Perlu Ke Buat Kajian Kes? 5 Manfaat Boleh Anda Perolehi

Buat kajian kes

“Saya terpikat nak datang program Richworks lepas tengok video case study”

Pernah ke anda rasa macam tu? Bila tengok video kami, ada tak anda rasa tersentuh hati, rasa meremang je dan teringin nak buat video case study atau kajian kes anda sendiri?

Amacam? Teringin nak buat macam yang kami buat. Anda boleh je buat video dengan kreativiti anda sendiri. Siapa nak try buat video kajian kes sendiri, SAY I!

Nak tahu kenapa anda perlu case study dalam bisnes?

5 manfaat kajian kes untuk anda:

  1. Ia sebuah cerita

Ia adalah ulasan bagaimana produk atau servis anda boleh bantu mereka mengubah hidup. Jika anda seorang consultant, mungkin program atau talk anda telah membantu menjadikan hidup pelanggan anda lebih baik.

Seperti peserta-peserta program RichWorks dan MenThor Usahawan, Datuk Wira Dr Azizan Osman dah melahirkan ramai usahawan yang kaya dan berjaya dengan ilmu yang disampaikan.

Jadi, case study dibuat bagi membuktikan kejayaan mereka sebelum dan selepas hadir ke program kami. Apa teknik dan ilmu yang mereka guna selepas datang program.

  1. Fokuskan kepada pelanggan

Bila anda buat kajian kes, ia lebih memberi tumpuan kepada perspektif pelanggan. Anda juga boleh fokuskan bagaimana produk anda memberi kesan yang mendalam kepada pengguna.

Anda boleh minta pelanggan tunjukkan result hasil mereka implement produk anda.

Contohnya dahulu anda tak tahu apa pun pasal marketing dalam bisnes, tapi lepas hadir ke Program MMM, anda perolehi lebih 200 teknik marketi dan guna pakainya dalam bisnes anda. Yang pasti, mereka kena fast action fast result.

  1. Tunjukkan hasil kejayaan

Kajian kes bukan sahaja memberi fokus kepada pelanggan, tapi mereka juga tunjukkan bagaimana produk anda telah berjaya digunakan. Ini kerana bakal pelanggan sangat titik beratkan hasil atau proven result. Jika anda tak ada proven result, mereka mungkin masih lagi was-was nak gunakan produk anda dengan senang hati.

Anda tahu kenapa ramai yang datang ke program-program yang dianjurkan Richworks? Kerana, kami dah ada ramai proven result seperti Puan Nur Aini Zolkepeli (Nurraysa Beauty), Najib Asaddok (Roket Emel) dan ramai lagi.

  1. Tak perlukan kos yang banyak

Untuk buat video case study yang berkualiti dan educated, ia tak perlukan kos yang banyak. Anda boleh minta staff anda sendiri untuk rakamkan video tersebut. Jika tak ada, anda boleh hired freelancer untuk shoot video tersebut dan anda perlu sediakan skrip sahaja.

Sebelum mereka pergi untuk shoot video, anda boleh jelaskan apa yang diperlukan dalam video tersebut. Dan ia akan dirakam sebagaimana yang anda mahu. Lagi elok jika anda minta seorang staff untuk turut serta untuk monitor video itu dirakam.

  1. Banyak yang akan dipelajari

Satu perkara yang orang tak tahu bila buat case study ialah, mereka akan belajar banyak perkara yang sebelum ni mereka tak tahu.

Anda juga akan belajar tentang produk anda sendiri yang sebelum ni orang tak kenal pun, tapi bila dah ada ilmu dan mentor, ia semakin dikenali.

Dengan ini, anda boleh perkuatkan lagi promosi dan tingkatkan lagi mutu serta kualiti produk anda.

Apa perasaan anda bila ramai orang dapat manfaat bila mereka guna produk anda?

Amacam? Bestkan ilmu yang dikongsikan dengan anda ini. Dah ada rasa bersemangat nak ubah teknik pemasaran bisnes anda. Kalau tahu je, tak guna la. Anda kena praktik tau.

Artikel terbaru

Leave a Reply