Mamasab : Bermula Dari Ceruk Dapur, Bekas Radiographer Capai RM100 Juta

Siapa kenal Mamasab Bakery? Founder Mamasab Bakery ini merupakan wanita hebat yang dulunya bekas penjawat awam atau lebih tepat radiographer di sebuah hospital kerajaan tidak disangka mampu bina bisnes berjaya hingga capai jualan RM102 juta pada tahun lalu berbanding hanya RM15 juta pada 2019.

Meskipun pada 2020, ketika bermulanya penyebaran pandemik di negara dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama dilakukan hingga banyak bisnes terjejas malah ditutup, team Mamasab berjaya mencipta pencapaian luar biasa.

Mamasab : Bermula Dari Ceruk Dapur, Bekas Penjawat Awam CAPAI RM100 JUTA
Mamasab : Bermula Dari Ceruk Dapur, Bekas Radiographer Capai RM100 JUTA

Beliau bermula hanya dari ceruk dapur rumahnya sendiri. Siti Noor Sabrina Sobri yang lebih dikenali sebagai Mamasab yang merupakan Founder Mamasab International Sdn Bhd kini telah pun mempunyai 14 rangkaian cawangan bakerinya setakat hari ini.

Perjalanan Mamasab bina bisnes berjaya

Mamasab bermula dengan program RichWorks, Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan pada November (IMKK) pada tahun 2016. Setelah hadir ke program itu, Sabrina terus mendaftarkan diri untuk program Titanium dan diterima pada Februari 2017.

Sabrina akui setelah hadir ke program RichWorks, beliau bina keberanian untuk mengambil staf dan buka kedai. Keputusan beliau sering dipersoalkan oleh rakan-rakan ‘home-baker’ beliau kerana mereka melihatnya sebagai membina pesaing sendiri kepada bisnes bakerinya.

Tapi Sabrina lantas menjelaskan bahawa keberaniannya adalah kerana beliau ada ilmu bagaimana untuk bina bisnes berjaya.

Ditanya bagaimana beliau menguruskan cawangan bisnesnya, Sabrina berkata beliau melantik stokis untuk menjadi ‘mini founder’ bagi menguruskan cawangannya seperti dibimbing oleh MenThor Datuk Wira Dr Azizan Osman.

Tambahnya, beliau juga kenal pasti orang yang betul untuk kerja yang betul. Ini sebenarnya tak mudah kerana ianya memerlukan latihan berterusan dan komunikasi serta bimbingan yang betul.

Beliau ada checklist untuk karakter yang beliau mahukan dan beliau tahu bukan semua stokis beliau layak menjadi outlet manager. Beliau memilih manager cawangan bisnes dari kalangan stokisnya sendiri kerana beliau tahu nilai setiap seorang dan bagaimana beliau boleh bantu mereka mencapai impian mereka dan seterusnya membantu mencapai misi dan visi syarikat.

Tambah menarik, Sabrina akui beliau bukanlah seorang founder yang masuk ke pejabat. Beliau kerap mengingatkan co-founder beliau tugasnya untuk bagi perhatian dan latih orang yang bawa masuk keuntungan kepada syarikat iaitu stokis dan ejen. Dan bila bisnes ada duit yang banyak, secara tidak langsung akan menarik orang yang bagus untuk datang bekerja dengan Mamasab Bakery.

Terkini, seorang kakitangan baru Mamasab berkelulusan daripada Amerika Syarikat. Apabila ditanya kenapa beliau memilih untuk menjadi kakitangan Mamasab Bakery sedangkan lebih banyak syarikat besar di luar sana, kakitangan itu berkata Mamasab Bakery telah dinobatkan dengan Nona Best Growing F&B Business Awards 2018 jadi mengapa tidak untuk beliau berkhidmat di Mamasab Bakery.

Selain itu, Mamasab Bakery sering menerima permohonan bekerja daripada pengurus syarikat yang besar-besar yang berminat untuk berkhidmat di Mamasab Bakery.

Mamasab : Bermula Dari Ceruk Dapur, Bekas Radiographer Capai RM100 JUTA

Bahkan Mamasab Internation Sdn Bhd telah menerima anugerah kategori – Nona Best Networking Business Award pada Nona Superwoman Award 2020.

Anugerah berprestij ini mengiktiraf kecemerlangan dan sumbangan wanita melalui 47 kategori anugerah daripada pelbagai kerjaya. 

Kesimpulannya, jika kita bina brand yang bagus, company juga akan turut buat duit dan tarik orang yang bagus untuk bekerja. 

Memetik kata Datuk Wira Dr Azizan Osman, “Kita tidak perlu menjadi bijak, hanya perlu lantik orang yang bijak untuk bina bisnes kita dan pastikan mereka boleh align dengan misi dan visi bisnes anda.”

Share:

Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on telegram

Join the Conversation

3 Comments

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts

Kita Buang Masa Bila…

Kita Buang Masa Bila…

Ya benarlah kata pepatah, masa itu emas. Kita akan buang masa bila… 1/ Kita buang masa bila kita tidak berterus terang dalam berkomunikasi sesama kita;

Rahsia Kerja Berpasukan Yang Hebat

Rahsia Kerja Berpasukan Yang Hebat

Kerja berpasukan yang hebat dapat memberikan impak positif kepada bisnes anda. Ia dapat membuatkan kerja-kerja team dapat berjalan dengan lancar bagi mencapai sasaran dan matlamat