Kembangkan Team Ejen Dan Stokis Demi Masa Hadapan? 13 Topik Untuk Anda Guna

Kembangkan team ejen dan stokis
Kembangkan Team Ejen Dan Stokis Demi Masa Hadapan? 13 Topik Untuk Anda

Mungkin ada daripada anda di luar sana ‘buntu’ untuk mencari topik-topik yang sesuai untuk dikongsikan bersama ejen dan stokis. Sudah tidak ada idea apa lagi yang hendak dicakapkan sebab semua perkara sudah beritahu.

Menurut Vice President High Networth Clients RichWorks, CheSuzz, masalah mula timbul bila ejen/stokis mula merasakan yang mereka terabai, tidak tahu menjual, tidak pandai nak buat promosi, buntu pelanggan tidak gembira, tidak dapat perhatian founder dan pelbagai lagi isu yang timbul.

Kadang-kadang bukan founder tidak mahu berinteraksi tapi mungkin juga kerana terlalu sibuk atau sudah ketandusan idea apakah lagi topik yang hendak dikongsikan selain daripada benda yang sama berulang-ulang kali. 

Kerap kali juga CheSuzz terima rungutan seperti “nak kongsikan apa lagi yea?”, “macam takde respond pun”, “dah buntu la CheSuzz” atau “dorang dah BOSAN kot”. Jadi CheSuzz terpanggil untuk jadikannya satu topik untuk dikongsikan bersama, harap anda tak BOSAN.

Bisnes Guna Team Ejen Dan Stokis

Mungkin pada Titan yang sudah lama menggunakan business model ejen/stokis ini, untuk bercakap dan cari topik yang sesuai sudah menjadi darah daging mereka, jadi tiada masalah yang timbul. ‘On’ saja FB Live dalam group ejen/stokis sudah boleh ‘bebel’ panjang beri pelbagai tips dan tunjuk ajar.

Bagi yang masih blur atau ketandusan idea ini, apakah yang boleh dikongsikan dengan ejen/stokis? Hah! CheSuzz ada beberapa cadangan yang mungkin boleh digunakan sebagai guidelines untuk dijadikan topic growing your agents/stockist.

Focus yang CheSuzz nak sentuh ini bukan nak grow jumlah ejen/stokis tapi lebih kepada untuk maintain ejen/stokis yang sedia ada dengan kembangkan mindset mereka serta knowledge mereka.

CheSuzz cadangkan beberapa topic di bawah yang dirasakan sesuai untuk dikongsikan supaya mereka dapat bimbingan yang berterusan dan tunjuk ajar langsung daripada founder mereka secara berkala. Apa guna ilmu yang dapat dari circle Titanium dan RichWorks kalau tidak untuk dikongsikan kepada ejen/stokis anda. Ingat jika mereka grow, you will grow.

Jadi jangan abaikan mereka, jangan biarkan mereka bersendirian, selalu buat mereka rasa penting dan buat mereka merasa sebahagian dari anda.

13 Topik Yang Boleh Digunakan Untuk Bercakap Dengan Team Ejen/Stokis :

1. Misi dan visi bisnes

Kita boleh kongsikan topik visi dan misi syarikat kepada mereka supaya mereka jelas hala tuju syarikat dan supaya lebih yakin dengan syarikat yang jelas masa depannya. Ini penting untuk mereka align apa yang hendak dicapai dan berusaha gigih ke arah direction yang sama.

2. Bagaimana untuk mempamerkan sikap dan penampilan profesional atau bersesuaian

Kongsikan juga tentang penampilan, gaya lebih menarik, tips berpakaian lebih professional supaya nampak lebih menyakinkan dan menimbulkan trust kepada pelanggan. Mereka juga membawa imej brand syarikat, jadi adalah menjadi kewajipan untuk mereka menjaga keterampilan dan perangai mereka selagi mereka di bawah brand yang sama. Imej yang tercemar boleh memberi impak yang besar kepada syarikat anda.

3. Tangani aduan pelanggan

Kongsikan juga tentang bagaimana melayan kerenah pelanggan dan feedback mereka, jangan biarkan complaint tidak berjawab atau lambat jawab, apa yang patut dijawab, bagaimana cara terbaik untuk respond kepada pelanggan yang marah, apa patut dibuat bila ada kesilapan dari pihak syarikat dan sebagainya untuk mengelakkan stress dan frustration pelanggan anda. Topik ini nampak remeh tapi sangat penting untuk mengelakkan virus menjadi lebih besar.

4. Komunikasi efektif

Kongsikan juga bagaimana untuk berkomunikasi dengan baik dengan pelanggan. Apa yang patut dan tidak untuk dibualkan, berapa lama masa diperlukan untuk handle satu-satu kes, bagaimana reply yang patut diberi secara professional bagi mengelakkan masalah berbangkit. Berkomunikasi secara dua hala dengan menjadi pendengar yang baik, dapatkan feedback, beri solusi terbaik untuk kedua belah pihak, guna bahasa dengan baik dan elakkan konflik bagi menjaga reputasi.

