MAAF jika ada yang terasa, saya mahu sedarkan sesetengah usahawan supaya ambil tahu dan jangan buat tak tahu dengan apa yang berlaku ketika ini.
Soal kenaikan harga barang, inflasi, kenaikan kadar dasar semalam (OPR) dan lain-lain bukan di bawah kawalan kita, namun ianya memberi impak kepada bisnes secara langsung dan tak langsung.
Kita tak boleh cakap hanya bergantung kepada ekonomi tempatan sedangkan pada masa sama, banyak kebergantungan kepada barangan dari luar.
Bila nilai ringgit menyusut maka kos bahan dan barangan import akan meningkat, kesannya ialah pada barangan kita.
Sebab itu anda kena tahu apa cabaran ketika ini dan punya hala tuju bisnes yang jelas agar dapat lebih berhati-hati, bersedia malah merancang dengan lebih baik.
Ada masanya kenaikan harga perlu dibuat untuk memastikan bisnes dapat terus bertahan, atau turunkan harga agar lebih kompetitif untuk pulihkan cash flow perniagaan.
Pakar memaklumkan situasi ekonomi masa kini melibatkan peningkatan kos barangan yang perlu kita hadapi dalam tempoh tiga tahun akan datang. Saya sudah ingatkan dalam keluaran lalu.
Jadi dalam berdepan krisis ini, bagaimana anda boleh menang?
Saya kongsikan beberapa fokus utama yang anda patut buat dalam menghadapi cabaran ekonomi dunia sekarang.
Tiga fokus usahawan tempuhi cabaran ekonomi global
1. Fokus siapa pelanggan utama yang anda mahukan
Apa saja keadaan ekonomi, garis dasarnya adalah untuk survive. Umpama sebuah kapal di lautan, meskipun berdepan ribut dan ombak badai, perlu terus terapung bagi mengharunginya.
Pelanggan sangat penting dalam tempoh ini, kena fokus supaya tak membazir mengejar sasaran yang salah. Lihat balik database anda, back to basic.
2. Fokus apa isu atau masalah yang produk dan servis anda boleh selesaikan
Jelas tentang siapa yang memerlukan penyelesaian agar tak tercari-cari ketika banyak cabaran dan sumber terhad.
3. Fokus siapa pekerja yang anda mahukan
Tanpa pekerja, macam mana bisnes nak bertahan bahkan berkembang ketika ini. Jaga pasukan anda, luangkan lebih banyak masa untuk bercakap dan lebih mengenali keadaan mereka serta bisnes.
2 Comments
Sekarang saya tengah tak tahu nak buat apa..modal sudah tiada hutang keliling pinggang.. apa sepatut nya saya buat untuk mengubah hidup saya ..
Terima kasih atas comment anda. Untuk situasi tuan, boleh klik di link ini untuk sedikit sebanyak info tentang situasi ini >> https://richworks.com/tiada-modal-pemasaran-6-tip-pemasaran-baru-nak-mula-bisnes/ atau WhatsApp kami di 0192442244. Semoga bermanfaat!