Mahu Mulakan Bisnes Francais? Lihat Dulu 5 Nilai Ini Dalam Diri Anda

Mahu Mulakan Bisnes Francais? Lihat Dulu 5 Nilai Ini Dalam Diri Anda

Walaupun anda telah memutuskan untuk menjadi seorang usahawan, namun sebenarnya masih ada jalan yang berbeza untuk menjadi bos kepada diri sendiri.

Anda boleh memulakan perniagaan sepenuhnya dari awal, melakar semua butiran operasi yang diperlukan untuk membolehkan syarikat anda mula beroperasi atau anda boleh mengambil jalan pintas dengan mencari perniagaan mantap yang sudah sedia terjual seperti francais.

Ramai bakal usahawan tertanya-tanya sama ada francais adalah pilihan yang tepat untuk mereka. Bagaimana anda boleh yakin? Sudah tentu, tiada sebarang jaminan dalam hidup.

Tetapi jika anda mempunyai lima nilai ini, ia menunjukkan suatu keadaan yang selamat bahawa francais sesuai untuk anda.

1. Anda mempunyai minda usahawan

Memiliki minda keusahawanan bermakna anda lebih suka mengawal nasib kerjaya anda. Bukan tidak suka bekerja untuk orang lain, tetapi anda menyedari bahawa semua kerja keras dan usaha akan diberikan dengan sepenuhnya jika ia memberi manfaat kepada anda, bukan orang lain.

2. Anda suka mengambil risiko

Satu sifat yang dimiliki oleh kebanyakan pemilik francais ialah kesediaan untuk mengambil risiko. Mereka hanya akan mempertimbangkan beberapa peluang yang berbaloi dengan ganjaran yang menanti mereka, sama ada lebih kebebasan dan fleksibiliti atau mencari sesuatu yang bersesuaian dengan bakat mereka.

Mereka percaya bahawa adalah menjadi suatu keperluan untuk melakukan sesuatu daripada luar kebiasaan bagi mencapai kuasa autonomi dalam diri dan bisnes.

3. Anda selalu dahagakan ilmu

Semua usahawan yang berjaya dan pemilik francais perlulah sentiasa ada rasa untuk menambah ilmu dalam dunia bisnes.

 Mereka juga mempunyai kerendahan hati dalam menyedari bahawa mereka tidak tahu segala-galanya yang perlu diketahui, tetapi mereka bersedia untuk mendengar, memahami dan menerima sesuatu yang baru.

Pemilikan francais bukan untuk mereka yang keras kepala, suka memberontak atau mereka yang  mengikut rentak sendiri.

Operasi francais yang berjaya bergantung sepenuhnya pada keupayaan dan kesediaan untuk mengikuti model perniagaan, latihan dan manual operasi yang terbukti berkesan.

Terdapat sebab mengapa kebanyakan konsep francais tidak memerlukan pengalaman atau pengetahuan industri terdahulu, kerana itu adalah sebahagian daripada perkara yang anda akan terima sebagai pertukaran untuk pembelian francais anda.

Itu tidak bermakna anda menjadi seorang pengikut dan bukannya pemimpin kerana perkara tersebut boleh dibimbing dan itu sememangnya menunjukkan tahap kematangan anda sebagai seorang individu.

4. Anda seorang pemimpin

Jangan risau jika anda rasa tiada bakat semula jadi sebagai pemimpin kerana itu semua boleh dilatih.  Sebagai pemegang francais, anda adalah ketua de facto operasi dan juga wajah perniagaan dalam komuniti anda.

Kebiasaannya pemilik francais mempunyai kualiti kepimpinan yang sangat hebat. Memaparkan kemahiran kepimpinan yang unggul bukanlah sesuatu yang anda miliki sejak lahir, tetapi ia adalah kemahiran yang boleh diperoleh dan terus dipertingkatkan.

5. Anda bersemangat dan komited

Walaupun francais adalah laluan mudah dan berfaedah kepada pemilikan perniagaan, namun ia masih bukan jaminan untuk berjaya. Disebalik kejayaan pemilik francais, pastinya mereka ada cerita tersendiri tentang kerja keras, ketekunan dan usaha yang diperlukan bagi mengecap kejayaan yang diharapkan.

Mereka yang mampu mencapainya ini adalah individu yang bersemangat dan komited. Mereka memahami nilai kerja keras dan sanggup berkorban masa untuk mencapai operasi francais yang mampan.

Keghairahan dan komitmen boleh menjadikan anda bermotivasi, bercita-cita tinggi dan optimistik dalam pendekatan anda. Kualiti ini ditunjukkan dalam pandangan praktikal yang membawa kepada kemahiran membuat keputusan yang mantap.

Artikel terbaru

1 Comment

  • Yusri Ali

    Soalan2 saya…

    1. Selaku pengendali francais, selalunya berapakah nilai pemilikan saya terhadap perniagaan francais ( apa-apa saja) tersebut?

    2. Selain daripada 5 nilai di atas, apa lagi keperluan yg wajib ada pada seorang usahawan terutama sekali dari segi minda untuk berjaya dalam mengendalikan perniagaan berbentuk francais?

    3.

Leave a Reply