Nak Menjadi Usahawan? Ini 8 Sikap Yang Perlu Ada Pada Anda

Nak Menjadi Usahawan? Ini 8 Sikap Yang Perlu Ada Pada Anda

Manusia sentiasa memerlukan dorongan dalam melakukan banyak perkara terutama sekali dalam melakukan perkara yang memerlukan banyak pengorbanan dan momentum tindakan yang berterusan. 

Seorang usahawan perlu ada sikap yang berbeza daripada sikap seorang pekerja. Berikut adalah sikap yang ada pada setiap usahawan yang berjaya dan tidak ada pada kebanyakan pekerja.

8 sikap usahawan

1. Tidak teragak-agak untuk membuat keputusan

Seorang usahawan bebas untuk menentukan hala tuju perniagaan mereka berdasarkan pendapat daripada pekerja. 

Usahawan ada hak untuk mengatakan ya atau tidak terhadap setiap keputusan yang ingin dibuat. 

Lain pula dengan seorang pekerja yang perlu menunggu kelulusan daripada majikan tentang keputusan yang dibuat.

2. Berani ambil risiko

Siapa sahaja yang tak takut mengambil risiko? Apatah lagi apabila ia melibatkan untung rugi syarikat. 

Walaubagaimanapun seorang usahawan perlu tahu bila waktunya dia perlu berani untuk mengambil risiko. 

Bukan semua risiko perlu diambil. Jika dari awal kita dah tahu suatu keputusan itu bakal merugikan, kenapa nak ambil risiko tersebut. Risiko yang perlu diambil adalah risiko yang ada peratusan kejayaan di dalamnya.

3. Buat keputusan bukan kerana desakan orang lain

Usahawan yang berjaya memulakan perniagaan dengan persedian ilmu tentang bisnes dan sering menaik taraf strategi dan bukan hanya ikut-ikutan dari orang lain tanpa membuat kajian terlebih dahulu. 

4. Pandai menguruskan diri dan masa

Salah satu kunci orang yang berjaya adalah orang yang pandai dalam memanfaatkan masanya. 

Cuba kita lihat orang-orang yang dah berjaya, adakah mereka orang yang suka menghabiskan masa dengan sia-sia? Tidak! Setiap saat adalah sangat berharga buat mereka. 

Cuba lihat pula orang yang tidak berjaya, pada pukul berada mereka tidur dan pada pukul berapa pula mereka bangun pagi? 

Jika tidur lambat kerana membuat perkara yang bermanfaat tak salah, tapi kebanyakan daripada mereka hanya menghabiskan masa dengan sia-sia. 

Tak ada langsung usaha-usaha yang membawa kepada kejayaan di dalam hidup mereka. 

Dalam hidup ini memang terlalu banyak gangguan. Kita perlu melatih diri untuk mengawal diri daripada melakukan perkara yang sia-sia. 

Ada orang suka beri alasan sibuk dengan tugasan harian dan tak ada masa yang mencukupi untuk melakukan perkara yang mendatangkan keuntungan. 

Kita ada 24 jam sehari, kenapa ada orang yang boleh menggunakan masa ini untuk kejar kejayaan dan ada yang tidak boleh? Fikir-fikirkan.

5. Tahu menguruskan kewangan diri dan perniagaan

Tidak kira berniaga atau bekerja, kita perlu ada ilmu dan disiplin dalam menguruskan kewangan. Tanpa ilmu kewangan dan disiplin, wang segunung pun boleh lesap. 

Kita tak akan mampu menahan godaan-godaan yang bersifat material di dunia yang mempengaruhi iman kita. 

Akhirnya, kita hanya menanggung bebanan hutang kerana wang yang ada licin dengan godaan tadi.

6. Sentiasa mencari ilmu untuk upgrade diri

Agak ramai orang masih skeptikal untuk belajar meningkatkan diri sendiri sedangkan ini penting dalam hidup dan kerjaya kita semua. 

Mereka terlalu selesa dengan siapa mereka dan apa yang mereka ada pada hari ini. Menuntut ilmu itu suatu kemestian seawal usia kanak-kanak lagi. 

Nak berjalan pun perlukan ilmu inikan pula nak membina kerjaya. Ilmu adalah sangat luas dan ia boleh digunakan untuk membantu kita mencapai sesuatu yang diingini.

7. Tentukan matlamat jangka panjang

Perniagaan memerlukan matlamat jangka panjang yang jelas. Jika tidak, kita akan stuck di tempat yang sama tanpa sebarang penambahbaikan. 

Kita perlu membiasakan diri membina matlamat dan usaha untuk menjadikannya kenyataan. 

Rugilah jika berniaga bertahun-tahun, tapi tiada sebarang matlamat yang ingin dicapai di dalam perniagaan tersebut.

8. Menjadi pemimpin

Setiap orang yang berjaya mempunyai kemampuan untuk memimpin diri sendiri. Tanpa ciri-ciri kepimpinan dalam diri dan kemampuan untuk memimpin, kita tak akan mampu untuk mencapai apa yang kita sedang impikan. 

“Semua orang boleh menjadi pemimpin. Kita tidak memerlukan sebarang jawatan, pangkat atau gelaran untuk menjadi seorang pemimpin.” – Robin Sharma

Seseorang yang tak mampu untuk memimpin diri sendiri, sudah tentu tidak mampu untuk memimpin orang lain apatah lagi nak memimpin pasukan kita sendiri. 

Usahawan yang tiada sikap kepimpinan pasti akan menghadapi cabaran. Namun usaha anda yang berterusan akan menjadikan anda seorang pemimpin yang bagus.

Artikel terbaru

Leave a Reply