Kerja Pasca Pandemik: 5 Anjakan Setiap Pemimpin Mesti Lakukan

Pasca Pandemik

Era pasca pandemik membawa bersama kesedaran tinggi berhubung ancaman terhadap keselamatan rakyat dan kestabilan negara yang boleh datang tanpa amaran.

O’Reilly dan Tushman mengkaji mengapa firma sukar untuk menyesuaikan diri dalan menghadapi perubahan untuk berinovasi? Hasil kajian boleh dirujuk di dalam buku bertajuk “Lead and Disrupt”.

Pengkaji mendapati masalahnya bukan strategi, sumber atau teknologi sebaliknya cara pemimpin bertindak dalam menghadapi perubahan.

Sikap kepimpinan untuk berubah menentukan sama ada organisasi akan tenggelam atau kekal bertahan. Contohnya, Netflix memahami perniagaan adalah mengenai orang ramai, memenuhi kehendak dan keperluan semasa mereka. Manakala, Blockbuster bergelut untuk bersaing dengan rentak perubahan dan akhirnya ketinggalan.

Dunia sedang berdepan pandemik yang mengubah perspektif dan kepercayaan kita tentang cara bekerja, khususnya:

a) Imbangan kuasa telah beralih daripada majikan kepada pekerja.

b) Situasi pekerja telah beralih daripada “bekerja untuk saya” kepada “bekerja dengan saya.”

c) Pekerja memilih model hibrid berbanding kembali ke pejabat sepenuh masa.

Kejayaan peralihan daripada pra-pandemik kepada pasca-pandemik bergantung kepada anjakan yang dilakukan oleh pemimpin untuk mengemudi organisasi dalam persekitaran tidak menentu dan kompleks.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Intel, Andy Grove organisasi yang lemah dimusnahkan oleh krisis, organisasi yang baik bertahan daripadanya, organisasi yang hebat diperbaiki menerusi situasi tersebut.

Ketika kerajaan mula melonggarkan sekatan dan majikan bersedia untuk mengalu-alukan pekerja kembali bekerja. Di bawah ialah lima anjakan yang mesti dilakukan oleh pemimpin untuk mengubah situasi yang tegang ekoran pandemik kepada peluang baharu.

1. Fokus pada tujuan

Menurut Mckinsey, 70% pekerja kini menuntut kerja yang mempunyai hala tuju yang jelas. Selain itu, pemegang saham dan pelanggan membuat pilihan dalam pasaran berdasarkan tujuan dan kemampanan.

Kongsi tujuan dan misi syarikat anda dengan pekerja. Pekerja dan seluruh organisasi mesti tahu apa tujuan dan hala tuju syarikat.

2. Ubah paradigma semasa pasca pandemik

Implikasi gangguan pasca pandemik terhadap masa depan kerja masih tidak diketahui. Ancaman terbesar untuk mencari penyelesaian yang berkekalan ialah sikap kepimpinan. Malangnya, terdapat segelintir pemimpin sering lalai kepada model yang boleh diramal, menggunakannya untuk menyelesaikan masalah dan memanfaatkan pakar untuk mencari jawapan.

Sebagai pemimpin, anda boleh memberi mandat kepada orang ramai untuk kembali bekerja, tetapi anda tidak boleh mengawal tahap penglibatan mereka. Masalah semasa adalah kompleks, bermakna masalah itu mesti diurus secara holistik. Selain itu, ia memerlukan pendekatan berhati-hati dan eksperimen untuk membawa pekerja kembali bekerja.

3. Utamakan pekerja dan pelanggan

Dalam dunia hari ini, anda memerlukan dua kerusi iaitu pelanggan dan pekerja anda. Seperti pelanggan anda, pekerja anda adalah manusia.

Bekas CEO dan Pengerusi Starbucks, Howard Schultz berkata, kami bukan dalam perniagaan kopi yang melayani pelanggan sahaja, tetapi dalam perniagaan orang yang menyajikan kopi. Layan pekerja anda dengan rasa hormat dan semangat yang sama seperti yang anda lakukan kepada pelanggan.

Pemimpin yang melayan pelanggan seperti raja tetapi pekerja sebagai alat akan memberi kesan negatif kepada syarikat seperti kekerapan keluar masuk pekerja.

Di tempat kerja selepas wabak, cadangan nilai pekerja mesti memusatkan setiap strategi dan keputusan syarikat. Ini bermakna peralihan daripada “pekerja bekerja untuk saya” kepada “pekerja bekerja dengan saya” dan “saya memiliki sumber pekerja” kepada “saya seorang pelayan sumber pekerja.” Apabila pekerja anda menjadi pemilik bersama, outputnya ialah peningkatan penglibatan, inovasi, kerjasama, pelaksanaan dan hasil.

4. Strategi bakat ke dalam setiap fasa perniagaan

Pemimpin mesti mengubah minda mereka untuk melihat pasukan sumber manusia sebagai kritikal kepada kejayaan perniagaan bagi menyelaraskan bakat, kemahiran dan strategi perniagaan.

Libatkan pasukan sumber manusia anda ke dalam strategi, pelaksanaan, proses kritikal dan projek yang memperdalam ketajaman perniagaan untuk memaksimumkan pulangan pelaburan.

Jika pekerja adalah aset terbesar dalam organisasi anda, maka pasukan sumber manusia adalah ahli pasukan yang tidak ternilai di meja kepimpinan anda.

5. Ubah model pengendalian kepimpinan

Dengan peralihan kepada pendigitalan, perniagaan kecil telah bergelut untuk bersaing dengan selera pengguna yang tidak pernah puas dan perubahan dalam teknologi.

Bentuk kepimpinan anda perlu selari dengan situasi semasa. Contohnya jadual waktu fleskibel antara bekerja dari rumah atau bekerja dari pejabat. Di sini anda perlu memilih medium untuk terus berkomunikasi dengan pekerja.  Pada masa sama memastikan produktiviti mereka masih berada pada tahap maksimum.

Begitu juga dalam mengendalikan perniagaan, tidak wajar jika anda masih di takuk lama tanpa melakukan perubahan seperti mendigitalkan perniagaan anda di waktu pasca pandemik.

Seperti yang sering dimaklumkan oleh Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr Azizan, perkara pertama yang mesti diperbaiki adalah kepimpinan bukan pemasaran semata-mata.

Artikel terbaru

2 Comments

Leave a Reply