Jangan Down, Bersangka Baiklah Pada Tuhan

Sememangnya bukan mudah untuk kita sentiasa positif dalam hidup dan bersangka baik dengan takdir. Bunyinya seperti senang tapi ia tidaklah semudah yang disangka apatah lagi jika sudah berkali-kali diuji dalam kehidupan.

Sesetengah daripada kita mungkin akan mempersoalkan di mana keadilan Allah untuk kita. Namun, percayalah perancangan Allah itu adalah yang terbaik dan pastinya Dia akan memberikan pelangi nanti selepas hujan.

Kata ulama, husnul zon (bersangka baik) kepada Allah SWT akan membuatkan seseorang itu berjaya dalam kehidupannya. Itulah kaedah yang Nabi SAW ajarkan kepada kita.  Allah SWT akan memberikan seperti mana seseorang itu bersangka dengan Allah Azza Wajalla.

Setiap kali bangun pagi, sebutkanlah dalam hati “insyaAllah hari ini Allah akan beri lebih baik daripada semalam, lebih bahagia dan lebih untung untuk akhirat daripada semalam”. Jadikannya sebagai amalan harian.

Begitulah sepatutnya yang dilakukan oleh seseorang muslim yang inginkan kejayaan dalam hidupnya.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah SWT berfirman: Aku berada di sisi sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku.

Jika dia bersangka baik, maka baginya (kebaikan menurut sangkaan baiknya). Jika dia bersangka buruk, maka baginya (keburukan menurut sangkaan buruknya).” (Riwayat Ibu Hibban)

Allah SWT Maha Mengetahui setiap apa yang akan berlaku dan dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk setiap hambanya.

Ada individu yang berburuk sangka dan mulai kecewa kerana merasakan Allah tidak membantunya pada saat dia memerlukan pertolongan.

Maka, dia berasakan dirinya tidak disayangi, doanya tidak pernah didengari, dimakbulkan dan amalan kebaikannya selama ini sia-sia. Sangkaan seperti itu akan menjadikan dirinya jauh daripada Allah SWT.

Rasa penat dan putus asa itu lumrah sebagai manusia.  Namun, janganlah sampai menjadikan kita lebih jauh dari Allah SWT. Sebelum mengambil keputusan merosakkan diri sendiri,fikirlah sedalam – dalamnya. Cuba renungkan nikmat yang terlalu  banyak Allah SWT kurniakan kepada kita.

Allah SWT menjelaskan kepada hambaNya bahawa mereka akan memperoleh sesuatu berdasarkan keyakinan mereka kepadaNya. Keyakinan yang baik akan mengundang kebaikan, begitu juga sebaliknya.

Oleh itu, didiklah hati anda untuk sentiasa berasa yakin dengan perancanganNya. Sesungguhnya Dia berkuasa untuk lakukan apa sahaja yang dikehendaki dan tiada mustahil di sisiNya.

Keyakinan adalah kunci utama. Anda mungkin tidak nampak hikmahnya sekarang tapi ia pasti akan menjelma tidak lama sahaja lagi!

Terima kasih kerana dapat luangkan masa anda untuk membaca artikel ini. Semoga artikel “Jangan Down, Bersangka Baiklah Pada Tuhan” ini sedikit sebanyak dapat memberikan manfaat kepada anda.

Sila kongsikan soalan atau ‘learning points’, apa yang anda dapat pelajari dari artikel ini dalam ruangan komen di bawah. ⬇️



One-on-one business check-up for free today

Sesi Eksklusif bersama Team RichWorks secara Percuma

4 Comments

  • SARIMAH AWANG SENIK

    1) Jangan mengalah bersangka baik pada Allah
    2) Didik hati yakin dengan perancangan Allah
    3) Lumrah manusia akan rasa down tetapi jangan jauhkan diri dari Allah

  • fatimah bt ab.wahab

    tq atas artikel ni amat bermanfaat . doakn kami berjaya biz utk dunia n akhirat…aamiin3

    • Avatar photo
      Team RichWorks

      Sama-sama. In Sya Allah, Aminn. Kami sentiasa setiap Usahawan di luar sana kaya dan berjaya dunia akhirat!Aminnn!!!

Leave a Reply