Kepentingan Pengiktirafan & Penghargaan Dalam Bisnes

Kepentingan Pengiktirafan & Penghargaan Dalam Bisnes

Ingat dua patah perkataan ini! Recognition (pengiktirafan) & appreciation (penghargaan) sangat penting dalam hidup malah bisnes anda.

Recognition ini lebih kepada soal prestasi manakala penghargaan pula lebih kepada soal nilai peribadi. Kedua-dua patah perkataan ini, jika digunakan dengan betul boleh membuatkan anda menemukan success pattern yang dapat membawakan kepada kejayaan.

MenThor, Datuk Wira Dr. Azizan Osman memberitahu, kegagalan ramai orang apabila gagal untuk kenal pasti success pattern berkenaan.

“Selalu akan tengok pada benda yang tak jadi. Malah macam mana you boleh recognized orang lain jika you tak recognized diri sendiri,” tegasnya.

Betapa pentingnya untuk usahawan ketahui WIN dan benda yang betul dibuat setiap hari, minggu malah bulan.

Hal ini kerana untuk membentuk success pattern yang akan menjadi sikap dan amalan anda sebagai seorang usahawan berjaya,

Apatah lagi, bagi pemilik atau leader bisnes bukan saja perlu recognized diri sendiri, malah recognized WIN dibuat team mereka.

Daripada situ, anda dan team akan dapat mengenal pasti success pattern yang mana berhasil dan berkesan. Apa tindakan yang perlu diteruskan kerana membawa kepada WIN itu dalam bisnes anda.

3 tip asas penting bagi founder, leader bisnes serta usahawan:

1.   Sales

Anda kena faham soal sales yang menjadi asas sesebuah bisnes. Walau anda berpelajaran tinggi, pandai bercakap, gah dan sebagainya, tak berguna jika tak pandai dan faham soal sales.

Anda kena faham barulah dapat mewujudkan team sales yang baik.

2.   Train

Seorang leader yang baik dapat menunjukkan contoh yang baik. Justeru itu, anda kena faham soal sales dan barulah dapat melatih team sales.

Leadership bermaksud anda mampu buat perkara itu dan dapat buktikan kepada team tentang sesuatu tindakan yang perlu dilakukan,

3.   Manage

Setelah mempunyai team, anda perlulah menguruskan mereka dari segi emosi, fokus, tindakan, konsisten dan prestasi.

Anda perlu tahu bagaimana untuk memberikan recognition dan appreciation kepada team agar dapat bawa bisnes mereka terus maju ke depan.

Sehubungan itu sebagai usahawan, founder ataupun leader bisnes, cuba anda terap dan gunakan dua patah perkataan ini dalam bisnes. Kami yakin dan percaya anda akan menyaksikan perubahan positif.

Artikel terbaru

Leave a Reply