3 Pengajaran Buat Bangsa Usahawan Daripada Bermain Hoki

3 Pengajaran Buat Bangsa Usahawan Daripada Bermain Hoki

Hoki memerlukan latihan, ketahanan dan semangat – begitu juga kepimpinan yang hebat.

Bermain hoki mengajar saya bagaimana menerima kekalahan dan kekal tabah.

Permainan ini turut mengajar cara untuk menang dan kekal merendah diri.

Selain itu, hoki juga mengajar erti menjadi sebahagian daripada pasukan.

Berikut ialah enam pengajaran di pelajari daripada sukan yang mendorong saya untuk menjadi pemimpin yang lebih baik.

1. Disiplin

Siapa sahaja tak suka hujung minggu yang menyeronokkan? Tetapi dek kerana latihan, saya perlu meninggalkan katil empuk dan bangun awal walau pun cuti sekolah dan pergi ke gelanggang latihan pada awal pagi.

Memang ada rasa, lagi best kalau sambung tido atau bermalas-malasan di atas katil sewaktu cuti, tetapi saya tahu peraturannya: jika saya tidak pergi berlatih, saya tidak boleh bermain.

Dalam perniagaan, keputusan yang hebat memerlukan disiplin yang hebat.

Pada masa sama, pekerja juga memerlukan latihan seperti pemain hoki.

Jika kita ingin bermain dalam arena yang mempunyai pertaruhan tinggi dalam membina perniagaan, kita perlu berusaha untuk meraih hasil.

2. Mengejar bola

Kita tidak boleh hanya menunggu untuk bergerak apabila bola tiba pada kayu hoki.

Dalam perniagaan, adalah tidak wajar dan tindakan yang salah jika hanya menunggu pasaran memberitahu apa yang perlu kita lakukan seterusnya.

Sebaliknya, kita perlu melihat ke hadapan dan meramalkan apa yang akan datang.

Kepimpinan terbaik datang daripada mereka yang boleh mengambil pandangan 10,000 kaki gambaran besar dan menjangka set cabaran dan peluang seterusnya.

Pemimpin ini sentiasa selangkah ke hadapan kerana mereka menilai persekitaran makro dengan betul dan membuat persediaan sewajarnya.

Memegang perspektif yang jelas tentang gambaran besar membolehkan pemimpin merebut sepenuhnya peluang di hadapan sambil mengurangkan faktor risiko.

3. Jurulatih

Anda boleh mempunyai pemain terbaik di dunia, tetapi tanpa jurulatih, ia akan menjadi sangat mencabar untuk membentuk pasukan yang padu dan menang.

Pasukan tidak boleh mentadbir sendiri. Mereka memerlukan jurulatih untuk memotivasikan, menyokong pertumbuhan dan memastikan mereka bertanggungjawab.

Sebagai pemain, anda selalunya terlalu tenggelam dalam permainan sehingga tidak dapat melihat gambaran yang lebih besar.

Jurulatih mempunyai perspektif yang berbeza dan boleh melihat apa yang mungkin terlepas daripada pasukan lain.

Tambahan pula, jurulatih menyatukan ahli pasukan, mengingatkan mereka tentang nilai, jangkaan dan matlamat yang membawa mereka ke gelanggang.

Sama dalam perniagaan, tanpa jurulatih kami hanyalah kumpulan individu yang menyelesaikan tugas.

Kita memerlukan jurulatih untuk membantu kita mencapai kemenangan.

Artikel terbaru

2 Comments

Leave a Reply