Beza Menjalankan Perniagaan Dengan Bekerja? 5 Perlu Bagi Anda Yang Berniaga

Perniagaan dengan bekerja ini sebenarnya sangat berbeza yang mana memerlukan seseorang usahawan itu melakukan lebih lagi berbanding seorang pekerja.

Antaranya, bagi usahawan mereka perlu mengubah cara berfikir atau mindset bagi memastikan perniagaan dijalankan dapat mencapai apa yang dikehendaki.

Bila anda berniaga tidak ada lagi arahan yang diberikan oleh bos atau syarikat. Sebaliknya anda perlu mengarahkan diri sendiri untuk melakukan sesuatu perkara itu bagi memastikan apa yang dirancang akan berjalan dan memberi pulangan.

Selain itu, bila anda bekerja akan ada hasil atau gaji ditetapkan setiap bulan berbanding berniaga yang mana ia bergantung kepada usaha dan tindakan sendiri dan team untuk mencapai sasaran tertentu.

Namun apakah persamaan bagi kedua ini – perniagaan & bekerja ini perlu kerja keras dalam mencapai impian dan matlamat anda. Keduanya juga merupakan ibadah dengan niat yang betul.

Jika dilihat, keduanya tiada jalan mudah dalam proses untuk mencapai kejayaan yang diimpikan. Bak kata pepatah, jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.

Berikut kami kongsikan dengan bakal mahupun usahawan terutama yang baru bermula sebagai panduan yang dapat membantu anda.

5 Perkara Yang Perlu Ada Bagi Mereka Berniaga :

  1. Perlu Urus Masa & Kehidupan

Bila anda berniaga, anda perlu menguruskan masa dan kehidupan anda dengan baik. Adakah masa anda digunakan sebaiknya?

Sebab tiada siapa boleh paksa anda melakukan tindakan bagi perniagaan yang dijalankan. Sebagai pemilik perniagaan itu ataupun seorang dropship, ejen dan sebagainya, anda ada masa fleksibel namun jangan ada pemikiran anda boleh lakukan kerja ikut suka hati bila mahu.

Pemikiran ini boleh membangkitkan kemalasan dalam diri yang beri kesan kepada perniagaan kelak.

Pemilik bisnes yang berjaya mempunyai disiplin diri untuk tidak bekerja berbanding impian untuk tidak perlu bekerja lagi. Kerja merupakan keseronokan buat mereka dalam mendapatkan results.

  1. Perlu Fokus

Bila anda berniaga, anda perlu fokus. Fokus sangat penting bagi seseorang usahawan. Ia boleh datang daripada banyak faktor seperti big why yang jelas, pemakanan sihat, cukup tidur dan bersenam.

Antara faktor ini penting bagi manfaat anda jangka pendek dan panjang dalam mengurangkan stres dan memberikan hasil yang lebih baik.

Terlampau banyak bekerja juga tidak baik yang boleh mengganggu fokus anda. Apa yang penting adalah keseimbangan.

  1. Perlu Perancangan

Bila anda berniaga, anda perlu ada perancangan. Perancangan sangat penting dalam sesebuah perniagaan. Perniagaan yang maju ke hadapan sentiasa selangkah di depan pesaing lain dengan pantas melaksanakan apa dirancang.

  1. Perlu MenThor

Mana-mana atlit dunia pasti mempunyai kumpulan sokongannya terutama jurulatih atau MenThor.

Begitu juga dalam perniagaan, anda akan berdepan dengan pelbagai situasi dan cabaran di sepanjang proses membina kejayaan.

MenThor dapat memberikan anda sumber rujukan, melihat sama ada dilakukan itu tepat atau tidak berdasarkan pengalaman dan ilmu yang berkaitan.

Cari MenThor yang telah berjaya melakukan apa yang anda nak capai bukan sekali tapi banyak kali. MenThor yang terbukti ada results.

MenThor yang boleh berikan rasa selamat, inspirasi malah menolak anda ke hadapan.

  1. Perlu Ada Fikiran Posifif, Tiada Pilihan Untuk Mengalah

Tiada pilihan untuk gagal dan menyerah kalah. Bila anda serius nak membina perniagaan, bermakna anda perlu sentiasa bergerak ke hadapan, lakukan penambahbaikan setiap masa, meraikan kejayaan dan belajar daripada kesilapan.

Menyerah kalah tidak boleh berada dalam kamus hidup anda, dalam membina perniagaan yang berjaya.

Jika anda ada fikiran ini, maka akan ada pilihan untuk kegagalan.

Terima kasih kerana dapat luangkan masa anda untuk membaca artikel ini. Semoga artikel “Beza Menjalankan Perniagaan Dengan Bekerja? 5 Perlu Bagi Anda Yang Berniaga” ini sedikit sebanyak dapat memberikan manfaat kepada anda.

Sila kongsikan soalan atau ‘learning points’, apa yang anda dapat pelajari dari artikel ini dalam ruangan komen di bawah. ⬇️



2 Comments

Leave a Reply

logo richwell