Kenapa Mark Zuckerberg Selalu Pakai Baju Warna Sama? Orang Ke-5 Terkaya Di Dunia Ketika Ini

Kenapa Mark Zuckerberg Selalu Pakai Baju Warna Sama?

Kenapa ya, Founder dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Facebook, Mark Zuckerberg memakai tshirt kelabu yang sama selalu? Orang ke-5 terkaya di dunia ini tak mungkin tidak ada duit.

Jawapan Mark Zuckerberg

“I really want to clear my life to make it so that I have to make as few decisions as possible about anything except how to best serve this community.”

Mark Zuckerberg

Beliau tidak mahu membuang masa dan tenaga otak dia untuk perkara yang kecil seperti nak pilih baju warna apa serta buang masa depan cermin setiap pagi.

Mark Zuckerberg memberitahu, lebih baik simpan tenaga akalnya untuk berfikir bagaimana untuk memberi khidmat serta manfaat kepada lebih 1 billion pengguna Facebook.

Beliau ada baju yang sama warnanya ini beberapa helai, bukan bermakna beliau tidak ada baju lain.

MenThor, Datuk Wira Dr Azizan Osman setuju kerana di dalam perjalanannya sendiri, beliau melihat ramai mereka yang berjaya tidak buang masa dan juga eliminate atau menghapuskan aktiviti-aktiviti yang membuang masa, mengambil masa atau tidak memberikan faedah yang besar kepada hidup atau apa yang dilakukan.

Contohnya, beliau sendiri mengenali ramai mereka yang berjaya yang tidak menonton TV atau membuang masa menonton semua benda di TV yang banyaknya adalah “sampah” otak dan emosi.

Saya sendiri tidak suka tengok TV dan TV saya jarang-jarang di switch-on melainkan untuk sesuatu rancangan berilmu yang berfaedah dan bermanfaat.

Beliau juga pilih untuk tinggal 2-minit sahaja dari pejabat saya kerana ia memudahkan segala urusan yang perlukan saya di pejabat sebelum ini atau memudahkan staf saya berjumpa saya di rumah jika ada urusan penting.

Bayangkan suatu ketika dulu, beliau perlu travel hampir 2-jam untuk ke pejabat dan balik juga lebih 2-jam bila jalan adalah sesak dan apatah lagi hujan lebat, ia mengambil masa hidupnya selama 4-jam sehari dan 20-jam seminggu dan 80-jam sebulan dan 960-jam setahun.

“Itu bermakna 40-hari setahun (960 jam/24jam) adalah masa yang saya gunakan untuk travel ulang alik ke pejabat. What if 10-tahun kerja? 400-hari atau bahasa mudah lebih 1-tahun masa saya dalam tempoh 10-tahun adalah di dalam kenderaan.”

Jika ada pilihan, kita boleh gunakan untuk belajar mengaji atau hafal ayatul Quran dalam kereta dan bukan sekadar dengar radio. Kita juga boleh dengar CD-CD ilmu agama atau yang membantu peningkatan diri.

Dan macam-macam perkara yang boleh tingkatkan kelebihan diri. Kita juga boleh dengar CD audio book tentang topik yang kita suka di dalam kereta atau menggunakan headset melalui handphone kita jika kita menaiki bas, Komuter atau LRT.

Apa yang penting di sini adalah ambil iktibar dengan apa yang orang kongsikan tentang sikap dan habit atau tabiat mereka yang berjaya. Of course yang terbaik adalah jika kita tidak perlu travel lama untuk ke tempat kerja.

Bagi yang baru nak kerja atau berniaga, buat sesuatu atau bekerja ditempat yang tidak memerlukan kita travel jauh setiap pagi dan petang untuk ke tempat kerja supaya kita boleh kerja dengan efisien tetapi pada masa yang sama dapat luang masa bersama keluarga lebih segera bila habis kerja. Wallahu A’lam.

Moral of the story: Buang atau elakkan membuat sesuatu yang paling kurang nilainya dalam hidup kita dan gantikannya dengan sesuatu yang lebih tinggi nilai atau kualitinya dalam hidup kita. Ingat, muda sebelum tua, sihat sebelum sakit, lapang sebelum sempit, hidup sebelum mati.

Dan elakkan buang masa bercakap hal orang, fitnah orang atau gosip tentang orang lain kerana banyak lagi perkara yang lain yang berfaedah yang kita boleh lakukan untuk mencari redha Allah swt di dunia untuk bekalan di sana. Mati itu pasti, buat baik dibalas baik dan begitu juga sebaliknya.

Datuk Wira Dr Azizan Osman

Artikel terbaru

Leave a Reply