Kenapa Bill Gates Berjaya?

Kenapa Bill Gates Berjaya?

Siapa yang tidak kenal dengan Bill Gates, beliau merupakan seorang billionaire yang menjadi salah seorang pengasas Microsoft yang mana digunakan dalam kebanyakan komputer di rumah dan pejabat masing-masing.

Bill Gates ketika menjawab soalan daripada pelajar mengenai mindset diperlukan untuk membina kejayaan, mempunyai keinginan tinggi untuk belajar, sedar potensi yang ada dan rasa ingin tahu bagaimana sesuatu itu berfungsi.

Kejayaan bermaksud perlunya penugasan atau delegation

Bagi usahawan yang dalam keadaan kerja yang banyak dan jadual padat boleh mengikuti nasihat Bill Gates yang dipelajari beliau ketika pada peringkat awal perjalanannya iaitu penugasan.

Pada peringkat awal penubuhan Microsoft, beliau sangat bersemangat dan minat dengan apa yang dialkukan sehinggakan beliau membuat kod bukan hanya bagi tugasnya malah orang lain.

Bagaimanapun, kemudian beliau sedar bahawa obsesi dengan pengaturcaraan tidak dapat bertahan jika syarikat mahu berkembang.

Sehubungan itu, Gates mengambil keputusan untuk mempercayai kepada kemahiran ‘coding’ dan melepaskan cara beliau terdahulu iaitu hanya percaya diri sendiri saja boleh buat.

Apabila syarikatnya berkembang, beliau perlu buat penugasan daripada apa yang diketahuinya kepada kekuatan orang lain. Beliau sedar kelemahannya ketika itu ialah pengurusan manusia atau orang.

Justeru itu, beliau telah membawa Steve Ballmer yang suka kepada orang dan pengurusan. Ballmer kemudian menjadi Ketua Pegawai Eksekutif Microsoft dari 2000 hingga 2014.

Perkara yang membuatkan tindakan mengagihkan penugasan itu berjaya bila mana mempunyai team yang bagus.

2 cara mewujudkan kepercayaan bagi seseorang pemimpin dapat selesa untuk mengagihkan penugasan dan berkongsi tanggungjawab nanti.

Pertamanya, lihat apa yang berlaku bila penugasan diberikan kepada team akan membuatkan anda dalam keadaan untuk membimbing mereka sebagai mentor yang akan membina kepercayaan diperlukan bagi mengukuhkan hubungan sesama ahli team.

Meskipun adakala memerlukan kesabaran anda, namun penugasan atau delegating ini berkesan dengan buatkan pekerja-pekerja berasa berguna, memperkasakan dan menjadi pelengkap kepada sesebuah organisasi.

Artikel terbaru

Leave a Reply