Hala Tuju Bisnes
Hala Tuju Bisnes

Sebelum ini, CheSuzz ada hantar anak ke klinik sebab demam. Biasa la budak nak membesar. Klinik kecil di kawasan pekan saja. Sebab sudah terdesak, tak boleh fikir sangat untuk cari klinik yang terbaik.

Pemilik klinik ini seorang doktor lelaki, mungkin sudah lama dia buka klinik ini. Singgah pun sebab itu yang paling dekat dengan rumah. Lagi pun my sister cakap anak-anak dia masa 10, 20 tahun dulu selalu di bawa ke sini kecuali bila sudah besar sangat jadi jarang datang.

Kenapa I tak perasan pun klinik ini? Tapi tak apa la yang penting kena rawat budak ini segera, takut panasnya makin teruk.

Bila tengok signboard klinik pun sudah makin pudar. Bila masuk ke dalam klinik teringat cerita-cerita dalam filem Melayu tahun 90-an dulu. Mengimbau juga. Poster di dinding warna kekuningan dan senget pun ada. Tidak boleh nak kaitkan kata-kata dalam poster tu dengan hidup sekarang ni.

Dah masuk tiada siapa pun yang sambut dan tiada pelanggan lain dalam klinik itu. Cuba jengah di tingkap kaunter ada doktor agak lanjut usianya menyambut kami dengan senyuman manis. Masih cantik gigi dia.

Selepas jelaskan masalah, kami diminta untuk masuk bilik rawatan. Doktor yang sama juga yang merawat dengan sopan dan slow motion. Lihat keadaan bilik rawatan tiada perlatan yang baru atau yang teknologi terkini. Semua secara manual.

Sementara tunggu rawatan dibuat, cuba google nama klinik tapi tiada apa yang boleh dikaitkan dengan klinik ini. Yang ada cuma beberapa blog tahun-tahun sebelum ini yang bercerita tentang rawatan yang baik dan harga rawatan yang sangat berpatutan.

Tiada apa-apa promosi atau maklumat terdapat di sini untuk dibaca kecuali rawatan bekam yang pernah ditawarkan dulu. Bila ditanya katanya rawatan itu tidak lagi dibuat sebab tiada permintaan.

Teringin nak tahu sedikit sejarah doktor ini pasti hebat pada usia begini masih lagi bekerja. Dia maklumkan dulu sangat ramai pelanggan berdekatan datang ke klinik dia. Klinik ini antara yang popular zaman 90-an dulu.

Ramai staf juga dulu diambil bekerja. Ada juga seorang rakan bisnes yang sama-sama membantu. Tapi 10 tahun kebelakangan ini jumlah pelanggan makin berkurangan, dia agak pelik juga mula-mula tapi dia rasa mungkin orang semakin sihat atau mungkin juga terdapat banyak klinik tumbuh.

Pelik sebab kawasan itu sudah pesat membangun, terlalu banyak kawasan perumahan baru sejak berpuluh tahun ini. Tapi pelanggan makin berkurangan.

Rezeki Tuhan yang bagi. Betul juga itu, lama-kelamaan staff pun sudah berhenti seorang demi seorang. Ada yang diberhentikan sebab sudah tidak ada keperluan untuk bekerja di situ. Katanya, untuk kapasiti sekarang dia seorang pun boleh uruskan. Rakan bisnes pun sudah tiada, ada masalah sikit dia malas nak cerita.

Cuba tanya tentang anak-anak pula, dia sangat bangga dengan anak-anak dia. Ada 3 orang semua menjadi doktor. Tapi mereka tidak berminat untuk sambung bisnes dia dan ada seorang masih terikat bekerja dengan kerajaan bertahun lagi.

Anak-anak pun buka klinik sama macam dia tapi jauh di negeri lain mengikut pasangan masing-masing. Tak apa, dia pun bukan ada kerja lain kalau duduk di rumah pun. Baik duduk di klinik, badan pun tidak lenguh kalau asyik baring. Lagi pun dapat juga bantu sesiapa yang perlukan khidmat dia.

Saja bergurau tanya dia sampai bila nak terus bekerja. Dia jawab selagi mampu memandu ke klinik dan selagi boleh melihat dia akan cuba teruskan.

Selesai urusan rawatan, dia ada memberi kata-kata nasihat pada kami tentang penjagaan kesihatan dan apa suplemen yang perlu untuk kanak-kanak. Semua itu boleh dibeli di farmasi atau klinik lain. Baik hati dia.

Selepas itu kami ke kaunter untuk ambil ubat dan buat bayaran. Agak lama juga tunggu untuk ambil 3 jenis ubat yang ditulis dengan tangan. Cantik tulisan dia. Cuba tanya beberapa kali tentang cara nak makan ubat sebab macam kurang jelas.

Dia dengan sabar melayan kerenah dan tak jemu untuk terang balik. Bukan apa takut kalau tersalah bagi ubat jadi lain hal pula.

Sepanjang berurusan tiada pelanggan lain masuk. Sangat mudah sebab tak payah bersesak. Cuma dalam hati agak risau kalau dia tersalah bagi ubat. Tapi kakak I sangat positif sebab dia tidak pernah ada pengalaman buruk pun dengan klinik ini. So ikut saja la.

Mungkin ramai juga orang macam I, masih ramai lagi pelanggan dia yang macam kakak I. Doktor itu pun ada kongsi tadi kebanyakan pelanggan dia yang memang dia kenal dari dulu. Kecuali kes-kes terdesak sekali-sekala baru ada pelanggan baru.

Dalam perjalanan balik macam-macam yang I fikirkan. Sedih pun ada. Terfikir juga kebenaran apa yang MenThor, Datuk Wira Dr. Azizan Osman bersungguh-sungguh suruh kita buat dalam setiap sesi mentoring dia.

Ke Mana Hala Tuju Bisnes Anda? Di Tahap Yang Sama Atau Mahu Berkembang?

Ke Mana Hala Tuju Bisnes Kita?

Apapun, mana hala tuju bisnes macam ini? Bila kaitkan balik dengan apa yang kita buat dengan bisnes kita sekarang, adakah kita juga akan jadi begitu?

Apakah exit plan kita? Macam-macam persoalan timbul. Bagaimana nak pastikan bisnes kita terus relevan dalam industri masing-masing.

Perkara begini yang usahawan perlu ambil kisah. Jangan hanya sekadar duduk termenung sahaja. Sentiasa persiapkan diri untuk menghadapi segala kemungkinan yang mungkin berlaku. Rancang apa yang anda patut buat untuk pastikan bisnes anda sentiasa berjaya dan berkembang pesat!

CheSuzz
Vice President High NetWorth Client

Artikel terbaru

1 Comment

Leave a Reply