mana anda bermula. Kadang-kadang, bila dah berjaya dan mula hidup senang, manusia mula lupa permulaan mereka. 

Ini kerana, mereka tidak mahu ingat semula kisah-kisah semasa mereka susah. Bukan itu sahaja, mereka mula sombong dan bongkak. 

Sepatutnya, bila anda dah berjaya, anda patut tolong orang yang susah. Supaya anda boleh lihat kehidupan anda dulu dalam hidup mereka. 

Jadi, anda tak mahu mereka susah seperti anda dengan beri peluang pekerjaan kepada mereka supaya mereka boleh buat perubahan pada hidup sendiri.

4. Perbaiki kemahiran menulis

Apabila anda banyak menulis, secara tak langsung kemahiran menulis anda akan semakin meningkat dan jadi lebih baik. Mungkin pada mulanya anda hanya menulis untuk suka-suka sahaja, tapi kelamaan ia akan semakin serius. 

Apabila tahap penulisan anda semakin bagus, anda boleh perbaiki content jurnal anda dan publishnya kepada para pembaca. Ia juga sebagai sumbangan anda kepada masyarakat.

5. Untuk cipta pencapaian baru

Apabila anda menulis jurnal perniagaan, anda akan merasa ada perubahan dalam hidup dan perniagaan yang anda jalankan. 

Sekiranya dengan menulis jurnal perniagaan boleh beri perubahan yang positif kepada anda, anda akan lihat semula apa yang anda tulis untuk lihat tahap perkembangan tersebut. 

Oleh itu, jurnal perniagaan ini akan membantu anda kenal diri anda dengan lebih baik lagi. Dan anda akan berusaha untuk terus buat pencapaian baru.

Terima kasih kerana dapat luangkan masa anda untuk membaca artikel ini. Semoga artikel “Bangsa Usahawan Perlu Ada Jurnal Perniagaan. 5 Manfaat Buat Mereka” ini sedikit sebanyak dapat memberikan manfaat kepada anda.

Sila kongsikan soalan atau ‘learning points’, apa yang anda dapat pelajari dari artikel ini dalam ruangan komen di bawah. ⬇️



One-on-one business check-up for free today

Sesi Eksklusif bersama Team RichWorks secara Percuma

5 Comments

Leave a Reply