4 Nasihat Elon Musk, Miliki Kekayaan Lebih RM1 Trilion?

elon musk

Anggaran nilai bersih aset Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, Elon Musk melonjak kepada lebih RM1.27 trilion pada 3 Januari 2022.

Akhbar New York Post melaporkan kekayaan Elon Musk meningkat lebih RM125.7 bilion susulan kenaikan 13 peratus harga saham Tesla dalam dagangan Isnin lalu berikutan laporan penghantaran kenderaan yang melonjak.

Menurut Forbes, pada November 2021 nilai bersih aset Elon Musk melebihi RM1.257 trilion. Beliau adalah orang pertama dalam sejarah yang mencapai kejayaan tersebut.

Musk adalah orang terkaya di dunia pada masa ini. Ketua Pegawai Eksekutif firma fesyen Perancis LVMH, Bernard Arnault menduduki tempat kedua dalam senarai Forbes, diikuti oleh Ketua Pegawai Eksekutif Amazon, Jeff Bezos di tempat ketiga.

Tesla menghantar 308,600 kenderaan pada suku fiskal keempatnya, dengan mudah melepasi unjuran penganalisis. Bagi tahun fiskal 2021, penghantaran pembuat kereta elektrik itu melonjak 87 peratus kepada 936,172 kereta elektrik. Kedua-dua jumlah suku tahunan dan seluruh tahun itu mewujudkan rekod syarikat yang baharu.

Penilaian pasaran Tesla mencecah kira-kira RM5.03 trilion berikutan kenaikan saham terbarunya.

Empat nasihat Elon Musk kepada anak muda:

1. Cuba Jadi Berguna

Generasi muda harus melakukan perkara yang berguna kepada sesama manusia, makhluk dan kepada dunia.

2. Menyumbang kepada masyarakat

Musk menggesa orang muda untuk menyumbang lebih banyak daripada yang dimakan.

3. Banyak membaca

Membaca dan mengembangkan pengetahuan am supaya tahu apa yang berlaku di seluruh dunia.

4. Berkomunikasi dengan orang lain

Musk juga menyatakan bahawa lebih banyak anda bercakap dengan pelbagai jenis orang dari seluruh dunia, lebih banyak minda anda akan terbuka.

“Bercakap dengan orang dari pelbagai lapisan masyarakat, profesion, kemahiran dan industri yang berbeza,” jelas Musk. 

Kejayaan luar biasa Elon Musk boleh dijadikan inspirasi untuk kita menerpa kejayaan yang lebih besar. Empat nasihat tersebut bukan sahaja bermanfaat sebagai panduan mengembangkan perniagaan malah untuk kehidupan seharian.

Artikel terbaru

Leave a Reply