Kembangkan Jenama Syarikat Dengan 2 Tip Mudah

Kembangkan Jenama Syarikat Anda Dengan 2 Tip Mudah Ini

Setiap perniagaan pastinya mahu berkembang. Namun, untuk merealisasikan dan mengekalkan momentumnya kadang kala agak rumit.

Strategi dan taktik pemasaran pertumbuhan menyediakan cara buat syarikat untuk mengekalkan perkembangan melepasi peringkat perolehan.

Bangsa usahawan perlu melihat keseluruhan saluran jualan dan membina hubungan bersama pelanggan untuk jangka masa panjang.

Nak tubuhkan sesebuah perniagaan itu memang senang namun untuk mempertahankan serta mengekalkan momentumnya tidaklah semudah yang disangka.

Bagi mengembangkan perniagaan, strategi perlu diatur dengan sebaiknya agar matlamat dapat dicapai. Oleh itu, beberapa aspek ini perlu diambil kira supaya taktik pemasaran berjalan dengan lancar.

Mencipta Kandungan Menarik

Mencipta kandungan ialah salah satu asas pemasaran pertumbuhan kerana kaedah itu boleh menjadi sangat berkesan untuk menarik pelanggan masuk.

Kandungan sering dikaitkan dengan cara pelanggan sedar akan kewujudan sesebuah syarikat itu. Anda boleh memasarkan kandungan melalui siaran langsung, podcast, video dan macam-macam lagi.

Walau bagaimanapun, kandungan ada di mana-mana dan menyerlahkan jenama sendiri daripada jenama lain adalah cabaran sebenar.

Oleh itu, kandungan jenama anda perlu menonjolkan keperibadian yang unik dan lebih menarik daripada yang lain.

Ia boleh jadi suatu bentuk hiburan sambil memberikan nasihat berguna kepada khalayak sasaran yang melihatnya.

Menawarkan Alat atau Akses Platform Percuma

Pelbagai syarikat perisian melaksanakan strategi ini dengan baik. Begitu juga dengan platform berasaskan langganan untuk muzik dalam talian dan perkhidmatan penstriman lain.

Syarikat-syarikat ini memberikan sesuatu secara percuma, menawarkan tempoh percubaan atau menggunakan model perniagaan freemium untuk menarik minat.

Pendekatan ini mengurangkan keraguan orang ramai untuk mencuba produk atau perkhidmatan anda kerana ia menghilangkan faktor risiko. Apabila sesuatu diterima secara percuma, bakal pelanggan tidak mempunyai apa-apa kerugian.

Jika mereka tidak menyukai tawaran tersebut, mereka boleh terus membatalkannya tanpa kehilangan wang. Selain menghapuskan faktor risiko, akses percuma memberikan prospek pratonton nilai produk atau perkhidmatan anda.

Katakan anda mempunyai sebuah syarikat penyelidikan SEO. Ini bermakna bakal pelanggan anda memerlukan bantuan untuk mengoptimumkan kandungan dalam talian mereka.

Penyelidikan kata kunci dan alatan topik percuma membantu menyelesaikan masalah petunjuk dengan mencari kata kunci dan subjek yang betul untuk disasarkan.

Alat ini juga akan memperkenalkan bakal pelanggan kepada potensi platform anda dengan cara yang tidak dapat dilakukan oleh cara penjualan biasa.

Akses percuma menunjukkan keupayaan tawaran anda untuk menghilangkan kerisauan sekaligus menawan hati pelanggan secara berkesan.

Artikel terbaru

5 Comments

  • Sy nk minta tips untuk permulaan perniagaan dan jenama..

  • DRK

    Saya catat learning point dan implement. Sehingga kini saya kekal bertenaga dan bersemangat dengan adanya tips dari RICHWORKS .

    Jenama DRK kini terpilih untuk menjadi Official T Shirt oleh #TeamEverest yang mendapat sokongan dari Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan serta KBS. dan kini juga mendapat tempahan untuk design baju sukan Polis Kuala Lumpur.

    Benar kata Doc, be consistent buat Live sebab dalam tu kita tidak tahu siapa yang sedang memerhati dan mendengar.

    DRK – Modern&ClassicDesign

  • Ini aha moment untuk saya! Produk saya adalah minyak wangi lelaki yang tahan lama tanpa alkohol. Mungkin lepas ni saya boleh beri free tester atau free 30 days money back guarantee supaya prospek tak takut nak cuba 😀

Leave a Reply