Kaedah Pemasaran Yang Menyeronokkan

Kaedah Pemasaran Yang Menyeronokkan

Sebagai peniaga, anda boleh gunakan banyak cara dan kaedah pemasaran untuk bisnes anda. Anda juga boleh gabungkan terus teknik pemasaran online dan offline.

Sekiranya anda nak lebih dekat dengan pelanggan anda, nak bina hubungan yang lebih rapat dengan mereka, anda boleh gunakan cara di mana anda boleh berinteraksi dua hala dengan pelanggan anda. Mudah kan?

Bila anda gunakan kaedah dua hala ini, baru effective pemasaran anda. Untuk lebih menarik, anda boleh gunakan teknik pemasaran yang menyeronokkan. Macam mana nak cipta teknik pemasaran yang menyeronokkan itu? Nak tahu caranya?

5 kaedah pemasaran yang menyeronokkan :

  1. Tahu tujuan pemasaran

Bila anda ada bisnes, dah tentu anda nak kena pasarkan bisnes anda, betul? Tak kisah lah anda nak pasarkan guna teknik offline atau online, asalkan ada orang kenal dan tahu akan bisnes apa yang anda buat. Anda juga kena tahu tujuan anda memasarkan bisnes anda. Kepada siapa anda nak pasarkan bisnes anda dan kenapa anda nak pasarkan kepada mereka. Selain itu, apa kesedaran dan manfaat produk yang anda boleh bagi kepada pengguna.

  1. Tahu target pemasaran

Nak berniaga ni, anda kena tahu siapa target marketing anda. Siapa pengguna barangan anda, pekerjaan mereka dan di mana mereka tinggal. Antara faktor lain yang anda perlu ambil kira ialah, apa teknik marketing yang pelanggan selalu response dan cepat menarik minat serta perhatian mereka untuk membeli. Ini semua bergantung kepada cara anda mengenal pasti target pelanggan anda.

Sesetengah pelanggan tidak terus membeli produk anda tanpa mereka tahu kelebihan, harga, dan kepentingannya kepada mereka.

  1. Pemasaran face to face

Lagi seronok jika anda dapat gunakan pemasaran secara direct dengan pelanggan anda. Anda boleh terus promosi barangan anda, beritahu ciri-ciri istimewa produk anda dan boleh bersoal jawab dengan pelanggan. Cara ini akan menambahkan lagi keyakinan pelanggan terhadap produk anda. Dengan kaedah pemasaran face to face juga, anda boleh terus meyakinkan pelangga untuk menggunakan produk anda. Jika mereka menghadapi sebarang masalah ketika menggunakan produk anda, mereka boleh buat terus aduan kepada anda.

  1. Pemasaran secara online

Dengan segala maklumat di hujung jari anda, anda boleh terus mengemas kini produk anda menggunakan smart phone. Anda boleh gunakan pemasaran dalam talian seperti Facebook, YouTube, WhatsApp, Blog dan sebagainya.

Dengan kecanggihan teknologi terkini, anda boleh gunakan live video untuk berinteraksi dengan orang ramai. Jika dahulu, anda gunakan copywriting atau upload gambar, apa kata anda tukar kepada live video pula.

Selain itu, dengan online marketing juga, anda boleh buat duit ketika anda sedang tidur. Tawaran dari pelanggan akan sentiasa masuk ke peti PM anda selagi mereka berminat.

  1. Pemasaran secara offline

Anda juga boleh gunakan kaedah pemasaran secara offline. Sekiranya target pemasaran anda di sekitar kawasan kedai atau perumahan yang anda tinggal, lagi elok anda gunakan flyers, bunting, banner atau poster sahaja.

Tabur flyers anda di kawasan-kawasan yang strategik seperti di kawasan kemudahan awam dan tempat yang ramai orang. Sekiranya mereka bosan, mereka akan baca apa yang anda bagi pada mereka.

Selain itu, sekiranya bisnes anda dah berkembang maju, anda boleh promosi menggunakan billboard, radio atau televisyen. Sekarang, anda boleh dapatkan slot pemasaran di tv secara percuma dan anda harus bijak untuk gunakan peluang ini.

Artikel terbaru

Leave a Reply