Mercedes Perkenal Model Kereta Terbaharu, Bakal Jadi Saingan Tesla

Mercedes Perkenal Model Kereta Terbaharu, Bakal Jadi Saingan Tesla

Awas Tesla! Pesaing anda kini semakin menghampiri…

Tesla yang diterajui oleh Elon Musk kini perlu berjaga-jaga selepas Mercedes-Benz baru-baru ini memperkenalkan Concept CLA-Class EV baharunya di IAA Mobility 2023 di Munich, Jerman.

Dengan motor yang dipasang di belakang, transmisi dua kelajuan dan bateri 800 volt, EV dianggarkan mempunyai jarak 466 batu, lebih kurang 120 batu daripada mana-mana Tesla telah dipasarkan.

Diramalkan di pasaran pada 2025

Menurut Car and Driver, Mercedes-Benz akan memulakan pengeluaran EV mewah ini pada tahun 2024. Ini bermakna kereta itu sepatutnya dijual pada tahun 2025.

Selain daripada julat cemerlang bagi setiap caj, CLA mempunyai beberapa ciri menarik perhatian lain, termasuk:

-Pengecasan pantas sehingga 248 batu dalam 15 minit

-Lampu LED bertenaga rendah

-Sistem Operasi Mercedes-Benz (MB.OS) baharu menggunakan super komputer dan kecerdasan buatan yang membolehkan anda menerima panggilan Zoom menerusi kereta anda.

Bahan mampan seperti keluli tanpa CO₂ dan aluminium pengurangan CO₂, upholsteri kulit yang dihasilkan dan diproses secara mampan serta trim yang diperbuat daripada kertas.

Semestinya Tesla akan menerima saingan hebat daripada Mercedes-Benz selepas ini. Apalah ertinya dunia perniagaan tanpa persaingan, bukan?

Seperti perniagaan yang sedang diusahakan, anda pastinya tidak boleh terus selesa dengan keadaan sekarang kerana bila-bila masa saja pesaing yang sebelum ini berada di belakang boleh memecut ke hadapan.

Jadi, adakah anda sudah keluar dari zon selesa?

Artikel terbaru

Leave a Reply