Jadi Staf McDonald’s, Ini Antara Pekerjaan Pertama Insan-Insan Terkaya Dunia

Jadi Staf McDonald’s, Ini Antara Pekerjaan Pertama Insan-Insan Terkaya Dunia

Jadi Staf McDonald’s, Ini Antara Pekerjaan Pertama Insan-Insan Terkaya Dunia

Jika dilihat kisah kejayaan individu-individu terkaya dunia, anda pastinya akan kagum dengan cara bagaimana mereka bermula pada awalnya.

Menariknya, rata-rata daripada mereka mengusahakan perniagaan atau syarikat sendiri berbanding mewarisi atau membantu perniagaan keluarga.

Mempunyai sikap dedikasi sambil didorong dengan rasa minat yang tinggi, mereka juga telah memberi inspirasi kepada jutaan masyarakat untuk berani mengambil tindakan agar dapat mencapai impian yang diidamkan.

Jeff Bezos

Seperti pengasas Amazon, Jeff Bezos, siapa sangka beliau dahulunya pernah bekerja di restoran McDonald’s pada tahun 1980-an dan hanya dibayar dengan gaji sebanyak $2.69 untuk sejam di restoran tersebut.

Beliau kemudiannya menamatkan pengajian dalam bidang sains komputer dan memasuki alam pekerjaan secara profesional selepas itu sebelum menjadi penganalisis saham di sebuah syarikat saham yang baru bermula yang bernama Fitel sebelum mengasaskan Amazon yang kini bernilai $1.7 trillion.

Mark Zuckerberg

Pekerjaan pertama pengasas Facebook iaitu Mark Zuckerberg adalah membina aplikasi untuk sebuah syarikat teknologi ketika beliau sedang menuntut di Universiti Harvard dalam bidang sains komputer.

Aplikasi tersebut berfungsi untuk memilih lagu untuk didengari orang ramai.

Bernilai $1 juta, Mark yang kini mempunyai aset bernilai $62.8 billion bagaimanapun tidak mengambil sebarang keuntungan daripada aplikasi yang diciptanya itu kerana dia memberi secara percuma kepada orang ramai untuk menggunakannya.

Ia sama seperti Facebook yang diberi percuma buat orang ramai tetapi dapat menjana keuntungan melalui hasil jualan iklan.

Elon Musk

Ironman itu wujud! Jika watak superhero itu suatu kisah dongeng, namun berlainan pula dengan Elon Musk yang digelar Ironman di dunia realiti.

Seperti Mark Zuckerberg, pengasas Tesla dan Space X itu juga merupakan seseorang yang obses dengan teknologi komputer.

Buat pengetahuan semua, Tesla merupakan peneraju kereta elektrik dunia  manakala Space X pula peneraju dalam penerokaan angkasa lepas.

Beliau memulakan kerjaya seawal usia 12 tahun dengan mencipta kod bagi permainan video dan telah menjualnya dengan harga $500.

Kini, beliau merupakan manusia terkaya di dunia dengan nilai kekayaan sebanyak $268.4 billion.

Steve Jobs

Sering mengenakan baju berwarna hitam polos, Steve Jobs merupakan pengasas syarikat Apple dan merupakan individu yang bertanggungjawab menyelamatkannya daripada muflis.

Digelar seorang visionary yang jelas dalam setiap tindakan yang dibuat, beliau juga dikagumi kerana mampu memperkenalkan sesuatu produk dan menjadikannya trending satu dunia.

Ketika di usia remaja, beliau merupakan seorang programmer permainan video kepada syarikat yang terkenal pada masa tersebut iaitu Atari

Walaupun sudah meninggal dunia, aura, jasa dan legasi yang ditinggalkannya tetap dikenang hingga ke hari ini khususnya oleh pencinta produk Apple.

Bill Gates

Rasanya nama individu ini tidak perlu diperkenalkan lagi dalam dunia teknologi perkomputeran.

Merupakan pengasas Micorsoft, Bill Gates telah memulakan kariernya pada usia 16 tahun yang di mana pada masa itu beliau telah membuat satu program untuk syarikat kereta.

Seorang yang sangat berdedikasi, beliau juga terkenal dengan sifatnya yang rajin dan pernah bekerja selama 18 jam sehari ketika usia remajanya.

Berani mengambil cabaran, beliau gemar mencuba sesuatu perkara baharu kerana banyak perkara yang perlu melalui proses’ try and error’ sewaktu era perkembangan computer dahulu.

Menyandang gelaran manusia terkaya dunia untuk suatu tempoh yang lama, beliau kini dilaporkan memiliki nilai kekayaan sebanyak $114.3 billion.

Turut dikenali kerana sifatnya yang dermawan, beliau juga mempunyai yayasan terbesar di dunia yang membantu meningkatkan kehidupan seluruh manusia terutamanya mereka yang berada dalam kesusahan.

Artikel terbaru

Leave a Reply