Ganda Kekayaan Sewaktu Pandemik ! 5 Lelaki Terkaya Dunia

lelaki terkaya dunia

Lelaki terkaya dunia, kaya bertambah kaya!

Sepuluh lelaki terkaya di dunia menggandakan kekayaan mereka selama dua tahun pertama pandemik COVID-19 ketika kemiskinan dan ketidaksamaan meningkat.

Menerusi taklimat yang diterbitkan sebelum sidang kemuncak mini pemimpin dunia secara maya sempena Forum Ekonomi Dunia, Oxfam berkata, kekayaan individu berkenaan melonjak daripada RM2.92 trilion kepada RM6.27 trilion pada kadar purata RM5.43 trilion sehari!

Oxfam, konfederasi badan amal yang memberi tumpuan bagi mengurangkan kemiskinan global berkata kekayaan bilionair meningkat lebih banyak ketika pandemik berbanding 14 tahun sebelumnya, ketika ekonomi dunia mengalami kemelesetan terburuk sejak Wall Street Crash pada 1929.

Ia menyifatkan ketidaksamaan itu sebagai ‘keganasan ekonomi’, selain menyumbang kepada kematian 21,000 orang setiap hari berikutan kekurangan akses kepada penjagaan kesihatan, keganasan berasaskan jantina, kebuluran dan perubahan iklim.

Menurut badan amal itu, pandemik menyebabkan 160 juta orang menjadi miskin dengan etnik minoriti bukan kulit putih dan wanita menanggung kesan susulan lonjakan ketidaksamaan.

Laporan itu susulan kajian Oxfam pada Disember 2021 yang mendapati saham kekayaan global individu dan lelaki terkaya dunia melonjak pada kadar rekod ketika pandemik.

Lelaki terkaya dunia, kita kenali dengan lebih dekat siapakan 5 daripada 10 lelaki tersebut.

5 lelaki terkaya dunia

1. Ketua Tesla dan SpaceX, Elon Musk

Menurut Indeks Billionaires Bloomberg, Elon Musk memulakan tahun 2021 dengan untung bersih RM650.67 bilion dan mengakhirinya dengan nilai RM1.15 trilion

Pengasas Tesla itu merancang untuk membayar cukai lebih RM45.88 bilion.

Walau keuntungan RM504.69 bilion Musk adalah lebih kecil berbanding RM583.94 bilion yang diperoleh pada 2020, jumlah itu lebih daripada cukup untuk menjadikannya lelaki terkaya dunia dalam jangka panjang.

Musk menghabiskan sebahagian daripada kekayaan itu untuk hobi dan minatnya terhadap roket.

SpaceX, syarikat roket persendirian yang diasaskannya pada 2022, melancarkan lebih daripada 1,600 satelit termasuk pelancaran pada 18 Disember 2021.

2. Pengasas Amazon.com, Jeff Bezos

Pengasas Amazon.com, Jeff Bezos memasuki tahun 2022 dengan nilai kekayaan RM792.49 bilion.

Pada Julai 2021, lelaki berusia 57 tahun itu melepaskan jawatan Ketua Pegawai Eksekutif di Amazon kini menghabiskan sebahagian besar masa lapang dengan bercuti.

3. Pengasas Facebook, Mark Zuckerberg

Menurut Bloomberg, Pengasas Facebook, Mark Zuckerberg menambah hampir RM104.27 bilion kekayaan 2022. Pendapatan keseluruhan dianggarkan bernilai RM533.88 bilion.

4. Ketua Kumpulan LVMH, Bernard Arnault

Keuntungan diperoleh tokoh barang mewah Perancis, Bernard Arnault melonjak kepada RM734.09 bilion selepas mengaut keuntungan lebih RM254.43 bilion.

Beliau menjadi satu-satunya jutawan di luar Amerika Syarikat yang menduduki senarai 10 teratas Bloomberg 2021 bagi dari segi jumlah kekayaan.

5. Pengasas Microsoft, Bill Gates

Pengasas Microsoft Bill Gates memulakan 2022 dengan RM579.76 bilion berbanding memulakan tahun 2021 dengan nilai RM550.57 bilion.

Bekas isterinya, Melinda French Gates yang menamatkan perkahwinannya selama 27 tahun dengan Gates pada Ogos 2021 dilaporkan mempunyai nilai bersih RM47.54 bilion.

Pengumuman itu dibuat mereka yang juga antara pasangan paling kaya dunia menerusi Twitter.

Begitupun, mereka akan terus bekerjasama menerusi Yayasan Bill & Melinda Gates, program kebajikan yang menyalurkan dana kepada kesihatan global, kesaksamaan jantina dan pendidikan.

Artikel terbaru

2 Comments

Leave a Reply