Kekal Bertenang, Rahsia Kejayaan Kim Kardashian Sebagai Usahawan

Kekal Bertenang, Rahsia Kejayaan Kim Kardashian Sebagai Usahawan

“Saya selalu mengatakan ketenangan adalah kuasa besar saya.”

Kata-kata ini mungkin mengejutkan ramai pihak apabila ia keluar daripada mulut Kim Kardashian yang merupakan seorang selebriti televisyen terkemuka yang memiliki siri realitinya sendiri dan juga seorang usahawan yang menjalankan perniagaan berbilion dolar.

Biarpun sering dihimpit kontroversi, beliau berjaya untuk kekal relevan di mata umum selama hampir dua dekad.

Berkongsi ‘rahsia’ dengan semua, Kim menjelaskan bahawa ketenangan menjadi suatu kelebihan buatnya apatah lagi dia kini semakin sibuk dengan kehidupannya sebagai seorang ahli perniagaan.

“Semua produk yang saya hasilkan adalah berasaskan penyelesaian dan itu sentiasa berkesan untuk saya,” kata pengasas jenama SKIMS ini.

SKIMS merupakan koleksi pakaian dalam ultra inklusif yang selesa yang dapat menyerlahkan bentuk tubuh si pemakainya. Ia juga sebenarnya menjadi penyelesaian kepada masalah yang beliau hadapi sendiri dalam kehidupan seharian.

“Dahulunya saya sendiri akan memotong pakaian dalam tersebut kerana jahitannya selalu salah dan tidak kena dengan tubuh badan saya.

“Saya juga pernah membilasnya dengan uncang teh dan serbuk kopi di dalam tab mandi agar warna tannya menjadi lebih semula jadi,” ujarnya.

Para wanita pastinya pernah mengalami masalah yang sama kerana SKIMS berjaya mencatat jualan bernilai $2 juta pada minit pertama ia dilancarkan dan seterusnya nilai syarikat itu dianggarkan $3.2 bilion kurang daripada tiga tahun kemudian.

Kini beliau tampil pula dengan buah tangan terbaru iaitu SKKN by Kim yang menawarkan penyelesaian kepada masalah kulit sekaligus memberi keserian pada wajah.

“Saya mahu memberikan kepada pengguna pengetahuan dan akses kepada begitu ramai pakar dermatologi yang hebat.

“Saya telah dapat belajar mengenainya daripada yang terbaik dan menyelesaikannya adalah matlamat saya,” jelasnya.

Sesiapa yang setia mengikuti perkembangan beliau pastinya tahu bahawa Kim bukannya seseorang yang suka bercakap. Beliau juga tidak gelabah dan sentiasa bersedia dalam setiap suatu perkara.

“Saya kekal tenang dan itulah yang membawa saya melalui banyak situasi terutama dalam kecemasan kerja.

“Ia muncul anda perlu hadapinya. Sama ada rantaian bekalan atau kos barangan meningkat, perkara itu akan sentiasa berlaku. Oleh itu, anda perlu bersedia dan bergerak mengikut peredaran masa,” kongsinya.

Artikel terbaru

Leave a Reply