Pemimpin Yang Bagus Akan Melahirkan Lebih Ramai Pemimpin

Pemimpin Yang Bagus Akan Lahirkan Lebih Ramai Pemimpin

Kata GandhiA sign of good leaders is not from how many followers you have but how many leaders you create.

Kalau anda stop sekejap dan tengok sekeliling, anda akan lihat banyak bisnes besar menjadi semakin besar setelah terhasilnya leader yang baru dalam syarikat mereka.

Dengan adanya leader yang baru, usahawan dapat menduplikasikan lebih banyak ‘diri mereka’ ke dalam leader yang baru, dan akan lebih mudah untuk usahawan mengembangkan bisnes.

Anda sebagai usahawan tak kan mampu membina empayar bisnes yang besar sekiranya anda bekerja seorang diri, atau dengan kumpulan kecil followers anda. Setiap orang ada limitasi dari segi tenaga, masa dan kemampuan.

Soalannya, macam mana anda boleh menghasilkan leaders yang sama ideologi, misi dan visi dengan anda? Apa cara terbaik untuk menarik mereka yang berbakat untuk menyertai team anda dan retain mereka untuk terus bersama-sama anda memajukan bisnes? Apa akan buat great leader yang anda hasilkan, terus kekal dengan anda?

Tak kiralah apa jenis bisnes, kunci utama untuk anda besarkan perniagaan ialah dengan hasilkan lebih ramai leaders yang dapat membimbing team yang lebih besar dan memudahkan anda menguruskan operasi keseluruhan bisnes anda yang juga dah semakin besar.

Satu kesilapan besar yang usahawan biasa lakukan ialah, mereka fikir mereka mampu melakukan perniagaan seorang diri dan kakitangan yang mereka ada hanyalah setakat ‘pekerja’ semata-mata. 

Ramai usahawan susah nak percayakan orang lain untuk menjadi leaders dan membantu mereka dalam melakukan operasi bisnes, akibatnya…anda sebagai usahawan akan terjerat dengan urusan harian bisnes yang makin membebankan dan memakan masa anda.

Selain dari itu, usahawan yang tidak tahu dan tidak mahu mencari lebih banyak leaders dalam bisnes akan menyebabkan bisnes mereka tidak competitive. Idea yang dikeluarkan hanya datangnya dari anda sendiri sahaja dan ianya lama kelamaan akan menjadi bosan dan tepu.

Kata bijak pandai, lebih banyak kepala memikirkan jalan penyelesaian kepada satu masalah adalah lebih baik dari anda seorang diri memikirkannya. Semua manusia hanya memiliki 24 jam sehari, dan sepatutnya sebagai usahawan anda mampu membeli masa orang lain dan menjadikan anda ada lebih banyak masa untuk diri sendiri.

Kami percaya, kekuatan sesebuah bisnes untuk berkembang pergi lebih jauh, meluaskan pasaran dan menakluki seluas-luasnya wilayah adalah dengan adanya lebih ramai leaders dalam sesebuah syarikat.

Artikel terbaru

Leave a Reply