Manfaat Minum Kopi

Siapa di sini yang penggemar kopi? Baik atau tidak sebenarnya minum kopi ini? Meskipun mungkin banyak perkara yang tak baik anda dengar, sebenarnya kopi juga mempunyai banyak benda baik.

Antaranya, kopi mempunyai antioksidan yang tinggi dan dikaitkan dapat mengurangkan risiko daripada banyak penyakit.

Bagaimanapun, ia juga mengandungi kafein yang boleh memberikan masalah kepada orang lain dan mengganggu tidur.

Kopi mengandungi beberapa nutrisi penting dan sangat tinggi dengan antioksidan,

Secawan kopi dengan isipadu sekitar 240 milimeter mengandungi:

  • Vitamin B2 (riboflavin): 11% nilai harian.
  • Vitamin B5 (pantothenic acid): 6% nilai harian.
  • Vitamin B1 (thiamine): 2% nilai harian.
  • Vitamin B3 (niacin): 2% nilai harian
  • Manganese: 3% nilai harian
  • Potassium: 3% nilai harian
  • Magnesium: 2% nilai harian
  • Phosphorus: 1% nilai harian
  • Folate: 1% of the nilai harian.

Mungkin dilihat tidak banyak tetapi ia dapat menjadi sebahagian daripada nutrisi kesihatan. Namun kopi dapat memberikan banyak manfaat terutama mereka yang memerlukan. Malah menurut kajian dibuat terhadap peminum kopi, mempunyai risiko lebih rendah berbanding orang lain. Penyakit seperti diabetes, kanser, Alzheimer dan Aarkinson.

Secawan kopi bukan saja dapat memberikan lebih tenaga, membakar lemak dan menambah baik prestasi fizikal anda.

Justeru itu, jika anda menyukai rasa kopi dan dapat ‘tolerate’ atau tahan dengan kandungan kafein boleh teruskan minumnya. Namun elakkan gula dan bahan pemanis yang dapat menjejaskan badan anda.

Terima kasih kerana dapat luangkan masa anda untuk membaca artikel ini. Semoga artikel “Manfaat Minum Kopi” ini sedikit sebanyak dapat memberikan manfaat kepada anda.

Sila kongsikan soalan atau ‘learning points’, apa yang anda dapat pelajari dari artikel ini dalam ruangan komen di bawah. ⬇️



NAK
GROW
BISNES?

Sertai Nak Grow Bisnes dan dapatkan ebook
Pasca Raya: 15 Teknik Super Marketing

Sertai Nak Grow Bisnes dan dapatkan ebook Pasca Raya: 15 Teknik Super Marketing

8 Comments

Leave a Reply