Kaifiyyah Pte Ltd: Jururawat Cintakan Perniagaan, Mahu Popularkan Baju Kurung Di Kota Singa

Kaifiyyah Pte Ltd: Jururawat Cintakan Perniagaan, Mahu Popularkan Baju Kurung Di Kota Singa

Setiap insan ada cita-cita dan impian sendiri.

Namun untuk menjadikannya realiti ada yang mudah ada pula perlu melalui jalan berliku.

Begitu juga dengan Siti Khadijah Abdul Aziz, bekas jururawat di sebuah hospital kerajaan di Singapura.

Bekerja sebagai jururawat bukanlah pilihan hati, tetapi atas dasar menurut kata ayahnya yang mahu beliau menjadi seorang jururawat.

“Saya terpaksa turutkan sebab saya tiada pilihan kerana ayah saya yang suruh saya ambil jurusan kejururawatan. Niat hati hendak gembirakan ayah, maka saya turutkan sahaja.

“Kemudian, saya mula bergelut dengan keadaan sebab saya tak minat dengan dengan kerjaya itu. Bukan karier jururawat ni tak bagus cuma saya memang tak minat,” jelas pengasas Kaifiyyah Pte Ltd itu.

Fokus kepada rumah tangga

Selepas mendirikan rumah tangga dan memiliki anak, beliau yang mesra dengan panggilan Puan Kat semakin tidak betah dengan pekerjaannya itu, lebih-lebih lagi fokus beralih kepada zuriatnya.

“Sambil saya membesarkan anak, saya bergelut dengan masalah kewangan kerana saya tak tahu menguruskannya.

“Pada masa itu, dalam fikiran saya berniaga adalah satu-satunya jalan saya boleh menambah pendapatan,” katanya.

Memikirkan tentang minatnya itu, Puan Kat mula menimbang keputusan untuk berhenti kerja, akhirnya Siti nekad untuk berhenti kerja.

Siti mula mengorak langkah berniaga dan berusaha mencipta jenama sendiri dengan menjual pakaian muslimah.

Bukan darah bangsa usahawan

“Apabila saya dah berhenti kerja, saya mula berniaga dengan memperkenalkan jenama sendiri. Masa itu saya memang sukakan benda-benda glamour ni, jadi bila orang tahu jenama saya, dalam hati saya sangat teruja tapi malangnya keluarga terdekat sering memerli dan tidak memberi sokongan,” luahnya.

Tambah Puan Kat, ayahnya juga sering mengingatkan bahawa mereka bukan datang daripada darah bangsa usahawan untuk berjaya dalam bidang perniagaan.

Namun, kata-kata itu tidak mematahkan semangat Puan Kat.

Dah putus asa

Sehinggalah masuk tahun 2020, seorang rakan yang merupakan anggota Titan mengajak beliau menyertai RichWorks.

“Saya lihat rakan saya itu perniagaannya sangat bagus, malah, dia seorang yang merendah diri dan bila dia ajak saya belajar dengan Mentor Usahawan Datuk Wira Dr Azizan masa itu saya memang tak faham apa yang dia katakan.

“Sebenarnya pada waktu itu dalam tahun 2019, saya dah kembali bekerja sebagai jururawat. Masa itu saya dah berputus asa,” ujarnya.

Walaupun begitu, dengan sisa-sisa harapan yang masih tinggal, Puan Kat gagahkan hati untuk pergi ke Shah Alam bagi menyertai program Nak Ubah Hidup (NUH) anjuran RichWorks pada Januari 2020.

“Masa itu, saya dah tak ada duit untuk naik kapal terbang. Saya ambil bas dari Singapura ke Kuala Lumpur dan menaiki grab ke Shah Alam.

“Saya bagi tahu diri saya sendiri, saya perlu belajar! Masa itu saya dah buang masa lampau saya,” tegasnya.

Nak jadi usahawan jutawan

Walaupun ketika itu sedang berhadapan dengan masalah hutang, namun beliau menanam impian untuk menjadi salah seorang usahawan jutawan.

“Saya memang banyak berhutang, entah macam mana saya pandai sangat meminjam wang, pun saya tak tahu.

“Saya cakap saya nak buat berniaga sedangkan saya tak tahu pun macam mana arah tujuan saya,” ujarnya.

Menurutnya, beliau teruja dengan kata-kata Dr. Azizan ketika menghadiri seminar Millionaire Marketing Mastery (MMM) sebelum ini.

“Saya ingat Dr. Azizan cakap masa itu, saya nak lahirkan 1,000 usahawan jutawan dalam masa enam bulan.

“Dalam hati saya berkata, saya pun nak jadi seorang daripada jutawan. Saya suka dengar usahawan jutawan,” jelasnya.

Kaifiyyah, RM1 juta dalam 6 bulan

Setelah mengikuti program anjuran RichWorks, Siti Khadijah berjaya mencatat jualan RM1 juta pertama dalam tempoh enam bulan saja.

Beliau yang sebelum ini pernah bertugas sebagai jururawat juga dapat menjelaskan hutang bertimbun iaitu sebanyak SGD100, 000 (RM307, 953).

Siti Khadijah juga membuktikan dengan ada iltizam yang kuat beliau boleh berjaya dalam bidang perniagaan dan meraih jualan RM4.04 juta pada tahun lalu.

Perniagaan pakaian yang diusahakannya kini mempunyai tiga unit kedai di kawasan strategik sekitar Masjid Sultan, di kota singa itu.

“Selain pasaran di Singapura, Kaifiyyah turut mendapat sambutan dari negara jiran seperti Brunei dan Malaysia,” jelasnya.

Bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan produk Kaifiyyah boleh dapati di laman sesawang kaifiyyah.com.

Artikel terbaru

3 Comments

Leave a Reply