Kenapa Nak Biarkan Diri Terus Dalam Kesusahan? 5 Perkara Perlu Anda Fokus

Kenapa Nak Biarkan Diri Terus Dalam Kesusahan?

Batu, kalau setiap hari kena titis air pun akan berubah juga. Kata orang tua, belakang parang kalau diasah setiap hari pun akan tajam. Perubahan pasti akan berlaku dalam hidup kalau kita komited untuk berubah dan buat tindakan untuk perbaiki hidup.

Dalam kesusahan, hidup ni memang tak sentiasa indah dan mudah-mudah. Ada kalanya datang cabaran dan susah – makan masa juga nak bangkit balik. Itu pun kalau nak bangkit.

Ada orang, susah bertahun-tahun pun, masih tak peduli nak ambil tindakan dan nak perbetulkan hidup. Sanggup duduk dalam keadaan yang sama, keadaan yang tertekan dengan 1,001 masalah yang sama bertahun-tahun dari buat perubahan hidup.

Yang lagi teruk, golongan yang rasa dah selesa dengan keadaan hidup. Dan tak mau buat apa-apa lagi. Mereka rasa selesa dengan keadaan sekarang sedangkan sebenarnya hidup mereka tak selesa mana lah sangat…

Sebenarnya, insyaAllah kita boleh ubah keadaan hidup kalau nak la..tapi ramai yang tak tahu macam mana nak ubah hidup mereka dan nak ubah ke arah apa? Mereka tiada panduan yang sebenar..macam mana nak ubah hidup, lalu mereka tersangkut dan terus hidup dalam struggle dan dalam kesusahan…

Benda boleh ubah, kenapa nak biarkan terus struggle… betulkan?

Jika anda dah bosan dengan hidup pada tahap yang sama untuk bertahun-tahun lamanya dan anda nak ubah hidup dan tingkatkan tahap kewangan dan kehidupan menjadi 10 kali ganda dari tahap sekarang boleh cuba buat perkara di bawah ini.

5 perkara yang anda perlu fokus untuk menyaksikan perubahan terutama dalam kesusahan :

  1. Fokuskan untuk bina matlamat – apa yang anda nak capai dalam tempoh 1 tahun, 3 tahun, 5 tahun akan datang. Dalam tahun baru ini, takkan kita nak hidup sama saja lagi dan tanpa perubahan?
  2. Fokuskan untuk lakukan tindakan yang beri hasil – ramai orang yang ada impian dan matlamat tapi mereka mudah putus asa ditengah jalan, mereka rasa susah untuk capai impian lalu mereka putus asa atau tukar matlamat menjadi yang lebih mudah.
  3. Fokuskan untuk tukarkan rasa bengang anda menjadi satu ‘push factor’ – ramai orang hidup dengan rasa bengang. Bengang dengan kata-kata negatif orang yang pernah cerca dan perkecilkan kita, bengang dengan kegagalan masa lalu, bengang dengan perkara yang tak mampu kita miliki…dari kita fokuskan kepada rasa bengang ini dan terus muram, baiklah kita tukarkannya jadi ‘push factor’ untuk kita beraksi lebih baik.
  4. Fokuskan untuk ubah persekitaran anda – kadang-kadang, kita susah nak capai kejayaan sebab kita berada dalam persekitaran yang sama untuk bertahun-tahun lamanya. Dengan cara fikir yang sama, dengan tindakan yang sama, dengan rakan-rakan yang sama, yang senasib dengan kita. Cuba langkah keluar dan lihat hidup dari perspektif lain.
  5. Fokuskan untuk cari MenThor dan ilmu – kita tak akan mampu ubah hidup jika kita masih gunakan cara yang sama, dan bertindak dengan cara yang sama. Bila kita upgrade ilmu, kita akan upgrade tindakan dan akan akan dapat hasil yang lebih baik. InsyaAllah…

Nak ubah hidup memang tak mudah, tapi kalau tak ubah selamanya kita akan berada dalam situasi yang sama, dengan masalah yang sama dan tekanan yang sama.

Jawapan tentang masa depan anda ada di tangan anda sendiri.

Share:

Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on telegram

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts

Kenapa Orang Tak Nampak Bisnes Anda

Kenapa Orang Tak Nampak Bisnes Anda

Melalui marketing, dapat buatkan daripada tak nampak bisnes anda kepada dapat membuatkan orang nampak dengan bisnes dan produk atau perkhidmatan yang ada. Namun terdapat usahawan

Kuasai Minda Anda Cara Jutawan

Ramai orang mudah lupa. Lupa yang hidupnya mula berubah bila mereka mula ada peningkatan ilmu dan konsisten bertindak. Ilmu merubah hidup manusia. Banyak disebut atau

Rutin Harian Orang Terkaya Di Dunia

Nak tahu satu perkara ini yang menjadi ‘essential’ atau keperluan yang dilakukan orang terkaya di dunia ialah bersenam. Ya, anda tak salah baca – bersenam.

Bagaimana Nak Improve Teamwork?

Bagaimana Nak Improve Teamwork?

Bagaimana nak improve teamwork dan capai hasil yang kita nak? Jika anda lalui pelbagai cabaran, ujian, dugaan dan banyak kali sebenarnya ia berkaitan dengan emosi