Kembangkan Perniagaan Dengan 5 Strategi Pemasaran Ini

Kembangkan Perniagaan Dengan 5 Strategi Pemasaran Ini

Apalah ertinya sebuah perniagaan jika tidak disusuli dengan strategi pemasaran yang berkesan? Tak kira besar atau kecil perniagaan anda, ia penting untuk pastikan orang di luar sana tahu akan kewujudan produk dan kenal pada jenama anda.

Nak tunggu perniagaan meletup tanpa strategi pemasaran tu boleh, tapi anda belum tentu individu yang sentiasa bernasib baik. Daripada menunggu, lebih baik berusaha. Usahakan tangga kejayaan. Nak berjaya, kenalah berusaha dulu!

5 strategi pemasaran untuk kembangkan perniagaan 

1. Manfaatkan website sebaiknya

Kebanyakan perniagaan zaman sekarang pasti ada website. Tak susah nak dapatkan website sekarang dengan pelbagai pilihan harga. Jika masih belum ada, pastikan ada untuk urusan jual beli yang lebih mudah, cepat dan bersistem.

Kalau rasa masih tak cukup modal nak ada website, mulakan dengan blog. Blog ialah cara yang baik untuk mempromosikan perniagaan anda. Dengan blog, anda boleh mencapai beberapa matlamat melalui penulisan. 

Pelanggan suka buat kajian tentang apa yang mereka nak beli, anda boleh juga tulis tentang review produk serta testimoni pelanggan di dalam blog. Tak ada masa? Tak ada masalah, upah orang lain menulis untuk anda!

2. Aktifkan media sosial

Zaman sekarang kalau perniagaan anda tak menggunakan media sosial, anda perlu bermula secepat mungkin. Media sosial ialah alat promosi perniagaan yang berkuasa dan berpotensi menjangkau berjuta-juta orang dalam masa yang singkat.

Gunakan platform ini untuk mempromosikan perniagaan serta berinteraksi dengan pelanggan anda. Bila dah ada platform yang bagus, content pun kena bagus juga. Gambar dan video yang ingin dimuat naik perlulah berkualiti untuk menarik perhatian bakal pelanggan anda. 

Sama seperti blog, media sosial juga boleh menjadi tempat untuk anda kongsikan review serta testimoni dari pelanggan-pelanggan anda. Review dari pelanggan boleh menarik orang lain untuk membeli produk atau menggunakan perkhidmatan anda.

Untuk mencipta video tak semestinya perlu belanjakan banyak wang untuk peralatan. Guna telefon pun dah boleh hasilkan video yang berkualiti. Yang penting, gunakan kreativiti sehabis baik.

Bila dah ada content yang menarik, anda boleh pertimbangkan untuk buat iklan berbayar pula. Tak salah kan keluarkan modal sikit untuk dapatkan hasil yang lumayan?

3. Kerjasama dengan influencer

Alaaa… mahallah! Jangan risau, bukan semua influencer mengenakan harga yang mahal kepada pelanggan mereka. Kalau nak diikutkan, strategi pemasaran menggunakan influencer tidak kurang hebatnya seperti pengiklanan di televisyen, radio atau billboard dengan harga yang jauh lebih murah. 

Influencer mempunyai pengikut mereka yang tersendiri di platform seperti media sosial, blog, Youtube dan sebagainya. Pilih influencer yang betul dengan pengikut yang sesuai dengan sasaran anda.

4. Kolaborasi dengan perniagaan lain

Berkolaborasi dengan perniagaan lain selalunya boleh menjadi strategi yang berjaya. Jika anda boleh mencari perniagaan lain dalam niche yang sama namun bukan pesaing, anda mungkin boleh menggabungkan usaha pemasaran dan menjangkau pelanggan baharu. 

Contohnya syarikat A menjual baju, manakala syarikat B pula menjual beg. Syarikat A dan B boleh berkolaborasi untuk strategi pemasaran yang lebih efektif. Anda mungkin dapat pelanggan dari syarikat yang anda berkolaborasi dan begitu juga sebaliknya.

Dalam masa yang sama anda tak perlu takut pelanggan lari kerana produk dan perkhidmatan anda dan syarikat lagi satu adalah berbeza.

5. Berikan hadiah 

Ramai orang cepat tertarik dengan ganjaran hadiah. Lebih-lebih lagi hadiah yang lumayan dan menguntungkan. Betul ke betul?

Anda boleh pertimbangkan untuk membuat pertandingan yang bersesuaian dengan perniagaan anda. Contohnya anda menjual pakai, anda boleh buat pertandingan ootd terbaik. Atau mungkin perniagaan anda menjual gas, tak ada masalah jika anda nak buat pertandingan video masakan. Terpulang kepada kreativiti anda.

Selain itu, anda juga boleh buat promosi secara besar-besaran. Tapi ingat, jangan sesekali menipu pelanggan dalam promosi. Pelanggan akan hilang kepercayaan kepada jenama anda. Lebih buruk lagi jika mereka beri review yang tidak bagus dan menjadi viral.

Mulakan sekarang!

Nak tunggu apa lagi? Lebih cepat anda bertindak, lebih cepat anda akan mendapatkan hasilnya. Mulakan strategi pemasaran anda dan lihat sendiri perbezaannya!

Artikel terbaru

1 Comment

  • Amidah sama

    Terima kasih kepada Dato’Wira Dr Azizan Osman telah membimbing kan kami semoga Allah permudahkan segala urusan semua ini dan semoga kami mencapai cita cita kami

Leave a Reply