Kenali Duta Piala Dunia 2022 dan Pemilik Aiskrim Gharissa, Ghanim Al-Muftah

Kenali Duta Piala Dunia 2022 dan Pemilik Aiskrim Gharissa, Ghanim Al-Muftah

Kejohanan bola sepak paling berprestij membuka tirai dalam upacara pembukaan yang penuh gilang-gemilang di Stadium Al Bayt.

Bintang-bintang terkemuka seperti Lionel Messi, Neymar, Kylian Mbappe dan Cristiano Ronaldo pasti menjadi tumpuan, tetapi penampilan istimewa Ghanim Al-Muftah turut menjadi perhatian dunia.

Ghanim dan aktor terkemuka Hollywood, Morgan Freeman menjadi narator dalam acara tersebut.

Ghanim yang diangkat sebagai duta Piala Dunia 2022 itu tampil dengan melantunkan potongan ayat suci al-Quran melalui Surah Al-Hujurat, ayat 13.

Maka, ini merupakan kali pertama dalam sejarah, bacaan Al Quran berkumandang dalam acara pembukaan Piala Dunia di bawah kelolaan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Morgan Freeman mengakui terpegun dan kagum dengan bacaan tersebut serta menyifatkan ia adalah sesuatu yang paling indah pernah didengari olehnya.

Jom kita kenali Ghanim dengan lebih dekat!

Lahir pada 2003, pemuda berusia 20 tahun ini merupakan seorang bangsa usahawan.

Usia muda dan dilahirkan dengan penyakit yang dikenali sebagai Caudal Regression Syndrome (CDS) bukan penghalang kepada Ghanim untuk berjaya.

Usahawan muda ini, menggunakan resipi rahsia ibunya, Ghanim melancarkan Aiskrim Gharissa, sebuah syarikat yang berpangkalan di Qatar mencipta pengalaman aiskrim lima bintang.

Ghanim telah memperoleh hak francais untuk Aiskrim Gharissa dan merancang untuk mengembangkan francaisnya di luar negara dan merentasi seluruh rantau Teluk.

Setakat ini, syarikat itu sudah mempunyai enam cawangan dengan 60 pekerja bekerja.

Ghanim sentiasa mempunyai sikap “go getter” dalam kehidupan, biarpun tidak mempunyai badan ‘normal’ seperti orang lain.

Sejurus penampilannya di Piala Dunia 2022, Ghanim telah menjadi topik hangat di media sosial, rata-rata orang ramai menzahirkan rasa kagum dan terinspirasi dengan kegigihan dan keazaman insan ini.

Ghanim merupakan seorang individu yang mengutamakan pendidikannya, kini beliau sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang sains politik.

Keadaan fizikalnya bukan penghalang untuk dia hidup. Terbukti Ghanim boleh melakukan sukan lasak seperti selam skuba, panjat tebing dan papan selaju.

Ghanim pernah menakluki Jebel Shams, puncak tertinggi di seluruh wilayah Teluk.

Ghanim juga aktif di media sosial seperti Instagram dengan 3.3 juta pengikut. Dia sering berkongsi aktivitinya dengan memuat naik gambar dan video di Instagram miliknya.

Ghanim telah membuktikan, tiada apa yang mustahil untuk kita meraih kejayaan.

Jika anda rasa ‘down’ dengan kehidupan hari ini, lihat sahaja pada kesungguhan dan usaha luar biasa yang dilakukan oleh Ghanim Al-Muftah ini.

Artikel terbaru

2 Comments

  • MD sOM BIN DOL BARI

    Jika Ada kemahuan ,disitu Ada JALAn..dengan adanye mentor yg berpengalaman..ramai bangsa usahawan temui JALAn kejayaan..in sya Allah

Leave a Reply