7 Jenis ‘Manusia Beracun’ Yang Perlu Dielak Dalam Bisnes

7 Jenis ‘Manusia Beracun’ Perlu Anda Elak Dalam Bisnes

Berkawan biar seribu, bercinta biar satu. Betul, tetapi dalam seribu kawan dan seorang pasangan hidup pun kita perlu pilih dengan betul dan teliti.

Tak terkecuali juga dalam bisnes, anda perlu pastikan setiap orang atau kawan yang berada di sekeliling adalah individu yang tidak jadi ‘manusia beracun’ dan beri pengaruh negatif kepada anda.

Dalam perniagaan, semestinya kita mempunyai tahap profesionalisme yang tersendiri, berdepan dengan staf, klien, pelanggan, vendor dan ramai orang.

Kita mesti bijak dan tahu untuk kenal pasti siapakah disekeliling yang boleh kita gelarkan ‘Manusia Beracun’ untuk dijauhi.

Jauhi dan elakkan 7 jenis ‘Manusia Beracun’ dalam circle anda :

‘Manusia Beracun’ Yang Perlu Anda Elak Dalam Perniagaan

#1. Suka mengumpat cakap buruk terhadap orang lain

Orang macam ni seeloknya tak payah kita nak rapat sangat. Dia suka mengata perkara buruk dekat belakang orang. Bila depan anda dia mengata si A, bila duduk dengan si A dia akan mengata anda pula.

Perhatikan manusia jenis macam ini dan mula jauhkan diri darinya.

#2. Sentiasa bersangka buruk

Orang yang tak pernah nak fikir pasal benda baik akan berakhir dengan apa yang dia fikirkan. Semua yang berlaku disekelilingnya akan ditafsirkan secara negatif.

Orang macam ini biasanya hidup dia tertekan dan sentiasa menyusahkan orang lain. Lebih baik anda berfikir seribu kali sebelum pilih mereka berada dalam circle anda.

#3. Tidak bertimbang rasa

Orang yang bertimbang rasa biasanya dapat menyelami perasaan orang lain. Segala tindakannya dipertimbangkan terlebih dahulu berdasarkan keadaan yang bersesuaian.

Orang yang tidak bertimbang rasa tak ada langsung kemahiran menyelami perasan orang lain. Dia kasar tak kira tempat. Jauhkan diri anda dari berkawan rapat dengan orang macam ini sebab dia hanya menjauhkan rezeki dan peluang anda untuk berjaya sama ada di dunia mahupun di akhirat.

#4. Ambil banyak masa anda dengan sia-sia

Ada orang ambil banyak masa anda, tetapi masa yang anda berikan pada mereka tidak sia-sia. Anda dapat ilmu, manfaat dan lain-lain yang diperlukan setiap kali anda habiskan masa dengan mereka.

Orang macam ini memang terbaik untuk dijadikan kawan atau orang yang boleh dipercayai dalam perniagaan. Ada orang yang akan habiskan banyak masa anda, tapi kesemuanya hanyalah sia-sia sahaja.

Buang masa dengan perkara tak berfaedah, duduk berjam-jam mengata sana sini, buat ulasan politik negara dan kritik semua orang.

#5. Pentingkan diri sendiri terdahulu

Walau apapun yang terjadi, orang jenis ini akan fikirkan tentang dia terlebih dahulu baru tentang orang lain. Malah biasanya dia tak fikirkan langsung pasal orang lain. Kalau anda rapat dengan orang macam ni, anda tentu bermasalah besar.

Bayangkan apa kesan buruknya pada perniagaan anda?

#6. Sentiasa ada krisis dan konflik dengan orang lain

Setiap kali jumpa, ada saja krisis baru dengan orang yang lain pula. Itu tandanya dia yang bermasalah dan bukannya orang lain. Tapi biasalah, dia akan tuduh semua orang lain punya masalah dan tak pernah nak mengaku masalah diri sendiri.

Jangan sesekali pilih manusia begini untuk berada dalam syarikat atau perniagaan anda. Andai kata ada saja masalah berlaku, bayangkan apa tindakan yang akan beri kesan buruk pada prestasi perniagaan anda.

#7. Tak hormat orang

Mungkin dia nampak macam hormat dan tak biadap dengan anda. Tapi cuba lihat bagaimana dia layan pelayan kedai makan, atau orang lain yang kerja tak berapa glamour.

Orang yang suka herdik dan biadap dengan orang yang dia rasa lebih rendah darinya elak dijauhkan saja. Tak mustahil satu hari nanti pekerja anda atau anda sendiri juga dia tak hormat.

Jangan lupa muhasabah diri sendiri

Dalam masa yang sama juga, perhatikan sama ada anda sendiri punya salah satu daripada ciri-ciri yang disebutkan dekat atas atau tidak. Asyik tengok orang dan tak suluh pada diri sendiri juga merupakan salah satu sikap yang membawa kepada kerosakan diri.

Yang paling penting, sentiasa sedar dengan apa yang kita buat, sedar dengan apa yang kita cakap dan sedar dengan apa yang berlaku di depan dan disekeliling kita.

Sokongan malah inspirasi daripada circle yang baik dapat membantu anda mengharungi tempoh ini dengan lebih berjaya lagi. Kita tidak mahu, ada ‘manusia beracun’ disekeliling anda yang kemungkinan boleh mempengaruhi ke arah negatif.

Artikel terbaru

4 Comments

Leave a Reply