‘Me time’ bukanlah sekadar menghabiskan masa sendiri, ia merangkumi penglibatan jasmani, minda dan badan.
‘Me time’ ialah usaha sedar yang dilakukan bagi mengambil waktu yang sangat diperlukan untuk mengecas semula bateri anda.
Ia boleh diluangkan dalam pelbagai cara dan boleh berbeza-beza untuk setiap orang contohnya melalui aktiviti ringkas seperti mandi, membaca buku, berjalan-jalan, melakukan yoga, menyiapkan rambut atau kuku dan pelbagai lagi jenis aktiviti.
Pada asasnya, selagi anda bersendirian dengan fikiran anda dan mempunyai kesedaran semasa melakukan sebarang aktiviti, maka anda berjaya menghabiskan masa ‘me time’ dengan berkualiti.
Mengapa ‘me time’ sangat penting?
Sama ada kita percaya atau tidak, minda dan badan kita sentiasa berhubung dan untuk membuatkannya berfungsi secara optimum, ia perlulah selari.
Jika tidak, anda mungkin melihat perubahan dalam kedua-duanya seperti tekanan, ketegangan, kekejangan perut, sakit belakang atau migrain.
Prinsip yang sama berlaku secara vice versa. Jika anda mengalami kecederaan fizikal yang menyekat anda daripada melakukan aktiviti biasa, anda mungkin melihat perubahan dalam mood, motivasi atau tumpuan.
Sungguh mengagumkan cara minda dan badan kita berkomunikasi. ‘Me time’ membolehkan anda memahami mesej tubuh badan dan mengambil tindakan mengikut apa yang diperlukan untuk menjadi sihat.
Jadi, sejauh manakah anda memandang serius terhadap ‘me time’?
Sekali lagi, ini mungkin berbeza untuk semua orang. Namun begitu, bernafas dan fokus adalah kunci utama.
Menarik nafas dalam-dalam secara sedar membolehkan badan anda mematikan sebarang mod ‘Fight or Flight’ yang disebabkan oleh tekanan yang mungkin dihidupkan secara tidak sedar dan menetapkan semula anda kepada mod ‘Rest and Digest’.
Semasa anda menarik nafas dalam-dalam, fokus pada bahagian-bahagian badan anda yang berlainan yang kemudian menyambung semula minda dan badan anda. Sedar tentang setiap bahagian yang menyempurnakan diri anda pada saat ini.
Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan minda atau kesakitan tubuh badan, fokus pada bahagian tersebut. Jangan abaikannya. Tanya diri anda apa yang mungkin menyebabkan masalah dan cuba cari jalan penyelesaiannya.
Jika ada masalah yang tidak dapat anda selesaikan, tidak mengapa. Tetapi ingatkan diri anda bahawa anda berada dalam keadaan baik.
Anda tidak akan sentiasa mengetahui jawapannya, tetapi menerimanya dengan hati yang terbuka akan mendatangkan keajaiban untuk anda. Menyelaraskan minda dan badan anda tidaklah sukar, tetapi ia memerlukan usaha bersepadu.
Jadi, apa tunggu lagi?
Nikmati sedikit ‘me time’ dan minda serta tubuh badan anda akan berterima kasih kerananya!