Beware! Masalah Modal Buat Bisnes Anda Jatuh Teruk

Masalah modal boleh buat bisnes jatuh
Masalah modal boleh buat bisnes anda jatuh teruk

Cakap pasal duit ini sampai bila pun tak berhenti, lebih-lebih lagi bila ada masalah dengan kewangan. Bila nak buka bisnes pula ada yang berhutang sana sini, masalah modal – nak cari modal yang betul pun payah…

Berapa ramai yang mengalami keadaan macam ni- masalah modal?

Seperti kisah pasangan pengasas Sabella, Puan Siti Fatima dan Tuan Sufian Sulaiman. Mereka asalnya buka bisnes dengan 2 orang saja, kewangan masa tu tak stabil langsung.

Macam-macam bisnes yang mereka buat termasuklah jual sabun basuh baju. Berbekalkan duit simpanan RM200, mereka beli sebuah mesin jahit sebagai modal untuk mereka mula berniaga menjahit pakaian.

Demi nak kumpul duit modal dan kembangkan bisnes, Puan Siti Fatima dan Tuan Sufian Sulaiman bertungkus lumus menjahit 100 pakaian sehari seorang diri je! Sudahlah guna manual saja ketika itu, gunting pakaian pakai tangan!

Itu pun belum tentu dapat cover kos, dengan pelanggan yang kadang-kadang lambat bayar sampaikan ambil masa 3 bulan. Perit sangatkan keadaan macam ni?

Dengan susah payah tak ada modal yang betul, mereka pergi mencari ilmu dan buat sesuatu dengan bisnes. Lepas sudah ada ilmu dan modal yang betul, jualan mereka melonjak hingga jutaan ringgit. Jom tonton video ini sekarang.

Kini bisnes Sabella yang terkenal dengan baju kurung tanpa gosok telah pun mencapai jualan melebihi RM100 juta pada tahun 2020 ini. Walaupun ketika tempoh pandemik dengan krisis ekonomi yang berlaku orang ramai masih membeli produk keluaran mereka.

Mesti ada sesuatu yang dilakukan Puan Siti Fatima dan Tuan Sufian Sulaiman dan pasukannya hingga mencapai kejayaan membanggakan ini pada tempoh mencabar tahun ini.

Dalam pada itu, mungkin ada di antara anda yang menganggap bisnes hanyalah sekadar cari duit dan nak senang. Tapi, ada juga yang anggap bisnes mereka macam anak kesayangan sendiri atau bisnes merekalah kehidupan mereka.

Apa-apapun tanggapan anda mengenai bisnes, ia bukannya mudah untuk membina bisnes yang berjaya. Jika anda tak ada perkara asas ini iaitu ilmu, sistem dan MenThor yang terbukti telah melahirkan ramai usahawan berjaya di luar sana.

Artikel terbaru

7 Comments

Leave a Reply