Bos Eskayvie Bersuara, Setuju RichWorks Skim Cepat Kaya!

Bos Eskayvie Bersuara, Setuju RichWorks Skim Cepat Kaya!

“Program yang dianjurkan Richworks memang ‘Skim Cepat Kaya’ sebab mereka berjaya ‘kayakan’ ramai usahawan termasuklah Eskayvie Sdn. Bhd. (Eskayvie) dan usahawan kami,” jelas Pengarah Urusannya.

Kartika Wati Mohamed memberitahu, beliau merupakan salah seorang ‘mangsa’ hinggakan Eskayvie sebagai pelopor produk kesihatan tempatan yang hampir ditutup beberapa tahun lalu mampu bangkit semula.

Kartika Wati Mohamed

“Skim cepat kaya ini yang sudah buatkan para usahawan kami mendapat pendapatan bersih 4 ke 6 angka sebulan tanpa modal. Memang sah skim cepat kaya.

“Selari dengan visi kami untuk memperkasakan ekonomi & kesihatan ummah. Ini adalah ‘proven result’ hasil dari bimbingan Datuk Wira Dr Azizan Osman,” jelasnya dalam satu hantaran di akaun LinkedIn miliknya semalam.

Tambahnya, hampir saja beliau kembali ke bidang guaman dan suaminya, Dr Syid Ayob Syid Mustafa Al-Qudri sebagai formulator produk Eskayvie kembali ke bidang perubatan semula.

“Pengalaman berpuluh tahun dalam beberapa jenis perniagaan tidak menjanjikan seseorang itu kejayaan.

“Bila dibimbing mentor yang sangat komited, memberi saya dorongan serta kepastian tentang apa yang saya perlukan dalam perniagaan,” jelasnya.

Kartika berkata, beliau juga dapat belajar daripada pengalaman dan cabaran dunia perniagaan melalui circle di dalam RichWorks.

“Ini adalah jalan pintas untuk saya jayakan Eskayvie dengan lebih selamat dan cepat.

“Mentor saya tak pernah gagal untuk membuka potensi dalam minda ini untuk fokus dan reka kejayaan mahu dikecapi namun pastinya banyak perkara perlu kita lakukan,” ujarnya.

Dalam pada itu, Kartika menjelaskan bahawa perjalanan Eskayvie masih panjang untuk mencipta syarikat yang akan bertahan lebih 100 tahun.

“Andai dahulu jualan RM1 juta sehari bagai mimpi yang mustahil dikecapi, kini ia adalah kenyataan yang diikmati & syukuri,” katanya lagi.

Artikel terbaru

3 Comments

Leave a Reply