Nak capai jualan RM100 juta setahun?

Nak capai jualan RM100 juta setahun?

SAYA mulakan dengan persoalan ini, adakah anda ada keinginan untuk membina bisnes hingga mampu capai jualan RM100 juta setahun?

Mungkin bagi kebanyakan daripada bangsa usahawan itu suatu jumlah yang sangat besar dan jauh, namun ia bukan mustahil.

Keinginan yang tinggi, komitmen dan tindakan berterusan membolehkan impian itu menjadi kenyataan.

Tapi itu sahaja tidak cukup jika anda ingin lebih pantas berbanding pesaing di luar sana.

Faktor membezakan anda dengan pesaing ialah bila mana adanya ilmu, strategi dan sistem yang ditambah baik dari semasa ke semasa agar boleh mengharungi cabaran serta perubahan yang berlaku dalam banyak aspek.

Ilmu, strategi dan sistem itu tak cukup sekadar membaca buku, membuat carian Google atau mendengar nasihat dari kawan-kawan yang masih belum pun berjaya dalam bisnes.

Sebaliknya, usahawan perlukan mentor atau guru yang boleh memberikan kejelasan, kefahaman malah mampu bimbing anda untuk elak daripada melakukan kesilapan.

Umpama menggunakan aplikasi Waze, kita perlu masukkan destinasi yang ingin dituju, sebelum ia menunjukkan laluan paling pantas.

Bukan itu saja, halangan turut dimaklumkan lebih awal kepada pemandu supaya berhati-berhati dan mampu mengelak daripada melalui jalan sama.

Sama seperti usahawan, anda perlu ada matlamat jelas. Hasrat mencapai RM100 juta pertama umpama destinasi dan Waze merupakan mentor untuk bawa anda mencapainya dengan lebih pantas.

Mentor dapat menegur anak didiknya agar tak melakukan kesilapan yang tidak diketahui dan bawa mereka ke jalan yang betul untuk capai matlamat ditetapkan.

Kebangkitan Eskayvie

Saya nak kongsikan kisah salah seorang anak didik saya yang menyaksikan transformasi hingga mampu mencapai jualan RM100 juta dalam tempoh hanya lima bulan pertama tahun ini.

Semua ini takkan berlaku hanya dengan bimbingan saya dan RichWorks, sebaliknya Pengasasnya, Kartika Wati Mohamed sendiri ada komitmen tinggi untuk transformasi bisnesnya yang hampir ditutup pada 2016.

Seorang peguam sanggup merendahkan ego dengan hadir ke program RichWorks bila bisnes Eskayvie yang dibina sejak 2009 dengan jualan RM60 juta setahun setakat 2013 semakin jatuh hingga jualan tinggal RM2 juta.

Hasil ilmu dan bimbingan berterusan RichWorks, Eskayvie bukan saja mampu bertahan ketika awal pandemik 2020, malah terus bangkit berkembang hinggalah ke hari ini.

Sebab itu di RichWorks, kami melahirkan ramai usahawan jutawan, antaranya melalui program mentoring Spire yang menyasarkan usahawan capai RM1 juta pertama dalam tempoh hanya enam hingga 12 bulan.

Saya nak lahirkan lebih ramai bangsa usahawan yang mampu capai jualan jutaan ringgit seperti Eskayvie, Sabella, Nurraysa, Hasnuri dan banyak lagi.

Mereka juga dulunya seperti anda, ada bermula dari rumah, berniaga tepi jalan, menjual produk orang lain malah ada bisnes yang stuck pada tahap tertentu, namun berjaya pecahkan halangan berkenaan.

Sabtu dan Ahad depan, saya nak berjumpa dengan bangsa usahawan, dalam program 10x Bina Bisnes Berjaya di Setia City Convention Centre (SCCC), insya-Allah.

Saya bersama RichWorks sentiasa ada untuk menyokong bangsa usahawan.

Kami nak lihat bangsa usahawan yang hadir dapat memastikan bisnes mereka mampu bertahan, malah lebih baik dan berkembang lagi dengan ilmu serta strategi yang akan saya kongsikan khusus buat mereka.

Ini bukan program online, usahawan perlu hadir sendiri ke SCCC, Setia Alam. Jumpa di sana nanti.

Artikel terbaru

1 Comment

Leave a Reply