Husnul Khatimah : 5 Tanda Kematian Yang Baik

husnul khatimah

Kematian akan datang pada saat dan ketika yang dijanjikan oleh Allah SWT. Tidak akan cepat dan lambat walaupun sesaat.

Nabi SAW menganjurkan kepada kita untuk sentiasa berdoa kepada Allah SWT agar dimatikan dalam keadaan yang baik.

Baginda bersabda maksudnya: “Ya Allah, matikanlah kami dalam keadaan ‘husnul khatimah’ dan janganlah kamu matikan kami dalam keadaan ‘su’ul khatimah’.”

5 tanda kematian husnul khatimahh

1. Lafaz Syahadat

Di antara kematian baik sebagaimana sabda Nabi SAW adalah melafazkan syahadat sebelum meninggal dunia. Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud yang bermaksud: “Barangsiapa yang akhir perkataannya ‘Tiada tuhan melainkan Allah’, nescaya dia akan memasuki syurga.”

2. Meninggal pada Khamis atau Jumaat

Kita sering mendengar, jika seseorang itu meninggal pada Khamis atau Jumaat, kematian mereka itu adalah baik. Adalah benar? 

Terdapat hadis daripada Baginda Nabi SAW bermaksud: 

“Tidak ada orang Islam yang meninggal dunia pada hari atau malam Jumaat kecuali Allah SWT akan melindunginya daripada fitnah kubur.” Hadis Riwayat at-Tirmizi

3. Lemas

Kematian di sebabkan lemas ini satu kematian yang baik. Ini berdasarkan hadis daripada baginda Nabi SAW yang bermaksud: “Orang yang mati syahid itu ada lima iaitu orang yang meninggal kerana penyakit taun, sakit perut, tenggelam, orang yang jatuh dari bangunan atau tebing dan syahid di jalan Allah.” Hadis Riwayat al-Bukhari

4. Peluh jernih pada dahi

Digambarkan juga keadaan seseorang apabila berada dalam saat kematian dengan peluh jernih mulai keluar pada dahi. Gambaran ini berdasarkan sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Tanda kematian bagi seorang Mukmin ialah dengan berpeluh dahinya.” Hadis Riwayat at-Tirmizi

5. Mempermudah urusan orang lain

Sekiranya seseorang itu meninggal dalam keadaan membantu orang lain, mempermudahkan urusan orang lain, bersedekah bagi memberi kesejahteraan orang lain, ia termasuk di dalam kematian yang baik.

Ini berdasarkan sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud: 

“Barangsiapa yang mengucap ‘Laa ilaaha illallah’ ikhlas kerana mencari keredaan Allah SWT dan diakhiri hayatnya dengan perkara tersebut nescaya dia akan masuk syurga. Barangsiapa yang berpuasa pada suatu hari kerana ingin mencari keredaan Allah SWT dan diakhiri hayatnya dengan perkara tersebut nescaya dia akan masuk syurga. Barangsiapa yang bersedekah ikhlas kerana Allah SWT kemudian dia meninggal dunia maka dia akan masuk syurga.” Hadis Riwayat Ahmad

Usia muda dan tubuh badan yang kuat bukan jaminan untuk kita mampu hidup sehingga mencapai usia tua.

Dikhuatiri jika tidak sempat bertaubat, kita akan mati dalam keadaan sia-sia.

Marilah kita melakukan kebaikan dan meninggalkan kemungkaran, agar pengakhiran hidup kita berakhir dalam keadaan yang baik. 

Artikel terbaru

2 Comments

  • Nor Laili Binti Kaulan

    Kita dihidupkan oleh Allah swt menggalas tugas besar sebagai hambanya. Untuk mendapatkan keredhaan Allah swt dan balasan syurga.
    Bagi meraih kematian husnul khotimah jadilah hamba yang takwa kepada Allah swt

    • Team RichWorks

      Terima kasih atas perkongsian puan. Semoga kita semua dikalangan hamba yang mendapat kematian Husnul Khatimah.

Leave a Reply