Kenapa Team Anda Berhenti?

Kenapa Team Anda Berhenti?
Team berhenti

Persoalan yang mungkin kebanyakan daripada founder atau leader bisnes bertanya, kenapa team aku berhenti kerja?

Bayangkan banyak masa dan tenaga yang telah dilaburkan untuk mengupayakan dan membentuk mereka, namun suatu masa mereka mengambil keputusan untuk berhenti kerja.

Kecewa, sedih dan bermacam perasaan pasti timbul namun bisnes perlu berjalan seperti biasa.

Post-mortem perlu dilakukan untuk ketahui di mana ‘silap’ dan kekurangan yang perlu diperbaiki lagi untuk memastikan ahli team anda dapat terus bersama dalam mencapai matlamat bisnes bahkan diri mereka.

Situasi di mana ahli team & founder atau pengurusan dapat bekerja dalam harmoni dengan sebaiknya mengikut hala tuju dan matlamat bisnes yang ditetapkan.

Sehubungan itu, kami dapati terdapat beberapa punca dan faktor utama seseorang itu mengambil keputusan untuk berhenti kerja.

Antara punca utama mereka berhenti kerja adalah soal gaji, leader yang tidak pandai menguruskan team, skop dan tugas kerja yang terlalu banyak atau dirasakan terlalu mudah dan soal peribadi.

Berikut kami kongsikan 4 masalah yang timbul jika anda membayar gaji yang kurang (underpaid) kepada ahli team meskipun mereka berkelayakan atau menunjukkan prestasi yang baik.

Kenapa Anda Kena Elak Underpaid Ahli Team :

  1. Soal kepercayaan
  • Mereka akan merasakan seperti diambil ‘kesempatan’. Mungkin pada mulanya mereka mendapatkan kerja ini berikutan memerlukan sumber pendapatan walaupun dibayar rendah.

Namun anda melihat ‘kelemahan’ dan ambik kesempatan menawarkan gaji yang lebih rendah daripada apa yang difikirkan sesuai.

  1. Cari kerja lain

-Mereka akan sentiasa mencari peluang kerja di tempat lain. Sekiranya mereka tidak gembira dengan kerja yang dilakukan sekarang, maka mereka akan mula mencari kerja lain.

  1. Kerugian talent
  • Kerja yang ditawarkan bagi orang yang berkelayakan itu kemungkinan besar ditolak.
  1. Kesungguhan
  • Soal kesungguhan, semangat dan energy sangat penting sebagai usahawan. Kita kena seronok dengan apa yang anda lakukan. Sebab itu, jika seseorang itu dibayar kurang boleh menyebabkan hilangnya kesungguhan mereka dalam kerja dilakukan.

Apa boleh anda lakukan?

Ia tidak susah, cuma anda kena bertanya apa yang dirasakan adil (gaji) buat mereka. Mungkin anda akan terkejut apabila apa diminta berada bawah pada jangkaan anda.

Jika anda berkemampuan, mungkin boleh berikan tambahan lagi. Tapi jika tidak boleh, tawarkan sedikit kenaikan dan jelaskan kenapa dan dalam masa sama jangan menolak kemungkinan kenaikan di masa akan datang.

Kita perlu sentiasa ingat bahawa rasa hormat datang secara dua hala. Penuhi apa yang dijanjikan dan termaktub dalam kontrak kerja mereka.

Anda sudah tentu tak mahu ahli team yang bekerja dengan tidak gembira, tidak mempercayai dan sedang mencari kerja lain ketika sedang bekerja.

Mungkin selepas ini anda boleh lihat dan memahami ahli team untuk mengetahui keadaan mereka dari semasa ke semasa.

Inilah soal leadership yang perlu ada pada founder dan leader dalam sesebuah bisnes.

MenThor, Datuk Wira Dr. Azizan Osman sering menekankan soal kepimpinan (leadership) dalam sesebuah bisnes untuk mereka dapat grow dan pergi ke tahap lebih tinggi.

Jelasnya, ramai usahawan struggle dalam leadership iaitu kemampuan untuk pimpin diri sendiri dan orang lain.

“Menjadi pemimpin yang bagus, adalah faktor paling penting kejayaan sesebuah bisnes”

Datuk Wira Dr. Azizan Osman

Melalui program dan mentoring RichWorks, antara perkara penting ditekankan adalah soal leadership dalam membina bisnes yang berjaya.

Artikel terbaru

1 Comment

Leave a Reply