Nak Menyerlah Dalam Karier? Ini 3 Karakter Utama Yang Perlu Anda Miliki

Nak Mudah Naik Pangkat? Ini 3 Karakter Utama Yang Perlu Anda Miliki

Kebanyakan daripada kita pastinya mempunyai impian untuk menjadi seorang CEO. Namun, apakah perbezaan antara pekerja peringkat pertengahan dan seorang CEO?

Kemungkinannya, ia adalah berkaitan sifat yang mereka miliki. Tidak kiralah sama ada anda percaya seseorang itu mempunyai bakat semula jadi sebagai pemimpin mahupun diasah, beberapa sifat yang dimiliki ini penting untuk diserlahkan agar dapat menuju puncak dengan jayanya.

Kebanyakan orang percaya bahawa sifat nombor satu adalah pengalaman dan pendidikan kerana kedua-dua faktor ini berada dalam kawalan mereka.

Jika anda bekerja keras sebanyak yang diperlukan dan terus meningkatkan kemahiran anda, anda akan naik ke puncak. Namun, ia tak selalunya begitu.

Beberapa CEO teknologi yang paling terkenal pada abad ke-21 ialah pelajar yang tercicir termasuklah Bill Gates, Mark Zuckerberg dan Steve Jobs.

Ini bukanlah untuk mengatakan bahawa pendidikan dan pengalaman tidak penting. Tetapi, ia menunjukkan bahawa walaupun ia boleh membantu anda mendapatkan pekerjaan, ia tidak semestinya membantu anda menakluki dunia teknologi atau mendapat jemputan ke bilik lembaga pengarah.

Berikut adalah beberapa ciri pekerja yang telah terbukti dapat membantu anda naik ke puncak tangga korporat. Bekerja keraslah untuk membangunkan karakter ini di tempat kerja dan bersedialah untuk maju dalam kerjaya anda.

1.        Mempunyai Keghairahan Dalam Pekerjaan

Ciri pertama dalam senarai ini ialah keghairahan. Ia menjadi kurang apabila kita memasuki era ‘The Age of Anti-Ambition’ seperti yang dikatakan oleh The New York Times.

Orang ramai sama ada tidak mahu bekerja lagi atau mereka tidak mahu meletakkan sebarang kerja tambahan dalam kerja harian.

Anda akan jadi lebih mudah menonjol jika anda bersemangat dengan kerja yang dilakukan. Pekerja yang bersemangat dan mengambil berat tentang kerja yang mereka lakukan serta visi syarikat secara semula jadi akan bersemangat tentang semua yang dilakukan semasa bekerja. Semangat beginilah yang telah memacu beberapa syarikat teknologi terbesar dan beberapa penemuan paling inovatif pada abad yang lalu.

Semangat ini perlu kerana ia adalah perbezaan nombor satu antara pekerja yang berputus asa apabila tugas menjadi terlalu sukar dan pekerja yang mencari cara inovatif untuk menyelesaikan masalah. Majikan melihat perbezaan tersebut dan menggalakkan mereka untuk menyumbang lebih banyak apabila mereka meningkatkan rangkaian dalam perniagaan.

2.       Bersemangat Tinggi

Semua orang tahu pekerjaan yang tiada siapa mahu dan tugas yang dielakkan orang ramai dengan mengalihkan pandangan mereka terhadapnya di pejabat.

Walau bagaimanapun, majikan anda pasti akan menyedari pekerjanya yang sanggup menggalas tugas tersebut secara sukarela.

Oleh itu, daripada mengalihkan pandangan, adalah lebih baik sekiranya anda dahulu menawarkan diri bagi menggalas tanggungjawab yang mencabar sewaktu ia diutarakan dalam mesyuarat.

Sentiasalah memilih tugas yang lebih mencabar jika terdapat pilihan antara yang mudah dan sukar. Mentaliti dan etika kerja itu pastikan akan disedari oleh orang sekeliling nanti dan membuatkan mereka kagum dengan anda kerana berani menyahut cabaran yang diberikan.

3.       Mereka Tidak Mencari Masalah, Tetapi Menyelesaikannya

Apakah perkara nombor satu yang tidak disukai CEO? Semestinya ‘masalah’!

Kedua, mereka tidak mahu pekerja yang membawa masalah kepada mereka tanpa berusaha untuk menyelesaikannya.

Mungkin ada yang berpendapat bahawa pekerja bawahan tidak dapat menyelesaikan setiap masalah. Namun, dalam beberapa kes, pemikiran inovatif dan bersikap proaktif boleh membantu mengurangkan isu yang berkaitan dengan masalah.

‘Pemimpin menghargai penyelesaian.’ Oleh itu, jangan hanya membawa masalah kepada bos anda. Luangkan masa untuk duduk dan fikirkan bagaimana anda boleh menyelesaikannya.

Artikel terbaru

Leave a Reply