Mulakan e-Newsletter

Mulakan e-Newsletter

You can’t sell anything if you can’t tell anything -Beth Comstock

Pemasaran adalah untuk beritahu orang ramai yang anda ada bisnes. Jika anda ada bisnes, tapi orang tak tahu, tak ada gunanya bisnes anda. Bila anda ada bisnes, pastinya bukan untuk saja-saja, betul? Anda pasti ada impian dan cita-cita yang nak dicapai.

Apa kata anda mulakan promosi bisnes anda dengan e-newsletter. Anda tahu apa itu e-Newsletter? Ia adalah shortcut atau jalan pintas bagi emel newsletter. e-Newsletter sama sahaja dengan pemasaran menggunakan newsletter.

Yang berbeza ialah offline dan online. Bila anda guna e-newsletter, anda gunakan online marketing. Anda guna emel untuk hantar newsletter pada database anda, faham faham?

5 pertimbangan dan manfaat e-newsletter anda :

1. Apa yang bisnes anda perlukan?

Buat sedikit research, apa teknik marketing yang bisnes anda perlukan. Adakah dengan menggunakan e-newsletter, bisnes anda boleh meningkat lain? Jika ya, anda boleh gunakan e-newsletter dalam marketing bisnes anda.

Caranya hampir sama dengan marketing menggunakan e-Book. Anda perlukan database untuk menghantar emel pada pelanggan anda. Anda boleh gunakan auto responder untuk membalas emel tersebut.

2. Create simple newsletter

Gunakan tema wordpress yang anda biasa gunakan untuk memilih jenis templet emel dan content layout. Elakkan dari cipta newsletter yang berserabut. Dalam newsletter, perbanyakkan informasi dan kurangkan perkara-perkara yang menjurus kepada menjual barang. Kadang-kadang, bila anda terlalu ‘nampak’ nak menjual barang, mereka tak akan buka dan baca newsletter anda, betul?

3. Mengekalkan hubungan

Dengan mengeluarkan e-newsletter secara berkala seperti dua kali seminggu, seminggu sekali atau dua kali sebulan boleh mengekalkan hubungan anda dengan pelanggan.

Jika anda berhadapan dengan proses membuat keputusan yang mengambil masa yang lama, contohnya, anda boleh gunakan newsletter untuk berkomunikasi dengan semua pembuat keputusan sepanjang proses tersebut berlaku.

Jika pelanggan tidak tetap membeli produk anda, anda boleh kekalkan hubungan ini dengan emelkan mereka newsletter dengan kerap untuk membuka peluang kepada mereka menjadi pelanggan tetap.

4. Liputan yang menyeluruh

e-Newsletter boleh membantu anda meningkatkan liputan ke atas target pelanggan. Dengan memberi mereka informasi dalam website rasmi, anda boleh mengambil butir-butir peribadi prospek dengan meminta mereka melanggan newsletter anda.

Hantar e-newsletter anda melalui emel kepada prospek dengan menggunakan kos yang rendah dan murah, kerana anda boleh gunakan modal anda yang lain untuk cara pemasaran yang lain.

5. Meningkatkan reputasi anda

Dengan emel yang dihantar, anda telah membina dan meningkatkan reputasi anda di mata pelanggan. Kerana, pelanggan mula melihat bisnes anda dengan lebih meluas.

Anda pasti tak mahu jadi peniaga yang ‘mengganggu’ pelanggan dengan emel yang tak relevan, tiada informasi, dan asyik promosi barang saja. Beri mereka ilmu yang bermanfaat supaya emel anda tidak di delete mereka.

Artikel terbaru

4 Comments

Leave a Reply