Kepentingan misi dan visi bisnes tidak boleh disangkal. Tidak kira sama ada anda menjalankan secara kecil-kecilan ataupun sudah besar, misi dan visi perniagaan dapat membantu dalam bisnes malah team anda sendiri.
Ia dapat memberikan team bisnes dengan suatu purpose atau tujuan untuk bersama-sama mencapainya. Misi dan visi perniagaan adalah sangat penting, kerana ia akan menentukan cara dan sasaran yang dibuat.
Apa beza misi & visi ini, nampak sama tapi ada perbezaannya yang perlu usahawan ketahui. Misi sesebuah organisasi menyatakan mengenai bisnes mereka. goal dan strategi untuk mencapainya.
Misi bisnes
Ia menumpukan lebih kepada di mana bisnes anda sekarang dan bagaimana nak mencapai objektif. Misi ini juga boleh membentuk budaya dalam bisnes anda. Bagi belum ada misi bisnes mereka, anda boleh gariskan apa bisnes dijalankan, kepada siapa ia membantu dan bagaimana anda berkhidmat kepada mereka.
Contohnya, bagi bisnes yang mengajar orang menjahit agar lebih mahir dan dapat menghasilkan pakaian lebih baik.
“Kepakaran bisnes saya adalah menyediakan perkhidmatan pembelajaran bagi tukang jahit yang ingin mempelajari ilmu jahitan atau yang ingin meningkatkan lagi kemahiran jahitan ke tahap yang lebih tinggi”
Melalui misi di atas ini, team anda juga akan lebih jelas bagaimana mereka perlu memberikan perkhidmatan seperti mana yang dinyatakan.
Visi bisnes
Bagi misi ia menumpukan lebih ekpada aspek taktikal bisnes, visi pula melihat kepada masa depan bisnes anda. Apa yang nak anda bayangkan bisnes di masa akan datang?
Visi ini dapat memberikan usahawan kepada hala tuju di mana bisnes anda nak pergi dan capai di masa depan. Justeru itu, apabila visi dan misi digabungkan, ia akan mewujudkan strategi team bagi bisnes anda.
Bagi merangka visi bisnes anda, tanya diri apa impian dan harapan anda? Bagaimana masa depan yang anda mahu lihat berlaku dalam bisnes.
Contohnya, jika misi tadi bagi mengajar dan meningkat kemahiran orang menjahit. Maka visinya mungkin seperti ini :
“Menjadi tempat rujukan dan pusat perkhidmatan pembelajaran utama kepada tukang jahit meningkat kemahiran mereka.”
Visi di atas memberikan hala tuju yang jelas kepada bisnes dan team anda. Setuju? Ia menunjukkan di mana anda nak berada di masa depan dan mempunyai point jualan penting anda.
Berikut antara manfaat dan kepentingan misi dan visi bisnes bagi usahawan di luar sana.
5 manfaat dan kepentingan misi dan visi bisnes :
- Mempunyai hala tuju jelas yang akan memacu pemikiran dan tindakan team anda
- Menarik bakat-bakat yang diperlukan dalam bisnes
- Menyediakan struktur organisasi yang kukuh meskipun perubahan dalam team anda
- Berikan inspirasi untuk orang fokus dan produktif dengan mempunyai tujuan yang jelas.
- Membantu dalam perhubungan awam yang mana orang dapat tahu siapakah anda, apa yang dilakukan dan kenapa anda melakukannya.
Jangan abaikan kepentingan misi & visi bisnes anda
Sehubungan itu, sebolehnya jangan abaikan soal misi dan visi ini walaupun anda masih kecil atau sedang berkembang, Melalui misi dan visi yang jelas, maka team yang anda bina juga dapat allign dan bersama-sama bantu untuk mencapainya.
Mulakan dengan langkah betul sejak awal lagi pasti akan membantu mempercepatkan proses perkembangan dan kejayaan anda. Usahawan yang nak bina bisnes yang berjaya perlukan misi & visi ini.
Jangan abaikan kepentingan misi dan visi bisnes anda meskipun anda baru bermula atau sudah bermula.