3 Kesilapan Perlu Dielakkan Perniagaan Kecil

3 Kesilapan Perlu Dielakkan Perniagaan Kecil

Ramai yang mula menjinakkan diri dalam bidang perniagaan untuk menampung kos sara hidup yang semakin meningkat.

Jika anda memutuskan untuk memulakan perniagaan sendiri, idea yang bagus adalah belajar daripada kesalahan orang lain.

Dah tahu perkara salah dan mengakibatkan kerugian, buat apa nak ulang perkara sama lagi? Itu perkara yang mesti dielakkan.

Berikut adalah tiga kesilapan yang perlu dielakkan:

1. Mengukur permintaan untuk produk atau perkhidmatan secara tidak tepat

Produk yang anda suka tidak bermakna semua orang menyukainya. Banyak perniagaan kecil gagal kerana penawaran melebihi permintaan.

Sebelum memulakan perniagaan, ketahui seberapa kuat permintaan untuk produk atau perkhidmatan anda.

Adakah produk atau perkhidmatan yang ditawarkan memenuhi keperluan pelanggan?

Adakah ia sesuai dengan trend semasa? Sebagai contoh, kedai sewa DVD mungkin bukan pelaburan yang baik ketika ini kerana populariti perkhidmatan penstriman.

Sehubungan itu, tanya diri anda adakah produk atau perkhidmatan yang anda tawarkan memberi faedah, menarik dan mudah difahami oleh pelanggan.

Anda juga perlu uji permintaan untuk produk atau perkhidmatan dengan mendapat pandangan dan komen jujur daripada rakan, keluarga dan sesiapa yang dipercayai.

2.  Memasuki pasaran tanpa kelebihan daya saing yang tersendiri

Anda mungkin memasak burger atau pizza yang sangat lazat, tetapi sebelum membina perniagaan fikir tentang cara untuk membezakan perniagaan anda daripada setiap restoran burger atau piza yang lain.

Adalah penting untuk mempertimbangkan faktor seperti harga, rasa, hiasan, kepantasan perkhidmatan, pengiklanan dan pilihan lain.

Tentukan cara anda boleh membezakan perniagaan tersebut daripada pesaing.

Tanpa kelebihan daya saing yang jelas, sukar untuk bersaing dalam pasaran seperti perniagaan restoran, di mana biasanya mengambil banyak masa dan wang untuk membina jenama yang berdaya maju. Pastikan anda mempunyai kelebihan daya saing yang menonjol.

Buat produk anda nampak!

3. Lupa mengira kos

Nampak biasa tetapi di sini selalu berlaku kesilapan. Cash flow semua out!

Resit-resit berterbangan entah ke mana.

Kejayaan memulakan perniagaan memerlukan perakaunan kos yang teliti. Ini termasuk pengurusan kewangan perniagaan dan peribadi.

Kesilapan mengurus kewangan ialah salah satu sebab utama kegagalan perniagaan.

Sebelum memulakan perniagaan, pastikan anda mempunyai belanjawan terperinci yang merangkumi bukan sahaja kos pernigaan tetapi perbelanjaan sara hidup.

Bukan suka-suka nak guna duit ambil terus dari meja juruwang.

Semoga perniagaan kecil anda berkembang menjadi sebuah empayar perniagaan. Trust the proses! Tetapkan diri untuk berjaya, bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam sahaja.

Artikel terbaru

2 Comments

  • Zaini binti Suli

    Saya sangat setuju dengan 3 perkara yg mesti dielakan tu diatas . Saya perpegang pada prinsip jujur pada diri sendiri berhubungkait dgn urusan kewangan sendiri atau syarikat.
    Allah sentiasa ada melihat apa yg kita buat.

  • norita

    Info yang bermanfaat. Terima kasih

Leave a Reply