Neo Wellness: Tunjuk Hasil Gabungan Rawatan Moden Dan Tradisional, Elak Rawatan Dialisis

Neo Wellness: Tunjuk Hasil Gabungan Rawatan Moden Dan Tradisional, Elak Rawatan Dialisis

Neo Wellness, kisah individu yang tak mahu ilmu dimiliki turut bersara bersama usianya.

Tak semua individu dah bersara hanya menghabiskan masa bersama keluarga dan bermain dengan cucu.

Rugi ilmu, kepakaran dan pengalaman yang ditimba selama puluhan tahun sia-sia begitu sahaja tanpa dimanfaatkan.

Situasi itu juga yang membuatkan Bekas pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian, Kelantan, Profesor Dr Ab Aziz Al Safi mahu terus mencurah bakti kepada masyarakat terutamanya kepada individu yang mengalami masalah penyakit kronik seperti sakit buah pinggang kronik tahap 5

Rugi tak kongsi ilmu

Katanya, ketika mendengar video Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr Azizan Osman sering kali mengulang sabda Rasulullah SAW, sebaik-baik manusia di antaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain (Riwayat Bukhari dan Muslim).

“Jadi saya rasa bila tak kongsi dengan orang lain ini akan menjadi kesalahan. Saya rasa dengan ilmu yang saya ada, saya boleh beri manfaat kepada ramai orang dan memang betul,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau mengambil langkah mengasaskan Kumpulan Perubatan Neo Wellness yang menawarkan gabungan rawatan moden dan tradisional.

Neo Wellness milik Bumiputera

Neo Wellness merupakan antara syarikat 100 peratus milik Bumiputera didaftarkan di bawah syarikat Neo Beqam Sdn Bhd berpangkalan di Kubang Kerian, Kelantan.

“Ia antara yang pusat perubatan yang menawarkan rawatan bekam sejak ditubuhkan pada tahun 2015.

“Ia turut diiktiraf sebagai pusat amalan perubatan bersepadu yang dilengkapi peralatan berteknologi tinggi dan setanding perkhidmatan di hospital terutamanya untuk rawatan sakit kronik.

“Rawatan bekam klinikal yang kami tawarkan amat unik kerana ia berpaksikan prosedur operasi standard (SOP) ketat, bersih, selamat dan memberikan kesan perubatan yang positif,” jelasnya.

Selari protokal mengubati penyakit kronik

Kaedah digunakan juga selari dengan protokol untuk mengubati pelbagai penyakit kronik.

“Lebih menarik, segala perundingan dan rawatan dipantau oleh saya sendiri serta dikendalikan oleh kakitangan terlatih dan berpengalaman” katanya yang pernah membuat kajian mengenai keberkesanan kaedah bekam merawat sakit kronik sebelum ini.

Hasil kajian klinikal pasukannya di USM selama 12 bulan pada 2012 mendapati bekam boleh menurunkan paras glukos darah, tekanan darah, meningkatkan fungsi buah pinggang dan saluran darah.

“Hasil kajian ini dikongsikan melalui pembentangan saintifik di dalam dan luar negara. Berdasarkan hasil kajian yang begitu baik, kempen kesedaran tentang kelebihan berbekam klinikal telah dijalankan,” katanya.

Tak arif ilmu bisnes

Beliau yang lebih 20 tahun berpengalaman dan dilatih dalam rawatan konvensional atau alopati, menimba ruang kerja sebagai pensyarah dan perunding di sebuah pusat rawatan diabetes yang juga hospital latihan di Kelantan.

Walau, memiliki kepakaran dalam bidang sains perubatan namun beliau menyedari dirinya tidak arif dalam selok belok perniagaan. Di situlah beliau mula menyertai program anjuran RichWorks.

“Dulu saya tiada hala tuju, visi, misi ataupun memahami nilai sesebuah perniagaan. Saya membuka klinik seolah-olah hanya untuk mengisi masa lapang. Saya langsung tidak mengawal stok dan akaun juga tidak terjaga. Malah, saya tiada dasar pengambilan kakitangan, tidak tahu untung dan rugi. Pendek kata, saya tiada hala tuju,” katanya lagi.

Cabaran perniagaan sentiasa berubah, lebih-lebih lagi ketika kerajaan mengumumkan perintah kawalan pergerakan (PKP).

“Sebelum ini, saya tak terdedah dengan media sosial, hanya tunggu pesakit datang ke klinik namun selepas saya mengikuti beberapa program anjuran RichWorks, saya mula berjinak-jinak dengan media sosial. Jadi apa yang saya buat masa PKP, saya mula buat live, saya sambut cabaran Dr Azizan masa itu,” jelasnya.

Sehubungan itu, katanya, baru beliau sedar betapa ramai orang yang tak tahu perkhidmatan yang ditawarkan selama ini.

Kumpulan perubatan turut dilengkapi dengan pelbagai mesin dan peralatan canggih dan termaju seperti hipertermia, ECP dan CTU dan i-tera bagi mempercepatkan proses pemulihan.

Pesakit luar dari Kelantan

“Selepas saya menggunakan media sosial lebih 50 peratus pesakit datang dari luar Kelantan, semua hasil mereka tahu daripada media sosial dan bercadang untuk membuka cawangan klinik di Lembah Klang dan beberapa lokasi lain.

“Sekurang kurangnya setiap satu kawasan Parlimen (222 kawasan) ada satu pusat rawatan bagi memudahkan pesakit yang memerlukan rawatan bekam dengan cepat dan berkesan,” jelasnya lagi.

Jadi daripada situ hasilnya, pada 2021 keuntungan klinik yang mempunyai 20 pekerja itu meraih RM7.2 juta berbanding RM4 juta pada 2020.

Selain rawatan bekam klinikal, Neo Wellness juga menawarkan produk kesihatan seperti Jus Afeeya. Saya juga menulis beberapa buah buku dan ebook, antaranya 9 langkah mudah selamatkan buah pinggang, resepi untuk sihat, sains bekam, blood cupping therapy dan panduan menangani obesiti,” ujarnya.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut boleh layari laman web neowellnessmy.com.

Artikel terbaru

4 Comments

Leave a Reply