5. Kisah Founder

Seperti MenThor selalu pesan, ramai yang secara emosi suka dengan kisah pengalaman dan kejayaan jatuh bangun seseorang dalam business. Pelbagai kisah Founder boleh dikongsikan bagi memberi inspirasi, harapan, contoh teladan dan guidance kepada mereka untuk terus maju. Topik ini juga akan membuatkan mereka lebih mesra dan terkesan emosi bila lebih mengenali Founder mereka dari sisi yang mereka tidak pernah tahu.

6. Etika bisnes

Kongsikan juga betapa penting untuk jujur dalam menjalankan business, jangan tipu, jangan berjanji lebih dari kemampuan, jangan mengambil kesempatan dan hilang kewarasan dengan pelanggan. Ini akan melibatkan nama syarikat dan brand reputation terjejas. Impact sangat besar walaupun hanya melibatkan perkara-perkara kecil, jadi sangat penting untuk mereka paham kepentingan topik ini.

7. Kepentingan dokumentasi

Topik ini membolehkan mereka tahu kepentingan menyimpan dan menyediakan pelbagai dokumen dalam setiap urusan business terutama yang melibatkan keluar masuk duit.

Dokumen juga boleh termasuk dokumen perjanjian jual beli, perjanjian dengan 3rd party, kontrak pekerja, resit belian dan sebagainya. Begitu juga dengan financial dokumen seperti P&L, balance sheet etc. Untuk tahu lebih lanjut boleh advise mereka untuk hadir program-program yang berkaitan bagi mengelakkan masalah menjadi lebih besar.

8. Strategi bisnes

Apa saja business strategy, tips-tips business yang difikirkan berguna untuk dikongsikan dengan mereka yang boleh dijadikan sebagai topic training. Ini sangat membantu mereka membuat perancangan seterusnya terutama untuk menambahkan sales.

Topik ini boleh dibuat lebih kerap mengikut perkembangan dan keadaan semasa. Antara strategi yang boleh dikongsikan termasuk knowledge yang diperolehi dari program-program RichWorks yang boleh dibahagikan dan dikongsikan mengikut tahap dan level pemahaman agent/stockist.

9. Motivasi dan pembangunan diri

Sekali sekala boleh kongsikan information berkenaan topik ini untuk seimbangkan pengetahuan dan pelbagaikan informasi untuk mereka process. Topik ini juga boleh membantu untuk naikkan semula semangat sekiranya ada yang down dan dilanda masalah atau lari focus.

10. Ilmu produk

Topik ini harus kerap dikongsikan secara berterusan supaya sebati dengan jiwa mereka. Tidak guna kalau mereka tidak paham produk yang mereka hendak jual termasuk benefit, cara pengunaan, isi kandungan, jenis produk, keberkesanan, harga, expiry date, cara penyimpanan dan sebagainya.

Beritahu kesan sekiranya mereka gagal menjelaskan dengan tepat pada pelanggan. Antara akibatnya boleh melibatkan kesan sampingan sebab salah penggunaan, salah recommend produk yang sesuai, reputation terjejas dan pelbagai masalah lain timbul. Topik ini juga boleh merangkumi aspek introduction new product dan juga update new promotion atau campaign yang berlaku.

11. Pengetahuan awam/ trending/ aktiviti dilakukan/ pengalaman

Sesekali seronok juga kongsikan topik ini untuk hilangkan stress dan bermesra dengan mereka. Ini akan lebih mengeratkan hubungan dan reduce-kan gap dengan mereka. Tapi topik ini perlu lebih berhati-hati tentang sentivity seseorang dengan apa yang kita kongsikan untuk mengelakkan salah faham, emosi terganggu atau berkecil hati.

12. Dapatkan maklum balas

Topik ini adalah lebih kepada ingin mendapatkan respon atau feedback dari mereka untuk kita lebih faham mereka. Selain itu feedback yang kita dapat boleh mengukur tahap keberkesanan sesuatu perkara dan juga boleh menyusun strategi seterusnya sama ada untuk penambahbaikan atau mendapat idea yang lebih specific untuk dikongsikan seterusnya.

13. Penghargaan dan pengiktirafan

Topik ini lebih kepada menghargai atau meraikan mereka-mereka yang berjaya mencapai sasaran, promosi ke tahap seterusnya, telah mencapai sesuatu impian, dapat penghargaan tertentu atau berjasa kepada syarikat. Ini bagi membakar semangat yang lain untuk terus fokus, berusaha gigih mengubah hidup dan membuat kebaikan.

Contoh topik-topik di atas boleh dijadikan topik besar yang mana boleh dibahagikan lagi kepada beberapa bahagian kecil supaya sentiasa ada perkongsian dan tidak putus idea.

Perkongsian topik-topik ini boleh dibuat dalam pelbagai medium dan format seperti video, poster, kapsyen, animasi, gambar, penulisan, slides dan sebagainya mengikut kreativiti masing-masing.

Oleh yang demikian, dengan perkongsian yang berterusan akan mengeratkan lagi hubungan dan engagement di antara Founder dan ejen/stokis. Bukan itu saja, bisnes anda juga akan menyaksikan peningkatan positif bukan saja hubungan malah prestasi ejen/stokis bisnes.

Harap perkongsian CheSuzz ini dapat memberi manfaat dan membantu sedikit sebanyak bagi ‘memeriahkan’ lagi group ejen/stokis anda semua.

Artikel terbaru

Leave a Reply