Kepimpinan Tun Razak Inpirasi Bina Bisnes Berjaya

Kepimpinan Tun Razak Inpirasi Bina Bisnes Berjaya

Bercita-cita nak jadi pemimpin yang hebat dalam organisasi? 

Tun Razaka, barisan mantan perdana menteri Malaysia tak kurang hebatnya. Banyak yang boleh kita teladani daripada kepimpinan mereka. 

Jika anda tak berminat mengenai politik tak mengapa, kita ketepikan seketika mengenai politik dan ambil daripada sudut positif sifat-sifat seorang pemimpin. 

Masih ingat tak dengan artikel kami pernah keluarkan sebelum ini bertajuk orang yang kaya, orang yang membaca? 

Jika anda berkelapangan, boleh membaca buku bertajuk Di Sebalik Nama, karya Nazir Razak. 

Kita bukan setakat boleh pelajari ilmu kepimpinan, tetapi banyak aspek lain seperti sejarah tanah air kita cintai, tadbir urus korporat dan masa hadapan negara. 

Berbalik kepada topik kita tadi, ilmu kepimpinan. Jom kita kenali Perdana Menteri Malaysia ke dua, Tun Razak  Hussein yang dikenali sebagai Bapa Pembangunan. 

Anak muda berkeyakinan

Tun Razak adalah antara sekumpulan anak muda Malaya yang berkeyakinan dan berpandangan jauh mengabdikan diri mereka demi membentuk sebuah negara baharu. 

Mereka bermula dengan seribu kekurangan. Dari segi ekonomi, negara telah dieksploitasi oleh orang asing sejak turun-temurun. 

Bagi meraih laba ekonomi, pihak penjajah telah memecah-mecahkan negara kepada beberapa komuniti saling curiga antara satu sama lain, bangsa Cina di lombong timah, India di ladang getah. 

Kaum Melayu, Cina dan India masing-masing tinggal di kawasan berlainan dan hanya bertembung di tempat dagangan. 

Namun, era tersebut juga mencetus pergolakan luar biasa yang menyaksikan aspirasi ke arah pemerintahan sendiri demokrasi dan kebebasan tersebar luas. 

Petunjuk awal semangat nasionalisme Tun Razak dan sejauh mana kesediaan beliau untuk memberikan komitmen menjayakannya telah kelihatan sejak awal lagi. 

Tun Razak membantah penjajahan Jepun dengan menyertai Wataniah. 

Tun Razak menggunakan pengalamannya memerangi pemberontakan komunis ke dalam pembangunan luar bandar. 

Beliau menganggap kemiskinan sebagai satu peperangan yang harus ditempur kampung demi kampung. 

Beliau gemar turun padang dan pergi ke seluruh negara untuk memantau perkembangan , serta membandingkan apa yang dimaklumkan oleh pegawai kepadanya dengan apa yang dilihatnya dengan mata sendiri. 

Apa yang bangsa usahawan boleh pelajari daripada Tun Razak? 

Jelas dengan halatuju

Tun Razak seorang pemimpin yang mempunyai halatuju yang jelas. Contohnya dalam mewujudkan sistem pendidikan nasional. Beliau menyusun penyata Razak. Wawasan pendidikan Tun Razak adalah mewujudkan satu sistem pendidikan kebangsaan yang dapat memenuhi keperluan rakyat dan pada masa sama mempromosikan pembangunan budaya ekonomi dan politik sebagai sebuah negara. 

Dasar Ekonomi Baru (DEB) diumumkan sebagai sebahagian daripada Rancangan Malaysia Kedua (1971-75) yang merupakan sebuah program 20 tahun yang mempunyai objektif serampang dua mata iaitu membasmi kemiskinan dan menghapuskan pengenalan bangsa mengikut fungsi ekonomi. 

Sebagai pengasas syarikat kita mesti mempunyai halatuju yang jelas, bukan setakat untuk setiap tahun tapi sekurang-kurangnya lima atau enam tahun akan datang. 

Sesuai dengan keperluan dan kehendak semasa

Tun Razak juga seorang pemimpin yang bergerak dan menyesuaikan pimpinannya dengan keperluan dan kehendak semasa.  

Tun Razak melalui zaman sebelum dan selepas Malaya merdeka. Perancangan dan pembangunan yang dilakukan tidak statik sebaliknya disesuaikan dengan keperluan dan kehendak semasa. 

Beliau turut disifatkan sebagai seorang pemimpin yang mendahului masa. 

Begitu juga dengan perniagaan yang perlu bersifat fleksibel dan berubah mengikut peredaran zaman. 

Adalah tidak wajar jika anda masih menjalankan model perniagaan tradisional sedangkan pesaing telah rancak menggunakan kaedah digital dalam pelbagai aspek. 

Daripada urusan dengan wang tunai, kad kredit kini telah beralih kepada QR kod. 

Mementingkan pendidikan

Tun Razak juga individu yang sangat mengambil berat soal pendidikan. Bukan setakat penyata Razak, malah pada pertengahan tahun 1960, Tun Razak  telah memulakan Kolej Mara sebagai institusi pengajian peringkat menengah khas untuk bumiputera, yang akhirnya berkembang menjadi Universiti Teknologi MARA.

Dasar yang diperkenalkan oleh Tun Razak juga membawa kepada penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia (1970) dan Universiti Pertanian Malaysia (1971). 

Mahu terus berjaya dalam bidang perniagaan, bangsa usahawan mesti mempunyai sifat sentiasa dahagakan ilmu. 

Jangan jadi bangsa usahawan yang ada rasa malas untuk tuntut ilmu. 

Kepimpinan  Tun Razak memberi kesan besar ke atas kehidupan begitu ramai rakyat Malaysia seperti mengeluarkan daripada kemiskinan, pembangunan luar bandar, pembinaan pelbagai sekolah dan universiti  serta pengembangan perniagaan anak tempatan yang dikendalikan oleh orang Melayu. 

Jasa dan bakti dicurah Tun Razak banyak memberi manfaat kepada orang lain sehingga hari ini. 

Walau kita bukan seorang Perdana Menteri, itu bukan alasan untuk kita jadi individu yang memberi manfaat kepada insan lain. 

Banyak lagi yang kita boleh pelajari daripada figura hebat ini. Jika anda sedang hadapi masalah jadikan ia untuk anda bangkit dan maju ke tahap lebih tinggi. 

Artikel terbaru

Leave a Reply